Benci Bilang Cinta

Spread the love

Salam 1Malaysia, kira-kira 22 tahun yang lalu aku menjejaki kaki di UKM, Bangi. Aku ni memang aktif orangnya terlibat dengan berbagai aktiviti sehingga terpilih menjadi Wakil Pelajar setelah menang Pilihanraya Kampus. Pada tahun ke dua aku membuat pilihan untuk tinggal di luar kampus walaupun terpilih untuk tinggal di  asrama. Kami berlima tinggal di rumah 2 tingkat dan yang paling menarik hanya kami sahaja jejaka separuh tampan yang ada di kawasan perumahan tersebut kerana yang lain semua rumah berkeluarga.

Teman-teman aku semuanya kacak belaka tapi aku ni bak kata P.Ramlee kacak tidak manis ada. Setiap hari berulang alik ke kampus dan setiap hujung minggu sibuk dengan seminar motivasi yang aku jadi salah seorang fasilitator cabuk. Biasalah darah muda mata ni suka juga menjeling sana dan sini. Adalah teman sekuliah yang aku suka tapi apa nak buat sebab aku ni harapkan manis je jadi bak kata orang patah hati cinta tidak berbalas. Berbelas tahun kami tak berjumpa sehingga terserempak bulan lepas ketika pesawat MAS aku terlewat lebih 6 jam. Agaknya itulah hikmahnya kena uji terkandas selama lebih dari 6 jam tu.

Suatu hari telefon di rumah bujang kami berdering dan ditakdirkan aku yang pick up. Rupanya gadis cun baris belakang rumah kami tersalah telefon. Dia nak call temannya di sebelah rumah tapi tersasar ke rumah bujang kami. Hari ini aku menyambut Ulang Tahun gadis cun itu untuk kali ke 21 sepanjang persahabat kami dan kali ke 16 tinggal satu bumbung sebagai suami isteri, susah dan senang bersama. Selama tempoh itu aku tidak pernah benci bilang cinta kepadanya.

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR. I LOVE YOU FOREVER.


Spread the love

194 Comments

  1. menarik ada.. kelakar pun ada plak bila bro story pasal telefon tu. huhu.. pape pun, happy birthday utk akak yg tersalah telefon tu. hehee 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!