Salam 1Malaysia, kita lupakan sebentar JABULANI dan VUVUZELA kerana satu dunia dah tahu Netherlands (team yang aku sokong) dan Sepanyol akan bertemu diperlawanan akhir FIFA worldcup 2010 pada jam 2.30am waktu Malaysia atau 1.30am waktu Indonesia Barat pada 11/7/2010. Hari aku nak kongsi kisah benar dunia perniagaan yang berlaku depan mata kau sendiri.
Kisah pertama berlaku kepada aku sendiri pada akhir bulan lepas ketika aku membeli T-shirt Muslimah untuk isteri dan anak perempuan aku di bazar jualan, Ampang Park. Aku beli 2 helai T-shirt berharga RM75. Aku hulur wang RM100 kepada adik yang jual baju tu dan respondnya, maaf abang tak ada duit kecil lah. Apa lagi aku pun membebel lah tapi tak marah. “Adik lain kali kalau nak berniaga mesti sediakan duit kecil. Tak kan RM15 pun tak ada, ni meniaga apa ni?”.
Kisah kedua berlaku di depan mata aku di sebuah gerai makan, hentian RnR Seremban. Seorang jejaka berbangsa Cina mengambil sepinggan Nasi Campur dan menghulurkan wang RM50 untuk bayar. Kakak casher tu kata maaf encik tak ada duit kecil lah boleh beli barang lain dulu tak?
Pengalaman begini telah aku lalui banyak kali dan selalunya berlaku di kedai Melayu dan jarang sangat berlaku di kedai Cina. Kalau di kedai Cina sebesar mana pun kita guna duit untuk membayar pasti ada wang kecil untuk dipulangkan atau mereka akan pergi ke kedai sebelah untuk mendapatkan wang kecil. Lihat sahaja di KFC dan McDonald, seandainya bil kita berjumlah RM25.30 pasti casher akan bertanya samada kita ada atau tidak RM0.30 atau tidak. Casher ini dilatih untuk dapatkan duit kecil daripada pelanggan dengan cara berhemah tetapi tidak lah sampai menyuruh pelanggan tukar duit di kedai lain.
Tiada wang kecil nampak seperti masalah kecil dalam perniagaan tetapi ianya memberi kesan yang besar sebenarnya. Daripada pengalaman aku, sudah pasti seorang perniaga akan tahu berapa keperluan wang kecil setiap hari berdasarkan prestasi perniagaan mereka. Masalah yang berlaku di kedai Melayu berlaku kerana perniaga Melayu tidak membuat persediaan dan tidak serious dalam perniagaan. Apa salahnya setiap kali sebelum berniaga siapkan wang kecil siling, RM1, RM5 dan RM10 dalam jumlah tertentu. Tu yang orang tua kata, berniaga hangat-hangat tahi ayam macam mana lah nak berjaya seperti AirAsia.
[ad#advertlets336]
142 Comments
bagi peniaga yang rata2 hasil jualan tak sampai rm100 setiap hari, kalau seorang dua yang guna duit besar mmg tak jadi masalah. Tapi kalau tiba2 ramai customer yang guna duit besar, itu yg kdg2 dengar soalan “takde duit kecil ke”. Jadi kita as customer pun kena tgk jugak kadang2 kedai mana yang kita pergi.
Tp kalau bayar rm100, baki rm15 pun xde, itu ssh la.. 😀
Curahan rasa serol @ ..What you give- you get back edisi worldcup 2010
@serol, memang jadi masalh la..biasanya kalau orang melayu meniaga modal kecil je..
@serol, Setuju juga ni.. terutamanya kedai runcit dekat kampung tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
selalu jugak kena camni.. kdg2 tu dorng tak nak simpan byk duit, tapi kena igt, nnt lau selalu, pelanggan pun malas nak membeli…
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Belanda Rebah dan Akur
@fiezaradzi, huhhu dah jadi kebiasaan peniaga melayu kot..xnk bagi cari duit kecil, dan bagi alasan xde duit kecil plak..
@fiezaradzi, Betul kata fiezaradzi tu.. bukan setakat malas nak membeli, malah malas nak pegi kedai tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
Salam..
nice blog
@PG, baru datang sini ke?sini tempat perkumpulan ramai blogger..hehe
@PG, Wa, ni mesti baru pertama kali menjejakkan kaki dekat blog ni kan. Selamat Datang.
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
aduh memang susah la kalau nak berniaga tapi tidak bersungguh2.. duit kecil xde tu memang selalu terjadi kepada peniaga walau dimana pun..
Curahan rasa Paksu-IT @ ..Sepantas Manakah Blog Anda
@Paksu-IT, 2 la pasal..nak meniaga tapi mcm main2 meniaga masa zaman kecik2 dulu..mcm mana nak maju kalau mcm ni kan
@Paksu-IT, Ha.. sebab tu kena sediakan duit kecil awal2. Banyak jer alternatif yang boleh digunakan.
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
@Steward John, cuba lah fikir dl sebelum buat,sekira nya kalau berlaku pada kita sendiri @ kita d permalu kan begini,memg kita benci kan.manusia tak ade yang sempurna dan cuba lah berniaga sendiri dl dan rasa mcm mana rasa org berniaga.
Saya memang tidak pernah berniaga, tapi kalau melalui online tu ada la sikit. Tapi saya selalu juga melepak dekat kedai kawan saya dalam kampus universiti tu. Pelajar selalu keluar masuk dekat kedai untuk membeli barang keperluan, jadi memang masalah macam ni sering melanda, duit syiling kurang la, duit pelajar besar la.. terutamanya kalau elaun PTPTN dan MARA dah keluar. Memang payah sangat. Tu la, sebelum dia berniaga, dia akan pastikan semua duit tu ada, syiling tu ada.. setiap minggu kadang2 saya tolong dia juga tukar duit syiling dekat bandar, bukan main alang2 syiling yang ditukar, itu untuk seminggu tu.. kadang2 kalau saya turun ke Bank, dia akan kirimkan duit besar untuk dikecikkan. Kalau la orang lain boleh ikut macam ni kan bagus. Masalah macam tu boleh diselesaikan.
Curahan rasa Steward John @ ..Sweet child o’ mine piano version
Salam Jummat Bro,
Isu lama tapi sampai sekarang pun masih jadi. Pergi pasar, bagi duit RM10 pun terkial-kial pusing satu pasar tanya duit kecik.
Isu tak dak duit kecik satu hal, lepas tuu isu bila nak tukar duit kecil, suka lambat-lambatkan sambil tukar kadang2 boleh berbual dengan peniaga lain… Haissshhhhhh…
Bukan nak kutuk tapi nilah satu kelemahan yang nyata peniaga melayu. Dah jadi sinonim. Banyak kali juga tak jadi beli di gerai penjual bila fikirkan hal ni.
Nampak macam isu remeh, tapi bila fikirkan balik, wahai peniaga melayu, isu remeh ni dari dulu sampai sekarang pun tak boleh selesaikan?
Kita lihat sampai bila..

Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..Simplify My Life
@Incik RestNrilekS, Lebih bagus kalau semua kedai termasuk kedai kecik2 implementasi penggunaan kredit kad dan debit kad.. bila lagi nak berubah, takkan la nak dorang nak begitu jer sampai bila2.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@Steward John, erm tepuk dada tanya hati masing2 la bro.huhuhu
@mieran, Kalau masing2 berubah tak best juga. Bukannya yang lain turut terikut. tapi kalau kerajaan seru, mesti semua akan ikut.
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
@Incik RestNrilekS, hahaha..sebab isu lama ni la jadi masalah bg kita para pembeli..huhu
kalau nak kutuk, nak caci nak cerca pon orang kita gak bang. taktau nak kata apa.kesedaran dalam berniaga tu tak seperti bangsa lain. sedih memang sedih tapi itu raliti. dr.m dah kata 22tahun memerintah malaysia dia tak dapat nak ubah mentaliti dan gaya orang kita.
hmmm.. pastu berniaga hidup segan mati takmau then tutup la 😐
Curahan rasa luth textile @ ..Gajet oh gajet-
@luth textile, kalau ditegur marah pulak tu…. tu lah orang tua kata yg bodoh tak boleh diajar.
@denaihati, memang serba salah kalau kita menegurnya bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Profil Giovanni van Bronckhorst Kapten Nasional Belanda
@Bang Iwan, Kalau tidak ditegur pun satu hal juga.. sampai bila dia nak berfikiran macam tu kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@denaihati, Itu lagi yang tak best tu.. asal cakap jer, gerenti balas balik macam ni “Kalau macam tu, pegi beli dekat kedai sebelah”… Orang yang tidak mahu menerima kenyataan memang macam tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@luth textile, bukan nak mengutuk tp realitinya macam 2 la bro..kalau kita x ubah sikap dan mentaliti macam mana peniaga2 melayu nak bersaing ngan peniaga bangsa lain?
@luth textile, Entah la.. mungkin tiada persaingan antara sesama tu la tak pandai ubah2 mentaliti tu..
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
persoalan yang menarik
nampak remeh tapi memberi kesan jangka panjang
Curahan rasa Wan @ ..Menarik di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
@Wan, sudah jadi budaya perniaga Melayu tetapi sudah ada perubahan untuk generasi baru.
@denaihati, Budaya ini harus dirubah melalui penanaman nilai keagamaan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Profil Giovanni van Bronckhorst Kapten Nasional Belanda
@Bang Iwan, Susah juga tu… tidak semestinya dorang akan takut. Tengok jer perbuatan maksiat, buang bayi semua tu.. rasanya dah banyak nilai moral diterapkan di sekolah, tapi dorang masih buat juga perkara macam tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@denaihati, Harap generasi baru akan sedar benda ni.. Nak berniaga kena cari alternatif untuk memenangi hati customer tu.. Pastikan customer tak lari.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
Memang payah kalau jumpa peniaga macam tu.. kita beli kedai dia, pastu suruh kita tukar duit dulu.. aku kalau kena macam tu, gerenti x kan singgah kedai tu lagi..
Curahan rasa kulanz @ ..Selamat Jalan Therapy Woo Themes
@kulanz, sangat betul. sokong. Tapi kalau dah kedai tu je yang ade sekitar kawasan rumah, terpakse la pegi jugak. Yang sakit hati kalau kene pakse tambah barang lain.
Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu Hatiku
@mj, Mesti cakap macam ni kan “Boleh tak ambil 2 lagi barang yang harga ……. untuk genapkan nilai sebab tiada duit kecik (sambil menunjukkan peti cash) la kak”. Saya pun tak suka sangat macam tu… Kita nak beli barang yang peting, last2 terbeli juga barang yang tak ada makna langsung.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@Steward John, siap bagi diskaun tau kadang2. takde duit baki punye pasal. kalau mood tengah ok, layankan aje. kalau tengah diselubungi masalah, maunye tarik muke sekali depan tu. :p
Curahan rasa mj @ ..Spain vs Netherlands – Paul vs Mani
@mj, Hahaha.. Rasanya kalau kedai runcit berdekatan rumah tu, baki tu kena masuk dalam buku 555.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@kulanz, Haha.. Dah ada rekod buruk, siapa lagi nak pegi dekat kedai tu.. manatahu da suruh kitaorang tukar sendiri dekat kedai sebelah baru bayar dekat dorang.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@kulanz, sungguh aku bila tak ada duit kecil memang fikir 10x nak masuk kedai macam ni takut kena sergah dan mungkin ramai yg fikir macam aku tetapi tak pernah fikir gitu kalau nak masuk KFC atau McD.
@denaihati, Kalau dekat KFC atau MCD, walaupun kehabisan duit syiling, sekurang-kurangnya ada perkhidmatan Kredit kad disediakan..
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
selalu terkena mcm nie… akibatnya… diri dah terbiasa klu pg kedai makan jgn bg duit besar2… dh satu lg masalah pulak bila kena pinjam duit kawan dulu pulak…
@Aku, itu lah pasalnya bila nak ge kedai Melayu terpaksa fikir ada duit kecil ke tidak kalau tak ada boleh jadi tak masuk lansung takut kena sergah.
@denaihati, hehe… kat kolej nk makan pun pikir dua tiga kali… x ke leceh dah siap ambilk nasi dgn lauk tuan punya kedai cakap…. adik xde duit kecik la… pecahkan dulu boleh….
@Aku, Hahaha.. Kena minta dia tukul untuk pecahkan duit kertas tu.. Jualan laku kot sampai tiada duit kecik..
@Aku, selalu kitorang akan kumpul, sape yang ade duet kecik, bagi kat member yng ade duwet besar. 🙂 Tapi sgt selalu la, kalau sy bayar RM50, kawan RM50 gak, dier kater, pinjam duet kawan dulu boleh? Padahal kitorang memasing dah nak pisah.. sorang ke terengganu, sorang johor.. camtu lah. haih.
Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu Hatiku
@mj, Ha.. benda ni pun selalu jadi juga.. dekat hypermarket pun kadang2 jadi macam ni.. siap dia suruh guna duit kawan dulu.. Nasib kawan tu sporting dan tak kisah sangat.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@Aku, Ha.. masalah meminjam ni pun satu hal.. Entah sampai 7 keturunan duit tu tidak dikembalikan.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
selalu sangat jumpe peniaga camni terutama melayu..bukan nak ngata bangsa sendiri tp tu hakikat…
Curahan rasa Mummy Dasy @ ..MyVi yg jambu
@Mummy Dasy, Saya setuju.. lagi teruk kalau cashier tu buat muka menyampah kalau dia kata “ada duit kecil ker? besar sangat duit kamu ni”
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@Steward John, peniaga tu jeyles ape sampai nak buat2 muke? Hihi
Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu Hatiku
@mj, Buat muka garang sebab nak suruh la kita tu pecahkan duit besar tu..
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@Mummy Dasy, cakap pun susah tak cakap pun susah tapi bila agaknya perniaga sebegini nak berubah …ada beberapa lagi pendedahan budaya bisnis yg memang tak bagus akan dikongsikan di sisi.
Setuju sangat ngan artikel kali ni, kita sepatutnya lebih bersedia apabila berniaga. Walaupun baru buka gerai/kedai sekalipun, bebenda seperti duit kecil ini perlu diperlengkapkan sebelum operasi dijalankan. Andaikata pelanggan tidak mahu menukar, maka kita akan kehilangan pelanggan tersebut, dan pelanggan itu akan membawa pengalaman yang tidak enak pulang ke rumah.
Curahan rasa Eizil @ ..WordPress- Theme Arialist versi bahasa melayu
@Eizil, perniaga Melayu ni EGO sangguh hilang pelanggan tak seperti perniaga Cina sanggup buat apa aje janji dapat duit.
@denaihati, ye ke ego? ke MALAS? Hehe.. bukan nak burukkan orang Melayu. Hakikat yang saya sendiri kena terima yang saya juga MALAS. 🙂 tapi kita boleh berubah kan?
Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu Hatiku
@mj, Ler.. saya pun pemalas juga.. ni nak kikis ni.. tapi kalau hal berniaga ni, tak boleh la malas sangat, nanti duit tak masuk.
Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paid
@Eizil, Setuju sangat dengan comment Eizil. Kalau peniaga lain boleh buat, mustahil kita tak boleh buatkan.
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
td beli bigmac kat mekdi..die mintak 5sen..slmt ade..hehehe ;p
Curahan rasa apiih @ ..Perompak Ditangkap Angkara Facebook-nya
@apiih, 5 sen pun mintak. hehe.. biase dah tu kalau gi McD atau KFC. dier mesti tanye duwet kecil. Kalau Johnny ke dier tak kisah. bagi la besar mane pun duwet. Diorang dah prepare siap2 kot pecahkan kat bank.
Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu Hatiku
@mj, Kalau Johnny mungkin dekat belakang kedai tu ada duit tukar kalau dah habis duit kecil. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
@apiih, Bagus juga dia minta daripada dia tidak kembalikan duit baki. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Paul the octopus’ prediction over me was absolutely correct
Comments are closed.