WordPress Junior dan Master Class bersama Akademi Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menjadi se0rang Blogger bukan sahaja sebagai hobi tetapi boleh menjadi sebagai kerjaya profesional yang boleh membina kehidupan. Di luar negara ramai Blogger telah berjaya sehingga menjadi Jutawan Blogger. Di Malaysia Blogger semakin mendapat perhatian bukan sahaja dari masyarakat juga syarikat antarabangsa yang ingin menggunakan khidmat Blogger.

Kejayaan tidak boleh datang sekelip mata dan yang paling penting adalah ilmu yang betul. Untuk menjadi seorang Top Blogger yang berjaya juga mesti mempunyai ilmu berblog yang betul. Pelaburan sedikit untuk mendapat ilmu yang betul merupakan langkah pertama pengorbanan menuju kejayaan dan tidak mustahil menjadi Jutawan Blogger Malaysia.

Akademi Denaihati sekali lagi akan mengadakan kelas WordPress untuk sesiapa yang berminat. Kelas yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu Junior dan Master ini akan diadakan di Denaihati Training Center di seksyen 13, Shah Alam.

[box type=”shadow”]
Promosi Merdeka Special
Kepada sesiapa yang mendaftar WordPress Master Class untuk sesi 22 September ni, akan menerima bonus Website Audit untuk satu blog pilihan anda.

Website Audit ini termasuk Security audit, Front page optimization, SEO audit dan one-time maintenance service. Bonus ini bernilai RM699, tetapi anda boleh dapatkan PERCUMA dengan hanya mendaftar WordPress Master Class untuk sesi 22 September.

Rebut peluang ini sekarang, kerana tempat adalah terhad, dan offer akan ditutup selepas cukup penyertaan.[/box]

WordPress Junior Class

Jika anda baru ingin mengenali atau berjinak-jinak dengan WordPress, Junior Class adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Kelas ini merangkumi topik-topik seperti di bawah.

  1. Memasang WordPress secara manual atau menggunakan one-click installer
  2. Setting asas WordPress
  3. Bagaimana untuk menulis menggunakan WordPress
  4. Menggunakan media seperti gambar dan video di dalam artikel
  5. Proses pemilihan plugin dan themes
  6. Asas optimasi enjin carian (SEO)
  7. Teknik promosi, apa dan bagaimana perlu dilakukan

header-wordpress-training

Pada harga RM150 seorang, anda akan diberikan pendedahan bagaimana untuk memasang WordPress sehinggalah tetapan asas WordPress. Sekiranya anda pengguna blogspot, cara-cara bagaimana untuk mengimport artikel dari blogspot ke WordPress dan bagaimana untuk menguruskan label blogspot di dalam WordPress akan dikongsikan dalam kelas satu hari ini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas Junior ini, anda boleh membuat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.

WordPress Master Class

Master Class ini pula khusus untuk mereka yang telah menggunakan WordPress tetapi ingin menambahkan ilmu pengetahuan mengenai kendalian laman WordPress mereka. Ini termasuklah perkara seperti:

  1. Proses selenggaraan WordPress
  2. Mengawal keselamatan WordPress
  3. Teknik optimasi enjin carian peringkat lanjutan
  4. Bagaimana membina jenama anda menggunakan WordPress
  5. Perkara yang perlu dielakkan atau dilakukan sekiranya menggunakan WordPress
  6. Teknik menghadapi trafik yang tinggi
  7. Bonus – Teknik rahsia pengguna WordPress

Perkara-perkasa asas seperti teknik pemasangan dan tetapan asas tidak akan diajar dalam kelas ini, jika anda belum pernah menggunakan WordPress tetapi terasa ingin terus menyertai kelas ini, kami sarankan agar anda tidak berbuat demikian untuk mengelakkan anda ketinggalan dalam kelas ini nanti. Kelas ini berharga RM350 seorang, dan ada beberapa bonus yang akan diberikan kepada yang menghadiri kelas ini yang akan diberitahu semasa kelas itu berlangsung nanti pada 23hb di Denaihati Training Center. Sekiranya anda berminat, sila ke halaman http://akademi.denaihati.my untuk membuat tempahan.

Bersama kita memajukan industri blogging tanahair dan nusantara.


Spread the love

71 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!