Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti pernah aku tulis dulu politik perlukan aktiviti sensasi untuk meneruskan kelansungan perjuangan. Kalau dulu heboh dengan Bersih 2.0 kini sibuk pulak dengan “Bebas Anwar 901”. Pakar strategis politik akan terus memikirkan aktiviti demi aktiviti sehingga gendang PRU 13 dipalu.
Pendapat peribadi aku “Bebas Anwar 901” tetap akan berjalan walaupun dihalang polis. Penganjur memang suka polis halang jadi mereka akan kata Malaysia tidak demokrasi. Kalau polis halang mereka akan lepas juga dan mengharap mereka akan dibelasah oleh FRU jadi mereka boleh heboh 1Dunia melalui YouTube kata polis Malaysia kejam. Aku cadangkan polis benarkan mereka berdemo dengan pengawasan anggota dan kamera. Sediakan video dan foto sebagai bukti apa yang berlaku pada saat demo berlansung.
Untuk kes Anwar Ibrahim pulak bagus kalau tidak dijatuhkan bersalah. Sebelum ini Anwar dah canang bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia bahawa beliau akan dipenjarakan tapi jika berlaku sebaliknya pasti strategi politiknya akan terbantut. Kalau Anwar dipenjara sudah pasti beliau akan mendapat simpati daripada pengundi atas pagar. Kalau Anwar bebas pasti beliau akan terus buat ceramah mengutuk Kerajaan dan strategi ini pasti akan memakan diri sendiri.
Lihat pada keputusan survey pilihanraya umum 13 pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting untuk menentukan siapa yang menang. Pengundi atas pagar suka keamanan dan tidak suka kekacauan seperti Bersih 2.0. Cemuhan dan kutukan keterlaluan bukan budaya yang digemari oleh majoriti rakyat dan ini pasti akan menjadi jerat.
Ini hanya pandangan peribadi aku kerana pasti ramai yang tidak mahu mengadai keamanan dan kedamaian negara tercinta hanya kerana mengejar kuasa politik.
TERKINI
1. Polis membenarkan perhimpunan bebas Anwar 901 dilokasi dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2. Anwar berkata beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dipenjara.
3. Penganjur menolak 10 syarat yang telah ditetapkan oleh polis.
4. KEPUTUSAN : SEPERTI YANG DIJANGKA DEMO DIBENARKAN OLEH POLIS DAN ANWAR DIBEBASKAN.STRATEGI POLITIK YANG BIJAK OLEH DS NAJIB RAZAK UNTUK NEGARA @ TERKINI DARI MAKAMAH KL.
155 Comments
Tak patut kami komentar masalah politik negeri jiran pastilah Rakyat Malaysia tahu kenenarannya sendiri
Curahan rasa Berita Satu Dunia @ ..Mengenal 10 Wanita Tercantik di Dunia
betul… meskipun kita sering mengikuti beritanya, namun tal layaklah kirANYA untuk berkomentar tentang hal ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..10 Trailer Film Yang Bakal Box Office di Tahun 2012
Dunia politik memang penuh intrik dan liku-liku.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Download POS Ujian Nasional 2012
dunia politik..tak kan aman sampai bila-bila.
Curahan rasa sukacuka @ ..Pengalaman kena denda di Sekolah
Peratusan yg menyokong Anwar sudah semakin mengecil sekarang ini. Byk sudah rakan2 yg bersama beliau suatu masa dulu sudah tidak bersama. Apa keistimewaan Anwar skrg ni, jika dibandingkan dgn dia suatu masa dulu ketika menjadi TPM.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Perhimpunan secara aman yg polis persetujui sedikit sebyk mengurangkan ketidak puas hatian pihak PKR. Doharap agar 901 ini nanti tiada apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku, walau apapun keputusan di mahkamah nnti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
setiap apa yang di lakukan pasti ada sebab dan helah …
dunia politik tak boleh di jangka apa strategi yang mereka telah aturkan..
kenapa nak halang mereka buat demo tu kan bagi jer lah tengok apa yang mereka nak buat… lagi di halang lagi lah mereka suka… tapi agak buang masa sertai perhimpunan tersebut lebih baik buat benda yang lagi mendapatang kan kebaikan …
Curahan rasa namia @ ..Belajar Aibkan Orang Lain Dengan Blogger Trafik Hunter ..
politik jadi semakin pelik 😛
Curahan rasa WanGerrard @ ..Keputusan Midterm Exam Pemain Liverpool
Tiada peliknya, ada yg lebih pelik spt bagaimana Allah/Tuhan menciptakan alam semesta ini dgn kejadian langit dan bumi serta, siang dan malam juga, terbitnya matahari di waktu siang dan keluarnya bulan di waktu malam dll lagi, keajaiban di dunia ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Tak usahlah keluar beramai-ramai utk sokong bebaskan Anwar 901. Lebih baik duk rumah bermain, bergurau senda dengan anak, bini, suami atau keluarga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
huwaaa!!! saya sangat tak reti bab politik. huhuhuh
Curahan rasa Lizz @ ..Mahu Berubah, Tapi Bagaimana Caranya?
Kalau Anwar terbaik kenapa di tidak bersumpah laknat spt saiful dan rakan2nya dulu yg bersama beliau.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
student IPT,sekarang musim exam nih.. study2.. 😀
Curahan rasa Izwan @ ..Laporan Pencapaian Dan Statistik Blog Sepanjang 2011
saya salah seorang pengundi atas pagar yg cintakan keamanan dan membenci kekacauan..berharap semoga Malaysia terus dirahmati Allah dan terus kekal aman..
Curahan rasa cik sha @ ..~Suara Dari Seorang Ex-Mahasiswa~
anuar tebaikkk hahah zzz
Curahan rasa Amir @ ..Download Movie Songlap (2011) DVDRip
Mungkin ini pembicaraan pemimpin tertinggi yg paling lama di dunia utk diselesaikan, pertangguhan demi pertangguhan. lepas ni pula mungkin rayuan demi rayuan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
mainan politik atau memang prinsip politik… adakah ia untuk kebaikan semua pihak?
Curahan rasa yangbaik @ ..Bukan salah fesyen
pemikiran politik adalah untuk kuasa… kuasa pula untuk apa ? jika tidak untuk kebaikan dan kemajuan bangsa sendiri…
Curahan rasa yangbaik @ ..Bukan salah fesyen
Comments are closed.