FIFA World Cup 2010 demam BOLA bermula

Spread the love

Salam 1Malaysia, 1Dunia tahu hari ini bersamaan 11/6/2010 bermulanya FIFA World Cup 2010 yang menjadi gelanggang kepada 32 pasukan bola sepak negara yang tersohor beradu tenaga dan nasib sehingga 12/7/2010. Pasti kadar trafik jalanraya akan berkurangan terutama ketika perlawanan pasukan pilihan kerana kaki bola akan melepak depan TV mengobeskan badan dengan berbagai makanan ringan dan berlemak.

Mengikut analisa Brazil dan Sepanyol menjadi pilihan untuk menjuarai FIFA World Cup 2010. Pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi di dunia Lionel Messi dijangka akan menjadi penjaring terbanyak. Selain daripada itu mata juga pasti akan memerhati kelincahan Cristiano Ronaldo, Kaka, Carlos Tevez dan Rooney yang bernasib baik tidak cedera seperti Nani, Ferdinand dan Drogba serta beberapa pemain utama yang lain. Mungkin juga pasukan dan pemain underdog yang lebih menyerlah kali ini terutama pasukan Afrika.

Aku pilih Netherlands menjadi Juara Bola Sepak Piala Dunia 2010 walaupun belum ada satu analisa pun yang aku nampak memilih Netherlands sebagai Juara. Untuk Kasut Emas aku pilih Cristiano Ronaldo. Jadi apa pasukan pilihan teman-teman?

Sekadar suka-suka siapa je yang dapat meneka dengan tepat Juara Piala Dunia 2010 akan mendapat token sebanyak RM250 seorang untuk 3 orang pemenang. Syarat nak menang mudah sahaja buat satu entri bebas FIFA World Cup 2010 dengan pasukan pilihan ANDA dan tinggalkan komen berserta linknya sekali. Tarikh tutup penyertaan 19/6/2010. Ajaklah kawan ramai-ramai meneka pasukan pilahan, kita sama-sama berpesta dengan Deman Piala Dunia.

Cristiano-Ronaldo

Pilihan Juara Piala Dunia 2010

1. Mexico : Fixingpages.blogspot.com

2. Sepanyol : Hanspunyablog.blogspot.com, Stewardjohn.com, Mieran87.blogspot.com, Amriawan.blogspot.com, Prince-aeros.blogspot.com, Untitledlimited.blogspot.com

3. England : Fitrihadi.com, Wazy84.com, Sudaku.co.cc, Menteil.net

4. Brazil : Razis.co.cc

5. Italy : Lepatpisangblog.blogspot.com

6. Netherlands : Bertobangi.blogspot.com

7. Ivory Coast : Neodmarco.blogspot.com

8. Portugal : Call-t.blogspot.com

[ad#advertlets336]


Spread the love

557 Comments

  1. Pingback: SPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010 | Menang Kontes Denaihati | Bot Okeep

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!