Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bersama ini di serta Titah khas Agong mengenai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 untuk maklumat rakan blogger denaihati.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara – BERNAMA

Ulasan aku mudah je kalau dah pemimpin Negara kita tak mahu patuhi maka rosaklah sistem sesebuah Negara. Esok lusa bila Pakatan menang Barisan pulak menentang tanpa kira perlembagaan. Kalau begini jadinya siapa yang rugi? Pasti Malaysia dan ada orang di luar sana tersenyum gembira melihat kejatuhan Malaysia. Perlembagaan mesti dipatuhi untuk menjamin kesejahteraan sebuah negara bila tiba masa mengundi Pangkahlah siapa yang kita sokong jangan pulak tidur di rumah.

AKU MENENTANG BERSIH 2.0 KERANA ADA CARA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN TUNTUTAN INI DAN BAGI AKU ADA TUNTUTAN YANG LEBIH PENTING DARIPADA INI YANG MESTI DIPERJUANGKAN SEPERTI PENGESAKAN ALLAH DALAM APA SAHAJA KEPUTUSAN NEGARA. KENAPA YANG INI PEMIMPIN KITA SEMUA TIDAK MAHU TURUN KEJALAN MEMPERJUANGKAN?


Spread the love

70 Comments

  1. Assalamualaikum…
    saya tidak memihak/menyokong mana2 pihak politik..sekadar meluahkan pandangan shj.

    sbenernya siapa itu kerajaan? siapa itu PM ?
    kerajaan adalah rakyat.
    perdana menteri adalah seorg yg memegang amanat rakyat utk mentadbir negara. Tampa Rakyat Mereka tak dapat buat apa2.
    Tampa rakyat juga Gaji kakitangan kerajaan tak mampu di bayar.
    anda mungkin kata ia tidak benar, namun itu adalah hakikat.
    tampa cukai yg di pungut oleh kerajaan terhadap rakyat, maka tak adalah gaji utk polis,askar dan juga guru2.
    bagi pendapat saya segalanya mampu di elakan walaupun mereka melakukan demonstrasi, tetapi kedua2 pihak perlulah bekerjasama. pihak polis dan fru sepatutnya menjaga laluan. tak perlu melakukan kekerasan. barulah ia menjadi keamanan.daripada video yg diambil oleh pemberita2 dan juga ngo saya lihat banyak kekerasan yg dilakukan tampa sifat kemanusian.

    Yang DiPertuan Agong dah pon berkenan dan juga bertitah, supaya ia dibuat di stadium, kenapa ada pihak yg berani melawan titah Yang Dipertuan Agong ?
    Siapakah mereka itu? semua Titah2 Agong harus Di junjung. Tetapi kenapa ada pihak berani melawan Titah Yang Dipertuan Agong? di sini telah jelas nampak suatu ketidak adilan serta sifat melawan yg mana harus di hukum. mereka2 yg tak menghiraukan Titah Yang Dipertuan Agong sepatutnya di hukum.

    Sedih dengan apa yg telah terjadi, mereka lupa siapa yg menaikan mereka. mereka lupa siapa bayar gaji mereka.

    Peristiwa yg berlaku bukan saahaja memburukan image polis & FRU , malah akan menaruh kebencian rakyat kepada semua polis dan FRU. Dan tekaan sya utk pilihanraya yang akan datang pemerintah sekarang tak mungkin dapat meneruskan pemerintahannya lagi. maka berkuburlah suatu parti yg dulu menjadi kepercayaan rakyat selama 50 thn.

    **
    > bayangkan..sekiranya demonstrasi itu berjalan dengan baik,tiada masaalah..memorandum di serahkan kepada Yang Dipertuan Agong, pastu sedikit ucapan di buat oleh penganjur kepada yg berkumpul..then helicopter dtg…keluar PM ..then naik podium ..bersalaman dengan penganjur, beri sedikit ucapan..then bersurai..

    tentu rakyat akan respect..

    walaupon tak di panggil…tetapi PM dtg tunjuk wajah demi rakyat. memang rakyat akan respect..

    ** apa pun segalanya telah terjadi…
    rakyat sekarang bukan seperti dulu… semuanya cerdik2 semuanya..
    yang menderita rakyat. yang tersiksa juga rakyat.
    jangan membakar kemarahan rakyat…
    jangan jadi seperti thailand dan egypt, nanti rakyat memberontak mengambil alih kuasa. harap jauh dari semua itu.

    Malaysia aman dan damai..walaupun ada pergaduhan dlm parti2 politik.. namun ia tetap aman dan damai.. tetapi pihak yg dilantik seharusnya mendengar suara rakyat.kerana rakyat yg menjadikan negara ini aman damai.

  2. Bersih 2.0 bukanlah ancaman besar kepada negara…
    tetapi ancaman yang sangat besar kepada politik pemerintah…

    Karier politik pemerintah mungkin akan berkubur
    jika popularati Bersih 2.0 tidak dihalang….

    Itu yang menyebakan ramai dikalangan ahli politik…
    tak senang duduk… tak lena tidur malam…
    hati gusar dan bimbang…

    Semuanya gara-gara Bersih 2.0 yang semakin hari…
    Semakin famous dan glamours…

    Kepada Ahli politik yang jujur
    dan baik budi perkertinya…
    Tidak pernah mengamalkan politik wang….
    Tidak pernah menyakiti hati rakyat..
    Tidak pernah menyusahkan rakyat…
    Anda masih disayangi oleh rakyat….

    Rujuk entri ini:

    http://che-armad.blogspot.com/2011/07/top-searching-bersih-20-diantara-pro.html

    LEBIH HANGAT… LEBIH PANAS… LEBIH PEDAS… (“,)
    Curahan rasa che-armad @ ..Free Download Movie : KL Gangster (2011) -mediafire-TeamGempak –My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!