Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat dulu ketika berniaga di kafeteria di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku dan beberapa teman telah diberi peluang untuk menguruskan kantin yang kami tukar menjadi Kafeteraia dengan modal sendiri. Ketika kami ambil alih keadaan kantin tersebut memanglah teruk, tidak teratur, kotor dan tidak mengambarkan lansung kantin sebuah hospital.
Alhamdulillah dengan pengalaman bekerja di HUKM dan KFC semua ilmu dicurahkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Kafeteria HTAR yang dibuka 24 jam. Kedudukan kafeterian di hadapan Unit Kecemasan dan di sebelah parkir kereta menyebabkan kafetaria ini sentiasa sibuk dengan pelanggan. Memang tak risau nak cari pelanggan yang perlu hanya menyediakan berbagai jenis makanan dengan harga berpatutan.
Antara perkara penting yang menjadi keutamaan untuk melancarkan perkhidmatan adalah stok duit kecil. Pelanggan hospital ni lain macam sikit sebab yang datang semuanya ada masalah. Samada mereka yang sakit atau keluarga mereka yang sakit jadi jiwa kacau mudah tersentuh. Oleh kerana jiwa yang sensitif makanya jangan berani-berani nak minta duit kecil boleh jadi masalah besar. Untuk itu aku sentiasa memastikan stok duit kecil sentiasa cukup setiap masa tak kira siang atau malam.
Bila pelanggan hulur duit RM50 atau RM100 kita terima sahaja tak pernah tanya duit kecil. Cuma kalau harga makanan contohnya RM3.20 maka casher akan tanya ada tak 20 sen .. kalau ada syukur kalau tak de tak pe. Konsep ini aku banyak belajar dari cara peniaga Cina dan Mamak … begitu juga KFC dan McDonald. Bukan senang nak dapat pelanggan jadi bila dah dapat jangan kita susahkan pelanggan. Pelanggan nak bagi duit kita sebagai peniaga terima sahaja jangan bagi macam-macam syarat.
Duit kecil nampak macam remeh tetapi sangat penting kerana buka sahaja perniaga kelihatan profesional kepada pelanggan tetapi juga boleh meningkatkan jualan kerana pelanggan gembira tidak perlu beratur panjang. Bukan susah sangat nak menarik hati pelanggan cuma kena kreatif dan ikut cara perniaga yang sudah berjaya.
Aku memang tak faham sebahagian peniaga kalau nak cerita majoriti bangsa kita juga … berniaga tak pernah nak bersedia terutama duit kecil. Kekadang hulur RM10 pun tak ada baliknya apatah lagi kalau hulur RM50 atau RM100. Ini nak berniaga atau nak main-main. Nak dapat duit kecil bukan susah sangat pergi je Bank terdekat nak satu guni pun ada … tapi kalau ada penyakit M …. MALAS tak ada siapa yang dapat tolong. Paling tak best boleh pulak perniaga tu suruh pelanggan beli gula-gula kat kedai sebelah … memang boleh naik angin pelanggan kalau jumpa perniaga macam ini.
PERNAHKAN ANDA MENGALAMI MASALAH INI???
Nota : Maaf lah makcik gerai hujung R&R Ayer Keroh sebab aku tak datang kembali bawa duit kecil bayar Tahu Bakar yang dah terpesan tu. Abang sebelah yang jual air tu pun tak ada duit kecil jadi terpaksalah aku batalkan niat nak makan dan minum walaupun perut dah lapar.
200 Comments
Kena dengan kisahnya..terbaik
saya selalu jumpa situasi ni..mesti peniaga tu ckp..eh kau x duit kecik kah? x duit 10 sen ka 50 sen ka?
sy jawab tiada biarpun ada sebenarnya
suka post ni… hehehe
Curahan rasa azriMy @ ..Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi
transfer lwat bank aja, kan lebih mudah karena memang mencari duit kecil udah susah utk skrng ini…
Curahan rasa Blogadexme @ ..Apa itu Cybercrime, Cyberterrorism dan Cyberwarfare
Memang pernah terjadi masalah macam ni. DIsuruhnya kita pergi tukar duit dulu sebelum beli barang. Pergi ke kedai sebelah pun tiada duit kecil juga. Terpaksalah membatalkan niat untuk membeli. Kadang-kadang kecewa juga dengan peniaga yang macam ni.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Wordless Wednesday | Pemain Baharu Chelsea?
mungkin bagus pun kalau kita sendiri yang bawa uang kecil
Curahan rasa Metrolisa @ ..Ayo Berkurban dengan Mudah Membantu saudara Muslim di Kamboja
Sekarang ini susah dapetnya, kecuali kalau belanja di Mall pastilah uang kembaliannya recehan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jakarta Hati | Meraba Hati Kota Ini, Hati Bangsa Ini Dengan Hati Kita Sendiri
kalu beniaga di internet tak payah susah2 simpan duit kecil…
Curahan rasa Lensa @ ..Susah Sangat Ke Nak Faham Dengan Blogging Boleh Cari Rezeki!?
kalau ane belum pernah mengalaminya,,jadi tak bisa berbagi pengalaman
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
betul tu..sepatutnya peniaga kena lebih alert untuk jaga pelanggan..
Curahan rasa MK Syahir @ ..Certain Widget Pada Blog Jadi Invisible, Hilang..Kenapakah?
saya pun heran juga. . kekadang ada kedai yg berdekatan dgn bank pun tak de duit kecik. Sepatutnya peniaga kenalah bersiap sedia dgn stok duit kecik…..
Curahan rasa Hairul Hissam @ ..Cara Memadamkan Api Di Rumah | Nyaris Rumah Baru Aku Terbakar
selalu juga terjadi begini sampai terpaksa pula kita berhutang dgn penjual sbb takde duit kecik
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Makan-makan di Kenny Roger’s Roasters
sekali pandang, duit krtas baru nie macam duit mainan la pulak,.teringat kt mainan saidina dlu2..
hehe..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Awek Bunuh Diri Selepas Gambar Buah Dadanya Tersebar Di Internet..
bersetuju sangat2… nak berniaga tapi duit kecil x standby…memang menyusahkan ..
Curahan rasa Weschairs @ ..Masjid 2 Kiblat
yg betul2 susah pembeli la..nk bli dah kena cancelkan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Awek Bunuh Diri Selepas Gambar Buah Dadanya Tersebar Di Internet..
Belum pernah mengalami masalah tersebut
Curahan rasa RYN @ ..Menginstall XAMPP di Windows
harap2 ada tindakan untuk atasi masalah pada wang2 baru ini untuk masa akan datang..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..18 SX: Wanita Seksi Lelong/Jual Dara Untuk Hubungan Seks Tujuan Kebajikan..?
Comments are closed.