Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hampir setiap hari blog denaihati mendapat kunjungan dari rakan blogger yang mencari informasi terkini kes pembunuhan Datuk Sosilawati. 4/7/2011 bermulalah perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya dimana 76 saksi akan dipanggil bersama lebih 192 bahan kes.
Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, 31 Mac lalu terhadap empat tuduhan membunuh Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos tahun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mari kita berdoa semuga yang bersalah mendapat hukuman yang sewajarnya. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati ini nampak mudah tetapi pasti Peguam yang didakwa akan menggunakan segala kemahiran terutama segi teknikal untuk menepis segala pertuduhan.
Diharap rakan blogger bantu update perkembangan terbaru melalui ruang komen bagi memudahkan rakan blogger lain yang mencari informasi terkini kes pembunuhan mendapat maklumat yang tepat.
Terkini
1. Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ada menerima sekeping cek bernilai RM1 juta daripada tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada awal Ogos tahun lalu – Utusan
2. Ibu beritahu beliau akan ke Banting dengan pegawai bank, Noorhisham Mohamad dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim untuk berjumpa Pathma atas urusan mempercepatkan tarikh cek ke pada tarikh sebelum perayaan Aidilfitri pada 11 September 2010 – BHarian
3. Untuk membaca update terkini kes pembunuhan Datuk Sosilawati sila @ Link.
[ad#Yieldads]
44 Comments
dah jelas keling tu yg bunuh..| konco2 dia dah ada yg mengaku bersepakat..hrp balasan yg setimpal utk pembunuh2 durjana ni..
Curahan rasa Shack@Anjung Maya @ ..Rezeki Menang Kuiz RM 3.07 Juta
penjenayah tu daa kena tngkap kew???
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
Mengapa manusia zaman sekarang terlalu kejam,mengambil nyawa orang macam
mengambil nyawa ayam je…tak ada perasaan kesihan lansung.Suka suka sembelih orang.Hukuman yang setimpal pada yang melakukan jenayah seperti ini ..sembelih saje biar dia rasa betapa seksanya mati dalam keadaan seperti itu.
Comments are closed.