Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“, “Konya kota bermula tarian sufi Turki“ dan “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Dari Istanbul ke Gaziantep terus ke Urfa, Adana, Tarsus, Konya dan Alanya hampir 1/3 Turki telah kami jejaki. Ramai ustaz MTS Turki tersenyum bila kami cerita kisah kembara kami kerana mereka sendiri belum jejak banyak tempat yang sudah kami jejaki. Cuma rugi ketika kami bergerak di dari Gaziantep ke Adana tak dapat singgah di bandar Antakya yang hampir semua ahli tafsir sepakat bandar yang disebut adalan ayat 13 – 30 Surah Yassin.
Dari Istanbul kami menaiki Feri selama satu jam 45 minit ke Bursa sebuah bandar lama yang dibina pada tahun 200 BC tempat bermulanyaa kebangkitan Kerajaan Ottoman yang merupakan bandar ke empat terbesar di Turki. Tiket Feri ke Bursa boleh dibeli secara online atau beli di kauntar Pelabuhan Kabatas. Selain naik feri boleh juga naik bas ke Bursa cuma lebih panjang masanya lebih kurang empat jam. Terima kasih kepada Ziyad pelajar Universiti Marmara yang juga merupakan sahabat baik kepada Syuhada Ahmad Ammar kerana menemani kami sehingga ke Bursa.
Dua hari kami di Bursa disambut dengan hujan yang tidak berhenti-henti, cuaca memang sejuk sehingga ada rakan yang tak tahan. Hari pertama kami menginap di sebuah asrama MTS dari lebih seratus yang ada di Bursa. Kami dihidang makan tengahari selepas solat Jumaat bersama pelajar MTS termasuk beberapa orang pelajar dari Indonesia. Suasana asrama MTS di Bursa tiada beza dengan asrama-asrama MTS di Istanbul, Gaziantep, Urfa, Konya dan Alanya bersih dan rapi.
Kami juga sempat melawat sebuah tadika MTS yang mendidik anak-anak berusia tiga hingga enam tahun dan beberapa asrama MTS yang lain di Bursa. Sempat juga sahabat-sahabat membeli belah di bazar MTS seperti pakaian dan sulam-sulaman buatan tangan ikhwan MTS. Paling terpegun apabila kami dibawa ke pusat penyembelihan Qurban yang menggunakan mesin. Tahun lepas pusat penyembelihan ini berjaya mencipta rekod dengan menyembelih dan menguruskan hampir 530 ekor lembu dalam sehari. Sistem penyembelihan Qurban yang sistematik begini sedang diusahakan pembinaannya di Phnom Penh, doakan berjaya.
Di Bursa kami tidak melepaskan peluang menyaksikan tarian sufi Turki yang diasaskan oleh pengikut Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi di Konya. Tarian Sufi Turki dipersembahkan di Pusat Pelancongan Bursa untuk pelancong yang datang ke Bursa. Memang asyik melihat tarian sufi berpusing-pusing tanpa henti dengan alunan zikir dan muzik tetapi ianya diharamkan di Malaysia.
Hari kedua kami menginap di Hotel Metro ditengah-tengah bandar Busra berhadapan dengan Masjid Ulu Cumi. Menjejaki kaki di Masjid Ulu Cumi memang sesuatu pengalaman yang sangat unik. Pada tahun 1396 Sultan Bayezid telah bernazar sekiranya menang peperangan baginda akan membina 20 masjid. Alhamdulillah baginda telah menang peperangan tetapi kekurangan bajet untuk membina 20 masjid. Para Ulama telah bermesyuarat dan telah membuat keputusan supaya Sultan Bayezid membina sebuah masjid dengan 20 kubah yang sekarang dikenali sebagai Ulu Cami atau Bursa Grand Mosque. Mengikut riwayat Nabi Khidir a.s pernah solat di masjid ini dan telah menulis sendiri huruf “wau” di tiang depan masjid. Teringat pulak entri “kisah Nabi Musa bertemu Nabi Khidir” yang pernah ditulis sebelum ini. Mengikut penduduk tempatan banyak kali Nabi Khidir a.s singgah bersolat di masjid ini dan hanya mereka yang terpilih sahaja dapat bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Satu lagi keistimewaan dalam masjid ini terdapat berpuluh-puluh lukisan khat yang kelihatan seperti 3D. Setiap waktu ramai yang bersolat jemaah di masjid ini terutama di solat suboh hari Ahad sehingga perlu ada kawalan trafik.
Kami juga menziarahi makam perjuang hebat Osman Gazi yang merupakan bapa kepadaKerajaan Ottoman dan makam anak beliau Orhan Gazi. Dalam perjalanan menuju ke makam Osman Gazi di atas bukit di Bursa masih berdiri tegak Bursa Castle sebagai tanda kecemerlangan Kerajaan Islam yang menjadi pusat pentadbiran awal Kerajaan Ottoman sebelum menyerang dan menguasai Konstantinopel.
Dalam suasana hujan gerimis yang tidak berhenti kami sempat menjejaki Uludag yang berada pada paras 2,543 kaki dari aras laut, tempat pelancongan yang menarik untuk bermain salji. Dapat juga kami melihat sedikit sajli walaupun musim sejuk telah berlalu. Memang sejuk kat Uludag ini suhu mencecah 4 darjah celcious. Dalam perjalan turun ke Bursa sempat kami singgah di Ikaya Koyu melihat pokon maple yang sudah berusia lebih 607 tahun. Di kawasan Ikaya Koyu banyak cenderhati yang dijual tetapi paling best banyak buah-buahan segar seperti cherry, strawberi dan buat berry yang dijual segar.
Satu tempat yang tidak boleh tidak dijejaki apabila sampai di Bursa adalah Grand Bazar Bursa yang hanya terletak disebelah Masjid Ulu Cami. Bursa memang terkenal dengan berbagai produk kulit termasuk jaket kulit lelaki dan perempuan. Macam-macam barang ada di Grand Bazar termasuklah tudung turki yang cantik-cantik, nasib baiklah beg yang kami bawa kecik tetapi ada juga sahabat yang beli beg baru nak mengisi macam-macam barang yang sudah dibeli. Kesimpulan kalau melancong ke Turki jangan lupa untuk singgah ke Bursa kerana banyak tempat menarik selain dapat bersolat di Masjid istimewa Ulu Cami.
Terima kasih kepada empat pelajar MTS bursa yang sentiasa menenami kami dan menyediakan kenderaan untuk kami melawat tempat menarik di Bursa sehingga menghantar kami pulang di pelabuhan feri Bursa. Jasa kalian pasti tidak akan kami lupakan semuga berjaya dalam pelajaran. Perjalanan seterusnya pulang ke Istanbul untuk menziarahi tempat menarik. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
135 Comments
Selepas saya tonton file lakonan Lisa Surihari bertajuk “Istanbul Aku Datang” terus jatuh hati dekat negara Turki ni. Cantik sungguh negara ni.
Curahan rasa Ammar @ ..USTAZ AZHAR IDRUS RABA GADIS, FITNAH AKHIR ZAMAN
Jatuh hati dengan Instanbul bagus la, kalau jatuh hati dengan Lisa…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
Subhanallah..besarnya pokok Mapple berusia 670 tahun tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Lion XII Liga Super MSL
memang besar, teduh, kawasan sekeliling dijaga baik untuk keselesaan pengunjung…
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
meihat paparan gambar yang begitu indah saya sangat teruja juga nak ke Turki suatu hari nanti..insya Allah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia buat duit dah bocor!
semoga bro pun akan sampai sini nanti, insyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki
Jika diberikan peluang, rasanya semua orang mahu turut serta melihat negara orang.. in sha Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Lion XII Liga Super MSL
Rasa macam follow sekali bro ke Turki ni,memang menarik semua gambar-gambar tu .geram je tengok jaket kulit tu …..
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #93
sampai sini rugi kalau tak sambar jaket kulit…
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
wah, buah strawberrynya besau2.. pendek kata semuanya hebat2 di turni ni,
Curahan rasa KelipKelip @ ..12 Sifat Wanita Yang Lelaki Rasa Loya!?
segar strawberry tu, memang lebih baik dr tempat kita, c highland.
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
untik pokok tu, tanda kebesaran Allah, subhanallah
Curahan rasa KelipKelip @ ..Bagaimana Nak Trace Password Dari Cpanel
baca entri ni buat saya leka dan khayal pula… rasa macam ikut sekali jer pergi kembara turki… buah-buahan tu nampak segar dan sedap…. t.kasih sebab berkongsi… tak sabar nak baca entri seterusnya… 🙂
insyaAllah ada entry menyusul, terima kasih follow…
Curahan rasa Denaihati @ ..Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
Seriouslah dah bulan Mei pun masih sejuk lagi kat sana?
Baca entri ni dan entri sebelum2 ni buat jadi rindu sangat. Dah la diri sendiri tak sempat nak buat entri pasal ni haritu. Hmmm.
Curahan rasa Zida @ ..#Resepi – Makaroni & Sup Krim Keju
belajar kat mesir, mesti banyak tempat.lagi dah sampai…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tarsus kota purba menarik di Turki
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar…
terima kasih tuan DH! tiada yg lebih teruja selain membaca dan menikmati gambar2 perkongsian ini
Curahan rasa hafizmd @ ..Suami Cemburu? Untunglah!
kalau terjah http://instagram.com/denaihati banyak lagi yang menarik…
Curahan rasa Denaihati @ ..Konya kota bermula tarian sufi Turki
cantik reka bentuk masjid tu. Jalan-jalan smbil kutip penglaman di negara orang. Banyak kisah sejarah yang boleh dipelajari.
Curahan rasa Bahrain @ ..Kenduri Katering atau Gotong-Royong
alhamdulillah…secara tak langsung dapat juga kita ‘kembara’ bersama…best!
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Streaming Terengganu vs Lions XII
terusakan mengembara sama-sama bro, insyaAlla ada lagi sambunganya,,,
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari
Penasaran dengan makna huruf wau yang ditulis sendiri oleh Nabi Khidir a.s di tiang depan Masjid Ulu Cumi. Apa tuan DH mengetahui maknanya?
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Beasiswa Bulutangkis PB Djarum
mesti ada kisah disebalik huruf wau nabi khaidir..
ada ke tuan DH?
Curahan rasa hafizmd @ ..Tapai dan Nasi Dagang Mama
hanya huruf wau takde makna apa-apa, kalau dapat info insyaAllah update nanti….
Curahan rasa Denaihati @ ..Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur
Yelah..nak tahu juga rahsia disebalik huruf wau tuh..mungkin ada maknanya yg tersendiri yg tidak kita ketahui..
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor DT vs Lion XII Liga Super MSL
Sungguh sebuah kembara yang sangat mengesankan. dan kita selaku pembaca merasa larut didalamnya
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mary Anning – Penemu Fosil Dinosaurus di Logo Google Hari Ini
Alhamdulillah, cuba berkongsi sebaik mungkin agar pembaca jelas dan seronok bang iwan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan Final FA Cup 2014 Arsenal vs Hull City
Betul tu bang iwan..rasa terbuai2 dgn gambar2 yg dipaparkan di sini..
Curahan rasa hafizmd @ ..Suami Cemburu? Untunglah!
masyaAllah hebatnya coretan pengalaman kembara DH…
jeles pun ada ni.. hihi
banyak ilmu dapat ditimba sambil lihat2 negara orang, lebih2 lagi negara yg pernah nabi2 terdahulu diami
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kueytiow Kungfu mangkuk besar Vs. Chicken Chop menggiurkan
insyaAllah akan kongsikan banyak lagi, boleh terus ke http://instagram.com/denaihati banyak lagi tempat menarik dan penuh sejarah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
nice travelog..kagum dgn usia pokok tu lebih dr 607 thun tu..pergh..
Curahan rasa JMR @ ..Waroeng Iga One Utama hidang ribs sambal hijau sedap.
memang besar pokok tu, tengok dahannya je dah cukup nesar.
Curahan rasa Denaihati @ ..1001 Macam Khasiat Madu
besar dahannya..akarnya tak tahu la jauh mana dh menjalarkan?
Curahan rasa JMR @ ..Family gathering di Belanga Empire Subang
sangat menarik.. dengan kisah-kisah dan fakta yang diceritakan. Banyak juga sejarah dan kisah di sana..
Curahan rasa KiD @ ..Aku Nak Menang RM100K dari Yeos
banyak kisah dan perinciannya yang tahu bila sampai sini, memang hebatlah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati
Comments are closed.