Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“, “Konya kota bermula tarian sufi Turki“ dan “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Dari Istanbul ke Gaziantep terus ke Urfa, Adana, Tarsus, Konya dan Alanya hampir 1/3 Turki telah kami jejaki. Ramai ustaz MTS Turki tersenyum bila kami cerita kisah kembara kami kerana mereka sendiri belum jejak banyak tempat yang sudah kami jejaki. Cuma rugi ketika kami bergerak di dari Gaziantep ke Adana tak dapat singgah di bandar Antakya yang hampir semua ahli tafsir sepakat bandar yang disebut adalan ayat 13 – 30 Surah Yassin.
Dari Istanbul kami menaiki Feri selama satu jam 45 minit ke Bursa sebuah bandar lama yang dibina pada tahun 200 BC tempat bermulanyaa kebangkitan Kerajaan Ottoman yang merupakan bandar ke empat terbesar di Turki. Tiket Feri ke Bursa boleh dibeli secara online atau beli di kauntar Pelabuhan Kabatas. Selain naik feri boleh juga naik bas ke Bursa cuma lebih panjang masanya lebih kurang empat jam. Terima kasih kepada Ziyad pelajar Universiti Marmara yang juga merupakan sahabat baik kepada Syuhada Ahmad Ammar kerana menemani kami sehingga ke Bursa.
Dua hari kami di Bursa disambut dengan hujan yang tidak berhenti-henti, cuaca memang sejuk sehingga ada rakan yang tak tahan. Hari pertama kami menginap di sebuah asrama MTS dari lebih seratus yang ada di Bursa. Kami dihidang makan tengahari selepas solat Jumaat bersama pelajar MTS termasuk beberapa orang pelajar dari Indonesia. Suasana asrama MTS di Bursa tiada beza dengan asrama-asrama MTS di Istanbul, Gaziantep, Urfa, Konya dan Alanya bersih dan rapi.
Kami juga sempat melawat sebuah tadika MTS yang mendidik anak-anak berusia tiga hingga enam tahun dan beberapa asrama MTS yang lain di Bursa. Sempat juga sahabat-sahabat membeli belah di bazar MTS seperti pakaian dan sulam-sulaman buatan tangan ikhwan MTS. Paling terpegun apabila kami dibawa ke pusat penyembelihan Qurban yang menggunakan mesin. Tahun lepas pusat penyembelihan ini berjaya mencipta rekod dengan menyembelih dan menguruskan hampir 530 ekor lembu dalam sehari. Sistem penyembelihan Qurban yang sistematik begini sedang diusahakan pembinaannya di Phnom Penh, doakan berjaya.
Di Bursa kami tidak melepaskan peluang menyaksikan tarian sufi Turki yang diasaskan oleh pengikut Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi di Konya. Tarian Sufi Turki dipersembahkan di Pusat Pelancongan Bursa untuk pelancong yang datang ke Bursa. Memang asyik melihat tarian sufi berpusing-pusing tanpa henti dengan alunan zikir dan muzik tetapi ianya diharamkan di Malaysia.
Hari kedua kami menginap di Hotel Metro ditengah-tengah bandar Busra berhadapan dengan Masjid Ulu Cumi. Menjejaki kaki di Masjid Ulu Cumi memang sesuatu pengalaman yang sangat unik. Pada tahun 1396 Sultan Bayezid telah bernazar sekiranya menang peperangan baginda akan membina 20 masjid. Alhamdulillah baginda telah menang peperangan tetapi kekurangan bajet untuk membina 20 masjid. Para Ulama telah bermesyuarat dan telah membuat keputusan supaya Sultan Bayezid membina sebuah masjid dengan 20 kubah yang sekarang dikenali sebagai Ulu Cami atau Bursa Grand Mosque. Mengikut riwayat Nabi Khidir a.s pernah solat di masjid ini dan telah menulis sendiri huruf “wau” di tiang depan masjid. Teringat pulak entri “kisah Nabi Musa bertemu Nabi Khidir” yang pernah ditulis sebelum ini. Mengikut penduduk tempatan banyak kali Nabi Khidir a.s singgah bersolat di masjid ini dan hanya mereka yang terpilih sahaja dapat bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Satu lagi keistimewaan dalam masjid ini terdapat berpuluh-puluh lukisan khat yang kelihatan seperti 3D. Setiap waktu ramai yang bersolat jemaah di masjid ini terutama di solat suboh hari Ahad sehingga perlu ada kawalan trafik.
Kami juga menziarahi makam perjuang hebat Osman Gazi yang merupakan bapa kepadaKerajaan Ottoman dan makam anak beliau Orhan Gazi. Dalam perjalanan menuju ke makam Osman Gazi di atas bukit di Bursa masih berdiri tegak Bursa Castle sebagai tanda kecemerlangan Kerajaan Islam yang menjadi pusat pentadbiran awal Kerajaan Ottoman sebelum menyerang dan menguasai Konstantinopel.
Dalam suasana hujan gerimis yang tidak berhenti kami sempat menjejaki Uludag yang berada pada paras 2,543 kaki dari aras laut, tempat pelancongan yang menarik untuk bermain salji. Dapat juga kami melihat sedikit sajli walaupun musim sejuk telah berlalu. Memang sejuk kat Uludag ini suhu mencecah 4 darjah celcious. Dalam perjalan turun ke Bursa sempat kami singgah di Ikaya Koyu melihat pokon maple yang sudah berusia lebih 607 tahun. Di kawasan Ikaya Koyu banyak cenderhati yang dijual tetapi paling best banyak buah-buahan segar seperti cherry, strawberi dan buat berry yang dijual segar.
Satu tempat yang tidak boleh tidak dijejaki apabila sampai di Bursa adalah Grand Bazar Bursa yang hanya terletak disebelah Masjid Ulu Cami. Bursa memang terkenal dengan berbagai produk kulit termasuk jaket kulit lelaki dan perempuan. Macam-macam barang ada di Grand Bazar termasuklah tudung turki yang cantik-cantik, nasib baiklah beg yang kami bawa kecik tetapi ada juga sahabat yang beli beg baru nak mengisi macam-macam barang yang sudah dibeli. Kesimpulan kalau melancong ke Turki jangan lupa untuk singgah ke Bursa kerana banyak tempat menarik selain dapat bersolat di Masjid istimewa Ulu Cami.
Terima kasih kepada empat pelajar MTS bursa yang sentiasa menenami kami dan menyediakan kenderaan untuk kami melawat tempat menarik di Bursa sehingga menghantar kami pulang di pelabuhan feri Bursa. Jasa kalian pasti tidak akan kami lupakan semuga berjaya dalam pelajaran. Perjalanan seterusnya pulang ke Istanbul untuk menziarahi tempat menarik. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
135 Comments
Seronoknya sambil melihat tempat orang, dapat belajar lebih banyak sejarah-sejarah Islam.. Doakan saya sampai ke sini satu hari nanti.. insya Allah. =)
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Kulit Halus Seperti Kulit Telur Tanpa Dipinta
insyallah…amin..saya pun teringin nak ke sana..terlalu banyak tempat menarik dan bersejarah di sana.
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
aminn..mudah-mudahan ada rezeki saudari untuk kesini..samalah jugak dengan saya..berminat betul nak ke turki selepas baca entry-entry dari Denai Hati
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Menariknya trip ke Turki!
Curahan rasa lina @ ..PRESS RELEASE : Energizer Malaysia Brings Back Signature Energizer Night Race To The Heart Of City
Cantiknya… MasyaALLAH…
Sebelum nie, tgk di facebook…
Bila bercerita teringin betul nak pergi sana tengok sendiri…
Curahan rasa fazrol @ ..Pengalaman Workshop Little Scientists yang best!
cantiknya di sana…tak silap tudung fareeda kainnya dari turki ni…tudung nya sangat cantik…kaau orang bisnes mesti dah pergi cari ni..murah tak tudung tu..
Curahan rasa ema @ ..Pencuci Joy Sharifah Shahira
Ye ke kain tudung fareeda dari Turki? Patutlah cantik dan mahal.. hihi
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee
baru tau pulak kain tudung fareeda dibeli di sana..memang padan kot dengan harganya tu
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
wahhh..tak tau pulak kain tudung fareeda dibeli diturki..patotla harga sampai beratus-ratus.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Islam makin bersinar kembali di Turki setelah cuba dimalapkan oleh kamal attaturk, InsyaAllah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ramadhan Dan Aidil Fitri Semakin Hampir
usaha kamal altartuk tidak berjaya dan islam terus menyinari bumi turki..sampai solat jemaah pon masjid sentiasa penuh.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Tak pasti pulak kat Malaysia nih ada ke sembelih guna mesin macam di Turki tuh..tapi kalau boleh sembelih hingga 530 ekor lembu sehari tuh memang hebat la..produktiviti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
betul..bukan sahaja dapat menjimatkan masa. tapi jugak dapat memudahkan dan meringankan kerja.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
pasal apa tudung di sana lagi cantik-cantik bekala. dh ada borong ker heee..
Curahan rasa suri @ ..Whooo!!! Trick Lakukan Kerja Rumah Tahap Super Vakum! Bila Mereka Hadir Kesisiku
borong untuk jual memang takde la…heee. patennya lain dari tempat kita, cantiklah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
Tahu kak siti Sweetkurma nih sure dia dah borong buat koleksi terbaru..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
Memang menarik dipandang.. Tambah lagi kalau orang-orang Turki yang pakai tudung tu, nampak cantik je..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Bahaya Detox Semasa Mengandung Dan Menyusukan
sekarang ni tudung turki tengah famous kat malaysia..pergi mana-mana pon mesti ada yang jual tudung turki..agak ekslusif sebab corak dia tu.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Seronok kalau dapat berry macam tu. Sedap buat dessert. Turki banyak tempat bersejarah. Banyak ilmu yang diperolehi disini walaupun belum berkesempatan menjejak kaki ke sana.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah | Kedah Berkabung 3 Hari
terbaik kalau buat desert ni, makan gitu tu pun puas, besar-besar.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan
tulah tuan,tengok pada gambar tu,buah strawberrynya besar-besar.kalah dekat cameron kan.
kann..strawberi ni buat apa pon sentiasa sedap..tapi kene pilih strawberi yang fresh la..buat kek, desert or jus pon sedap je rasa.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Sememangnya Turki adalah destinasi yang indah yang perlu dilawati. Ditambah pula dengan kekayaan sejarah dan tamadun Islam yang hebat yang turut di sebut dalam Al-Quran. Kunjungan ke Turki pasti dapat membangkitkan lagi keimanan dan kecintaan kita pada Islam.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Cara – Cara Mudah Sujud Syukur
Betul sangat, dapat tengok tempat bersejarah dari dekat memang sangat rasa ingin tahu macam-macam lagi. SubhanAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
Setuju. Itu sebab ada dinyatakan bahawa jauh perjalan luas pandangan. Bila sampai di kawasan bersejarah baru kita sedar bahawa kebesaran Allah S.W.T terlalu tinggi kadangkala sampai kita tak tertanggung menikmatinya. Subhanallah.
Curahan rasa halif @ ..Ingin tahu faktor-faktor sebelum membeli rumah?
part buah tu memang menyelerakan….baju semua tebal2 naa…mestu sejuk kat sanakan….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Aku Rindukan Gunung…
suhu cecah 4’C, memang sejuk, bila gerimis lagilah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Konya kota bermula tarian sufi Turki
fuhh,,sangat-sangat sejuk.betul betul kena cari baju yang boleh membuatkan kita beku..
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s
Tengok buah2 berry yg gemuk tuh terasa lapar pulak..strawberry tuh macam lagi besar dari yg Cameron Highlands punya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
kebanyakkan strawberry luar negara lebih besar, rasanya faktor cuaca yang lebih sesuai.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
rasa mahu tinggal dan terus menetap di sana pula. kalau ada kerja best dapat dekat sana.
kota penuh dengan sajarah rasa kecintaan pada Nabi-Nabi makin bertambah
Curahan rasa suri @ ..Barang Untuk Ubat Guna Guna Pengasih Penampar
susunan berry tu cantik…
#seronok dpt memjelajah tempat2 mcm ni… moge suatu hari nanti… dpt ke sana
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Selepas Hujan Lebat, Ribut Petir #Wordless Wednesday
Memang cukup geram tengok….hias dengan daun hijau naikkan kontras warna merah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur
Belum berkesempatan melawat kat tempat di atas walau dah sampai istanbul. Tapi dapat tengok gambar-gambar ni pun dah cukup bertuah..Thanks DH..
Curahan rasa Raudzah @ ..Maggi Ni Sedap, Tapi….
Alhamdulillah dah sampai Istanbul. mudahan akan datang berkesempatan untuk ziarah ke sini pula.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Final FA Cup 2014 Arsenal vs Hull City
Subhanallah .. Sungguh berharganya nikmat kembara Turki. Perkongsian yang sungguh menarik dan terima kasih atas catatan ini
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Kenapa Jiwa Anak Kosong Jiwa dan Rohani
sama-sama Ustazah, terima kasih kembali pada Ustazah sentiasa ikuti kembara ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
Kagum lihat keindahan masjid2 di sana..yg paling kagum tang solat subohnya yg sehingga memerlukan kawalan trafik..in sha Allah suatu hari nanti suasana sebegitu dapat kita lihat juga di Malaysia dan menjadi kebiasaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
Mudah-mudahan. tempat kita solat hari raya pun belum tentu ada kawalan trafik.
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
Alhamdulillah.. Seronok dengar.. Tapi kenapa tarian sufi di haramkan di Malaysia? Tak tau pula..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee
Comments are closed.