Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti pernah aku tulis dulu politik perlukan aktiviti sensasi untuk meneruskan kelansungan perjuangan. Kalau dulu heboh dengan Bersih 2.0 kini sibuk pulak dengan “Bebas Anwar 901”. Pakar strategis politik akan terus memikirkan aktiviti demi aktiviti sehingga gendang PRU 13 dipalu.
Pendapat peribadi aku “Bebas Anwar 901” tetap akan berjalan walaupun dihalang polis. Penganjur memang suka polis halang jadi mereka akan kata Malaysia tidak demokrasi. Kalau polis halang mereka akan lepas juga dan mengharap mereka akan dibelasah oleh FRU jadi mereka boleh heboh 1Dunia melalui YouTube kata polis Malaysia kejam. Aku cadangkan polis benarkan mereka berdemo dengan pengawasan anggota dan kamera. Sediakan video dan foto sebagai bukti apa yang berlaku pada saat demo berlansung.
Untuk kes Anwar Ibrahim pulak bagus kalau tidak dijatuhkan bersalah. Sebelum ini Anwar dah canang bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia bahawa beliau akan dipenjarakan tapi jika berlaku sebaliknya pasti strategi politiknya akan terbantut. Kalau Anwar dipenjara sudah pasti beliau akan mendapat simpati daripada pengundi atas pagar. Kalau Anwar bebas pasti beliau akan terus buat ceramah mengutuk Kerajaan dan strategi ini pasti akan memakan diri sendiri.
Lihat pada keputusan survey pilihanraya umum 13 pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting untuk menentukan siapa yang menang. Pengundi atas pagar suka keamanan dan tidak suka kekacauan seperti Bersih 2.0. Cemuhan dan kutukan keterlaluan bukan budaya yang digemari oleh majoriti rakyat dan ini pasti akan menjadi jerat.
Ini hanya pandangan peribadi aku kerana pasti ramai yang tidak mahu mengadai keamanan dan kedamaian negara tercinta hanya kerana mengejar kuasa politik.
TERKINI
1. Polis membenarkan perhimpunan bebas Anwar 901 dilokasi dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2. Anwar berkata beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dipenjara.
3. Penganjur menolak 10 syarat yang telah ditetapkan oleh polis.
4. KEPUTUSAN : SEPERTI YANG DIJANGKA DEMO DIBENARKAN OLEH POLIS DAN ANWAR DIBEBASKAN.STRATEGI POLITIK YANG BIJAK OLEH DS NAJIB RAZAK UNTUK NEGARA @ TERKINI DARI MAKAMAH KL.
155 Comments
politik menyemakkan hutak
Curahan rasa din @ ..Implan Buah Dada Meletup Dalam Badan
salam, tak ambik port sangat pasal politik, kadang2 rimas dengan politik sana sini, ada je isu nak dibangkitkan.
Pasal undi pulak tak pernah lagi membuang undi sebab kawasan mengundi tak sama dengan suami, dia kat kg, kyan kat shah alam, sudahnya dua2 tak pergi mengundi, untuk kali ini insyaallah tengok macam mana.
Politik.. Dunia yang sangat asing… complicated..
Curahan rasa Dani @ ..Treatment Options for Frontal Hair Loss
penjarakan je
Undi saya adalah untuk wakil rakyat yang bekerja bukannya macam tong kosong sahaja.
Curahan rasa akubiomed @ ..Ops Ulat Buku Rawang ke 2
politik sekarang saya tidak ikut campur. . .
hanya bikin pusing saja. . .
Curahan rasa Obat Alami Untuk Gagal Ginjal @ ..Comment on Obat Alami Untuk Kolesterol by Berita Saya
dikawasan saya dikelantan (sekejap BN , sekejap PAS) , kami tak takut untuk undi siapa, Di kawasan DUN, kami pernah pilih PAS, tetapi wakil rakyat tersebut tak perform dan buat hal, kami pilih BN lepas tu, tak perform dan buat hal juga, kami pilih wakil rakyat PAS lepas tu. Wakil rakyat sekrang perform, maybe dia menang kot PRU13 nanti. Bak kata seorang penoreh getah dikampung lebih kurang berbunyi “Kalau dapat BN ke kat PAS ke, bukan mereka bagi rezeki. Kita nak cari rezeki toreh getah juga. Pilih jer mana yang kita rasa layak”
Curahan rasa zuls @ ..First Ad.fly experiment as an advertiser
saya tidak terlalu paham dengan politik. . .
bikin saya pusing. . .
Curahan rasa Obat Alami Untuk Darah Tinggi @ ..Comment on Obat Alami Untuk Kolesterol by Berita Saya
dia ptt kena hukum pnjara je..da bslh..mmg kena la hukum..xperlu nk main taktik politik dgn biar dia bebas n bg makan diri ke ape..ade undang2..follow la..x aci la main lps2 sbb umno lak nk menang..xleh cmtu
Apapun yg berlaku pada 901, keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran penduduk di Malaysia sentiasa terbaik di dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
setelah baca entry ni , maka denaihati.com terkeluar dari bloglist aku..sekian.. 😀
p/s – x guna ‘mata hati’ ketika menilai politik
Curahan rasa farhan @ ..Nak Tau Sebab Apa Aku Geram Gila Kat Amalina Che Bakri Ni ??!!!
Bagi aku DH ttp di hati. Buka aje internet terus buka DH punya entri. Hidup DH.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
hahahahaaaa…
DH tetapi dihati…
jangan tutop minda dengan plitik.. jangan kerna politik, kawan mejadi musuh… pendapat tidak semestinya sama…. kalau nak semua sama memang takde improvement la hidup..
duk bawah tempurung lagi bagus..
Curahan rasa Norfa @ ..Keseksian Seluar Slack dan Baju Muslimah!
Jgn ikut emosinal wahai bro…, kita bebas utk menyuarakan pendapat, jgn sampai marah nyamuk kelambu dibakar. Jgn taksub sgt dgn isu ini. Jika sokong perhimpunan ini, pergi keluar buat demotrasi pd 901 tu, poliskan sudah beri lampu hijau. Jgn DH dijadikan sasaran ketidak puashati kamu tu. Ramai yg duduk di belakang DH dlm mempertahankan pandangannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Tetiba rasa tak berminat dengan politik macam ni
Curahan rasa wazy @ ..Temuramah Eksklusif : Apabila Zina Menjadi Budaya
x tau la sapa yg mulakan dulu… akak ikuti demam kempen pru ni dengan abah akak sejak zaman anwar belum kena tangkap lg.. 1998 time akak masih sekolah menengah… kalau ‘x main api’ time tuw akak rasa sejarah politik malaysia x macam ni.. sampai nenek akak yg memang hidup mati dengan umno pon kata, ‘aku x kan sokong orang yang kata orang melayu ‘lewat’… isshhh nenek……
Curahan rasa aimaniman @ ..Ciuman Curi Pipi Basah Berlendir
Reti atau tidak sesuatu politik, kita sebagai rakyat Malaysia wajib tahu, supaya negara kita di masa akan datang menjadi bertambah maju, berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang disertakan dgn jalur gemilang yg berkibar megar di ruang sudut pelusuk dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Dunia politik sentiasa bersama manusia selagi dunia belum kiamat. Adab politik sentiasa ada di semua negara di dunia utk menjadi pemerintah dan pembangkang. Pemimpin bekerja utk rakyat, pembangkang bekerja utk membantah apa yg pemerintah lakukan w/pun utk kebaikan rakyat juga. Aman atau tidak sesuatu politik terletak pada sesebuah kerajaan itu sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Comments are closed.