Berniaga hangat-hangat tahi ayam

Spread the love

Salam 1Malaysia, kita lupakan sebentar JABULANI dan VUVUZELA kerana satu dunia dah tahu Netherlands (team yang aku sokong) dan Sepanyol akan bertemu diperlawanan akhir FIFA worldcup 2010 pada jam 2.30am waktu Malaysia atau 1.30am waktu Indonesia Barat pada 11/7/2010. Hari aku nak kongsi kisah benar dunia perniagaan yang berlaku depan mata kau sendiri.

Kisah pertama berlaku kepada aku sendiri pada akhir bulan lepas ketika aku membeli T-shirt Muslimah untuk isteri dan anak perempuan aku di bazar jualan, Ampang Park. Aku beli 2 helai T-shirt berharga RM75. Aku hulur wang RM100 kepada adik yang jual baju tu dan respondnya, maaf abang tak ada duit kecil lah. Apa lagi aku pun membebel lah tapi tak marah. “Adik lain kali kalau nak berniaga mesti sediakan duit kecil. Tak kan RM15 pun tak ada, ni meniaga apa ni?”.

Kisah kedua berlaku di depan mata aku di sebuah gerai makan, hentian RnR Seremban. Seorang jejaka berbangsa Cina mengambil sepinggan Nasi Campur dan menghulurkan wang RM50 untuk bayar. Kakak casher tu kata maaf encik tak ada duit kecil lah boleh beli barang lain dulu tak?

Pengalaman begini telah aku lalui banyak kali dan selalunya berlaku di kedai Melayu dan jarang sangat berlaku di kedai Cina. Kalau di kedai Cina sebesar mana pun kita guna duit untuk membayar pasti ada wang kecil untuk dipulangkan atau mereka akan pergi ke kedai sebelah untuk mendapatkan wang kecil. Lihat sahaja di KFC dan McDonald, seandainya bil kita berjumlah RM25.30 pasti casher akan bertanya samada kita ada atau tidak RM0.30 atau tidak. Casher ini dilatih untuk dapatkan duit kecil daripada pelanggan dengan cara berhemah tetapi tidak lah sampai menyuruh pelanggan tukar duit di kedai lain.

Tiada wang kecil nampak seperti masalah kecil dalam perniagaan tetapi ianya memberi kesan yang besar sebenarnya.  Daripada pengalaman aku, sudah pasti seorang perniaga akan tahu berapa keperluan wang kecil setiap hari berdasarkan prestasi perniagaan mereka. Masalah yang berlaku di kedai Melayu berlaku kerana perniaga Melayu tidak membuat persediaan dan tidak serious dalam perniagaan. Apa salahnya setiap kali sebelum berniaga siapkan wang kecil siling, RM1, RM5 dan RM10 dalam jumlah tertentu. Tu yang orang tua kata, berniaga hangat-hangat tahi ayam macam mana lah nak berjaya seperti AirAsia.

[ad#advertlets336]


Spread the love

142 Comments

  1. Betui2..saya sll suruh staf siapkan duit atleast rm 70 duit merah sebab kami tak guna sen sen atau ringgit2 dalam urusniaga..kalau ada pun sangatlah jarang… tapi kalau time gaji memang berderet2 customer datang hulur duit RM 50 even nak bayar RM 10 aje…kadang2 susah jugaklah kalau terkena time kalut2 tapi tidaklah sampai suruh customer pergi pecah sendiri duit diorang…
    Curahan rasa sitisifir10 @ ..Tak Baik Jelir Lidah Walau Apa Pun Anda -DMy Profile

  2. errmm teringat dulu tpinky penah keja jd juruwang di sebuah supermarket. owner nya org cina…setiap pagi ‘tauke’ tu akan suruh kira duit kecik agr semuanya cukup RM500 (duit syiling 5sen, 10sen, 20sen,50sen, RM1, RM5, RM10)utk cash machine….nak mudahkan pelanggan katanya… itulah cara mereka berfikir..
    Curahan rasa tpinky @ ..Pasrah-My Profile

      1. @Steward John, hmm tu la pasal..kdg2 tu xmesra pelanggan pula tu…bila la mau berubah kan?
        Curahan rasa tpinky @ ..Pasrah-My Profile

    1. @tpinky, Ade jugak kedai Melayu yang berfikir camni. Contoh kat tempat kerja sambilan saya before ni. Cume mungkin tak ramai lah.
      Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu HatikuMy Profile

      1. @Bang Iwan, Kalau disini sudah ada istilah prepaid debit card. Semacam guna credit card juga. tapi ini kalau sudah ada duit dalam kad tu baru boleh guna.. lagi bagus yah daripada credit card.
        Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

  3. Selalu juga menghadapi situasi yang serupa macam ni.. Tappi heran juga yer, Kalau dekat warung2 tu, dorang ada jer duit tukar, kalau tiada pun tukar dekat kedai lain..
    Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

  4. saya sebagai peniga mang saklu sediakn duit kecik..tpi der gak kasteme nk bayr RM1.00 jek tp duit mak aii sampai RM 10, der gak yang RM 50..huhu..ssh la kan..kalo kn cam ni..saya salu cakap..datang byr lenkali lah..xpon saya yg pg tolong tukarkn kt kedai sebelah huhuhu
    Curahan rasa eiyda @ ..Tips hilangkan mengantuk bekerja- semasa musim WorldcupMy Profile

    1. @eiyda, Rasanya customer pun kene pertimbangkan kalau setakat beli bende murah takkan bayar gune duet besar kan? Tapi mungkin kene standby duit kecil jugak la. Sangat rumit sebenarnye jage kaunter duet ni.
      Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu HatikuMy Profile

      1. @mj, Kadang2 emergency tiada duit kecil, terpaksa la guna duit besar.. tapi sebagai peniaga benda tu seharusnya sudah diduga.. Kecuali la peniaga yang tidak terfikir benda tu. Orang kata sedia payung sebelum hujan..
        Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

  5. perkara ni memang selalu berlaku kat peniaga melayu, patutnya sediakan dulu duit kecil sebelum mula meniaga. ambil iniasitif atau setkan dlm minda tu utk tukar duit kecil di bank2 sebelum tutup kedai, jadi esok pagi takyah pening pala nak tukar duit kecil.

    1. @anuarkarimz, selain bank ada banyak agen-agen yang menyediakan wang kecil untuk ditukar tapi masalahnya mereka tak pernah nak belajar daripada orang lain.

      1. @denaihati, Kalau tak silap, nak tukar duit kecil dekat bank tu macam kena bagi charge.. Kalau tak silap la sebab ada member yang buat bisnes runcit ni.. selalu jer ada masalah duit kecil terutamanya Syiling.. Solusi dia pegi tukar dekat syarikat yang handle parking di shopping complex tu.. kan dorang tu banyak sangat duit syiling..
        Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!