Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pendapat peribadi aku BERSIH 2.0 adalah strategi yang salah. Kita analisa peristiwa yang berlaku di Thailand. Pilihanraya Thailand pertama setelah PM Thaksin Shinawatra digulingkan kerana dituduh dengan berbagai penyelewengan telah dimenangi oleh Parti yang disokong oleh Kumpulan Baju Merah. Pasukan Baru Merah adalah menyokong kuat kepada bekas PM Thaksin.
Kemenangan Kumpulan Baju Merah tidak disenangi oleh Kumpulan Baju Kuning maka mereka telah membuat demonstrasi besar-besaran dan menawan parlimen sehingga Perdana Menteri ketika itu meletakan jawatan. Abhisit Vejjajiva daripada Kumpulan Baju Kuning mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Kumpulan Baju Merah tidak berpuashati kerana Abhisit Vejjajiva bukan dipilih oleh rakyat telah mengadakan demonstrasi besar-besaran dan kerajaan Abhisit Vejjajiva telah melawan dengan kekerasan sehingga ramai anggota kumpulan Baju Merah yang terkorban. Pilihanraya Thailand yang terbaru telah dimenangi oleh Kumpulan Baru Merah.

Pengajarannya Kumpulan Baru Merah telah dipilih rakyat untuk memerintah Thailand dan cara Kumpulan Baju Kuning mengulingkan kerajaan secara paksa tidak dapat diterima majoriti rakyat. Tidakkah Kumpulan Baju Kuning BERSIH 2.0 belajar dari peristiwa Thailand. Strategi Kumpulan Baru Kuning BERSIH 2.O untuk menarik perhatian Rakyat menyertai mereka hanya mendatangkan rasa takut dan rakyat akan menjauhkan diri dari mereka. Yang menyokong Kumpulan Baju Kuning BERSIH 2.0 sudah tentu penyokong tegar yang sanggup buat apa sahaja yang diseru oleh pemimpin mereka.
Aku selalu cakap pada teman-teman kalau nak diharapakan penyokong parti PAKATAN atau BARISAN tidak akan menang pilihanraya. Kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh kumpulan ketiga yang tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi cintakan keamanan Malaysia. Kenapa tidak PAKATAN menggunakan masa dan tenaga yang ada untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat daripada membuang masa menguruskan demonstrasi yang menggangu kehidupan rakyat biasa. Belajarlah dari kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand.
Alhamdulillah aku tak tersenaraai antara 91 individu yang dilarang masuk KL pada 9/7/2011. Ada orang kata biar je lah mereka buat demonstrasi besar-besar secara aman. Aku yakin kalau Pakatan memerintah pun akan halang demonstrasi jalanan sebagaimana Kumpulan Baju Kuning Thailand menghalang demonstrasi besar-besaran Kumpulan Baru Merah setelah mereka berkuasa. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga.
Antara 91 individu yang dilarang masuk KL atas arahan Mahkamah : Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri AnWAR Ibrahim, Datuk Megat Firdouz, Datuk Abdul Azeez, Tian Chua, Lim Kit Siang, Nur Izzah, Muhamad Sabu, Hishamuddin Md Rais, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Maria Chin Abdullah, Kamarulzaman Mohamad, Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Datuk Zulkifli Nordin, Badrul Hisham Shaharin, Syed Shahir Syed Mahamud, Syed Ibrahim Syed Noh, Teresa Kok, Shamsil Iskandar, Arutchelvam Subramaniam, Wong Chin Huat, Ong Boon Keong, Enalina Elumalai, Haris Fathillah Sathiasingam, Datuk Khalid Yunus, Dr. Zubir Harun, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Salahuddin Ayob, Rizalman Mokhtar, Datul Seri Reezal Merican dan ramai lagi yang akan di update senarainya kemudian.
[ad#Yieldads]
55 Comments
there are always other way to do this, not necessarily to do all those riot rally or what so ever that could makes other Malaysians suffer. 🙁 sometimes, all the simple things are just simple and some stupid low minded that so called educated people makes it hard! if you want to be heard, do it properly.
guess today 9/7/11 should be included in the history lessons in school.
Curahan rasa fara @ ..Oh Malaysia! Bersih 2.0 and Roadblocks
sesiapa pun tak mahu nama mereka tersenarai. Iktibat dari BERSIH 2.0 adalah fikir dulu sebelum buat, jangan menyusahkan orang lain
Saya setuju dengan pendapat Shimi..kita perlu fikir akibat sebelum buat sesuatu perkara..nanti diri sendiri yang susah..
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Knapelah manusia tak b/syukur di atas keamanan negara,cari juga jln yg menghancurkan negara. Apa ada pd pembangkang, hanya pandai menabur janji, tak ada pengalaman utk menguruskan negara hanya pandai mengkritik aje.
Saudara,
Kedudukan kewangan negeri Kelantan jauh lebih baik berbanding sewaktu PAS mula ambil Kelantan dulu. Dari negeri yang mempunyai puluhan atau ratusan juta hutang negeri, kini kepada negeri yang bebas hutang.
Kedudukan Selangor juga semakin baik. Setiap tahun PR pegang Selangor, rizab kewangan negeri selangor meningkat walaupun iklim ekonomi negara semakin nazak di bawah BN.
Begitu juga sewaktu PAS memerintah Terengganu. Pada 1998 Terengganu adalah negeri kedua termiskin di Malaysia walaupun ada minyak, kedudukannya adalah selepas Sabah (yang juga bawah BN dan kaya dgn minyak/gas). Di bawah PAS, Terengganu naik kepada tangga ke 5, di waktu di mana Kelantan sudah meningkat dari termiskin (no.1 di zaman BN) kepada no.7 di bawah PAS. Pungutan zakat meningkat berpuluh ganda.
Kewangan Kedah juga semakin baik, jauh lebih baik dari di zaman BN. Daripada syarikat negeri tak pernah untung, berubah kepada untung.
Yang penting adalah eksekutif (MB atau PM atau Menteri-menteri) yang jujur. Selebihnya terserah pada kakitangan kerajaan di bawah pemantauan Eksekutif tersebut.
Anda lahir zaman ada internet, why do you need to bury your head under the sands?
Carilah maklumat yang benar.
Apa yang terjadi waktu Bersih ini is just a small price to pay for the betterment of our nation.
and yah, Mr Blog Owner….
do you know that Thaksin was actually trying to topple the monarchs of Thailand thru deceits?
yang tendang dia keluar adalah Tentera, bukan lawan politik beliau.
penyokong thaksin adalah golongan miskin yang tidak berpendidikan… tidak mempunyai maklumat sempurna, mudah diperdaya dan murah dirasuah.
tanya sendiri dengan orang Thai… jangan buat andaian kemudian sebarkan ke dunia.
Look at the better side… scrutinize the bersih purposes.
Curahan rasa Khairi @ ..KUBAKOMIK: Persediaan penting sebelum menaiki KTMB Komuter
Risau kot2 apa yang jadi kat Thailand dan Mesir akan berlaku di Malaysia. Kalau tak esok, mungkin akan datang selagi semua ahli politik tak ubah pendekatan nak menang pilihanraya. Masyarakat sekarang dah boleh berfikir sendiri tetapi ada juga segelintir yang terlalu taksub dengan parti yang disokong sampai tak fikirkan keselamatan diri dan keluarga. Harap perhimpunan esok akan berjalan dengan tenang tanpa ada sebarang kerosakkan dan kemusnahan. Kalau ada juga, jelaslah mereka semua berakalkan kepala lutut.
Curahan rasa Dila.13 @ ..Tip Blogging Terbaik: 5 Kaedah Menggunakan Keyword
Tapi aku cukup pelik, betapa ramainya penyokong kuning nih, kawan2 aku xde pun yang nak mengaku join bersih walaupun pada hakikatnya aku tau dia join.. Malu kot nak mengaku…
Curahan rasa Jai @ ..Roadblock BERSIH 2.0 | Jalan Dilencong Dan Tutup Sekitar Kuala Lumpur 9 Julai
Darah muda memang semangat terutama student bila dah kerja baru tahu dunia sebenar senang ke susah. Yang penting mesti daftar mengundi baru boleh ubah kerajaan kalau tak setakat abis suara je.
Curahan rasa denaihati @ ..Guru dan murid Tadika Serikids jadi tebusan (terkini)
Benda alah ni nampak sangat nak menyusahkan lagi orang ramai..
Nama tak masuk dalam senarai 91 pun dah cukup bagu sangat2. Kalau tidak akan dikenang anak cucu esok …
🙁
Curahan rasa yangbaik @ ..Saya Sayang Exora Saya
tadi tengok tv al-hijrah. ulas pendapat cendekiawan termasuk berbangsa Cina pasal isu ini. memang rata-rata tak setuju adakan. betul jugak. prof tu tanya “perhimpunan ini untuk kita lihatkan pada siapa?” dan prof tu tak beri jawapan secara direct. cuma, dia cakap macam ni
kalau nak kemukakan tuntutan2, semua rakyat malaysia dah tahu…kenapa perlu dibuat di KL? ada apa di KL?
jawapan saya: nak suruh rakyat negara asing tengok? sebab KL tu ibu negara.
patut tak perlu ada perhimpunan macam ni. anak-anak muda yang ingin sangat nama mereka dicatat/diingat dalam sejarah seolah digunakan dalam perhimpunan ni. huhhuhu.
Curahan rasa Lizz @ ..Informasi: Kelebihan Ayat Kursi
Motif sangat jelas cuma kalau dah jadi menyokong tegar dah tak nampak semua ni
Curahan rasa denaihati @ ..Terkini Perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati
Tentu ada cara lain untuk menuntut pembersihan dilaksanakan
Curahan rasa yangbaik @ ..Saya Sayang Exora Saya
ada.walaupun agak susah (faham2 jelah kan kuasa pada siapa) tapi cuba fikir balik. ingat Tunku Abd Rahman n lain2 nak dapat kemerdekaan untuk Malaysia mudah ke? huhuhuhu
Curahan rasa Lizz @ ..Informasi: Kelebihan Ayat Kursi
pakcik khairy pun ada..waa..
Curahan rasa sayacomel @ ..Comel Serius – Permaisuri hati.
mungkin anda belum tahu perangai umno macam mana..
Apa gurantee PAKATAN tak jadi seperti UMNO bila memerintah??
Curahan rasa denaihati @ ..Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011
Aku bantah BERSIH 2.0 tu bukan makna aku sokong UMNO. Tapi aku tak suka kacau bilau ada banyak cara lain lagi.
Curahan rasa denaihati @ ..Terkini Perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati
tiada jaminan pakatan akan jadi lebih baik drpd umno selagi masing2 ada agenda sendiri..
Curahan rasa izwannizam @ ..Iphoneography dan instagram
Ya memang takan jadi lebih baik, sebab pakatan berjuang untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat..Cuba lihat negeri2 dimana mereka memerintah sekarang ni apa yg terjadi semuanya kacau bilau ..Cuba lihat jika terjadi bencana alam siapa yang turun dulu untuk membantu, dari situ kita boleh lihat pemimpin mana yg lebih perihatan akan kesusahan rakyat.
tapi apa cerita pihak patriot dan perkasa yang nak buat demo juga tu? diorang tak di kacau sangat kan? dan selamba je pakai baju merah? tak ada sapa tangkap padahal mereka pun nak berhimpun juga?..dan apa cerita pasal geng geng yang bawa kepala lembu ke Shah Alam hari tu?…itu tak di kira perhimpunan haram ke?…
senang hati je pihak patriot berdemo, polis pulak buat deekkk je.
youtube[Dot] COM /watch?v=XEGRbHcj7HY
saya tersenarai..:(
Curahan rasa Pereman @ ..Senarai 91 Orang DIlarang Masuk Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 [Informasi]
pasti ada yang meyusup masyuk juga…lumrah manusia lagi dikata jangan lagi la depa buat hihihi..:)
Curahan rasa wrizuan[dot]net @ ..Undian Pusingan Akhir Kelayakan Olimpik London 2012
Pasti tu ada yg super semangat tu tapi bila tang kerja n buat bisnis tak pulak semangat macam tu.
Comments are closed.