BERSIH 2.0 : Aku bukan antara 91 individu yang dilarang masuk KL

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pendapat peribadi aku BERSIH 2.0 adalah strategi yang salah. Kita analisa peristiwa yang berlaku di Thailand. Pilihanraya Thailand pertama setelah PM Thaksin Shinawatra digulingkan kerana dituduh dengan berbagai penyelewengan telah dimenangi oleh Parti yang disokong oleh Kumpulan Baju Merah. Pasukan Baru Merah adalah menyokong kuat kepada bekas PM Thaksin.

Kemenangan Kumpulan Baju Merah tidak disenangi oleh Kumpulan Baju Kuning maka mereka telah membuat demonstrasi besar-besaran dan menawan parlimen sehingga Perdana Menteri ketika itu meletakan jawatan. Abhisit Vejjajiva daripada Kumpulan Baju Kuning mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Kumpulan Baju Merah tidak berpuashati kerana Abhisit Vejjajiva bukan dipilih oleh rakyat telah mengadakan demonstrasi besar-besaran dan kerajaan Abhisit Vejjajiva telah melawan dengan kekerasan sehingga ramai anggota kumpulan Baju Merah yang terkorban. Pilihanraya  Thailand yang terbaru telah dimenangi oleh Kumpulan Baru Merah.

Kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand perlu dipelajari

Pengajarannya Kumpulan Baru Merah telah dipilih rakyat untuk memerintah Thailand dan cara Kumpulan Baju Kuning mengulingkan kerajaan secara paksa tidak dapat diterima majoriti rakyat. Tidakkah Kumpulan Baju Kuning BERSIH 2.0 belajar dari peristiwa Thailand. Strategi Kumpulan Baru Kuning BERSIH 2.O untuk menarik perhatian Rakyat menyertai mereka hanya mendatangkan rasa takut dan rakyat akan menjauhkan diri dari mereka. Yang menyokong Kumpulan Baju Kuning BERSIH 2.0 sudah tentu penyokong tegar yang sanggup buat apa sahaja yang diseru oleh pemimpin mereka.

Aku selalu cakap pada teman-teman kalau nak diharapakan penyokong parti PAKATAN atau BARISAN tidak akan menang pilihanraya. Kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh kumpulan ketiga yang tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi cintakan keamanan Malaysia. Kenapa tidak PAKATAN menggunakan masa dan tenaga yang ada untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat daripada membuang masa menguruskan demonstrasi yang menggangu kehidupan rakyat biasa. Belajarlah dari kegagalan Kumpulan Baju Kuning Thailand.

Alhamdulillah aku tak tersenaraai antara 91 individu yang dilarang masuk KL pada 9/7/2011. Ada orang kata biar je lah mereka buat demonstrasi besar-besar secara aman. Aku yakin kalau Pakatan memerintah pun akan halang demonstrasi jalanan sebagaimana Kumpulan Baju Kuning Thailand menghalang demonstrasi besar-besaran Kumpulan Baru Merah setelah mereka berkuasa. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga.

Antara 91 individu yang dilarang masuk KL atas arahan Mahkamah : Datuk S. Ambiga, Datuk Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri AnWAR Ibrahim, Datuk Megat Firdouz, Datuk Abdul Azeez, Tian Chua, Lim Kit Siang, Nur Izzah, Muhamad Sabu, Hishamuddin Md Rais, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Maria Chin Abdullah, Kamarulzaman Mohamad, Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Datuk Zulkifli Nordin, Badrul Hisham Shaharin, Syed Shahir Syed Mahamud, Syed Ibrahim Syed Noh, Teresa Kok, Shamsil Iskandar, Arutchelvam Subramaniam, Wong Chin Huat, Ong Boon Keong, Enalina Elumalai, Haris Fathillah Sathiasingam, Datuk Khalid Yunus, Dr. Zubir Harun, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Salahuddin Ayob, Rizalman Mokhtar, Datul Seri Reezal Merican dan ramai lagi yang akan di update senarainya kemudian.

[ad#Yieldads]


Spread the love

55 Comments

  1. saya juga tak tersenarai. Alhamdulillah. Sapa keja esok pakat2 takyah datang. Boleh buat alasan jalan masuk kl kena tutup. Saya akan ke luar kl ptg ni. Biarlah nak jadik apa kat kl ni jadilah.
    Curahan rasa cikgu hairul @ ..WordPress For Nokia E5My Profile

  2. memang cukup payah untuk mana2 kerajaan samada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri untuk bergerak jika tidak mendapat sokongan penuh semua pihak. pasti ada je menda yg nak dibangkitkan dan dicari kesalahan dan ketirisan mereka.

    p/s: rasanya KL akan sesak teruk dalam sejarah bukan disebabkan oleh protes di jalanraya tapi disebabkan polis paranoia buat roadblock merata2
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Empangan Hidroelektrik Bentuk Futuristik Di JermanMy Profile

  3. sememangnya pihak ketiga yg neutral nie yg byk membangunkan negara. ahli-ahli politik nie asik sebok nak bergaduh menegakkan kebaikan masing2 walaupun tak seberapa.

    kami yg neutral nie hanya mahukan keamanan dan negara yg bebas dari anasir keganasan.

  4. Kalau mereka boleh mencari ketua pemimpin yang betul2 berjiwa rakyat, ramai yang akan sokong. Cuma sekarang ni, mereka lebih kepada memancing undi menjelang pilihanraya. Dah buat sekali takkan nak buat lagi kot sampai bila2?
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..auto-publish commentMy Profile

    1. Kan bagus kalau BERSIH tu dia buat untuk menbersihkan KL.. masing2 bawak penyapu ke, sama2 kutip sampah. buat community service skit dari buang masa camtu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!