Hand of GOD Luis Suarez bawa Uruguay Juara #Worldcup 2010?

Salam 1Malaysia, demam FIFA worldcup 2010 sudah masuk ke pusingan separuh akhir. 4 pasukan yang berjaya ke separuh akhir adalah Germany, Netherlands, Sepanyol dan Uruguay. Tiada siapa yang menyangka Uruguay sampai sehingga ke peringkat ini. Uruguay berjaya mengalahkan Ghana hasil daripada hand of GOD Luis Suarez. Jika Maradona pada tahun 1986 telah menjaringkan gol dengan tangan ketika menentang England dan akhirnya menjadi juara Piala Dunia manakala Luis Suarez telah menampan bola daripada memasuki gawang gol yang menyebabkan Uruguay menang ke atas Ghana. Adakah tampanan Luis Saurez akan membawa Uruguay menjadi Juara Piala Dunia 2010??

3 daripada 10 pasukan pilihan blogger untuk juara Piala Dunia 2010 masih kekal iaitu Germany, Netherlands dan Sepanyol. Mulai 7/7 dua pasukan akan terkeluar untuk menuju final pada 12/7/2010. Pasti mendebarkan adakah salah satu daripada 3 ini akan menjadi juara Piala Dunia atau Uruguay yang akan menjadi juara hasil daripada hand of GOD Luis Suarez.

Tak kira apa yang berlaku, aku tetap yakin dua permain terbaik dunia Wesley Sneijder dan Arjen Robben akan membantu Netherlands menjuari Piala Dunia 2010. Semuga bola JABULANI menyebelahi Netherlands kali ini. Kenapa tak percaya ke??

Kepada teman-teman yang tak sempat menonton LIVE separuh akhir FIFA Worldcup 2010 di Astro atau RTM1, anda boleh menonton LIVE melalui online atau mobile dengan Astro B.player. Bukan sekadar menonton sahaja tetapi juga berpeluang menang hadiah hebat TV LCD 42″. Daripada pengamatan aku tidak berapa ramai sangat yang ikut contest yang dianjurkan oleh Astro ini jadi peluang memang besar kepada yang rajin. Kepada yang belum join jooom ke watchand tweet to win.

[ad#advertlets336]

107 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!