Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seperti pernah aku tulis dulu politik perlukan aktiviti sensasi untuk meneruskan kelansungan perjuangan. Kalau dulu heboh dengan Bersih 2.0 kini sibuk pulak dengan “Bebas Anwar 901”. Pakar strategis politik akan terus memikirkan aktiviti demi aktiviti sehingga gendang PRU 13 dipalu.
Pendapat peribadi aku “Bebas Anwar 901” tetap akan berjalan walaupun dihalang polis. Penganjur memang suka polis halang jadi mereka akan kata Malaysia tidak demokrasi. Kalau polis halang mereka akan lepas juga dan mengharap mereka akan dibelasah oleh FRU jadi mereka boleh heboh 1Dunia melalui YouTube kata polis Malaysia kejam. Aku cadangkan polis benarkan mereka berdemo dengan pengawasan anggota dan kamera. Sediakan video dan foto sebagai bukti apa yang berlaku pada saat demo berlansung.
Untuk kes Anwar Ibrahim pulak bagus kalau tidak dijatuhkan bersalah. Sebelum ini Anwar dah canang bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia bahawa beliau akan dipenjarakan tapi jika berlaku sebaliknya pasti strategi politiknya akan terbantut. Kalau Anwar dipenjara sudah pasti beliau akan mendapat simpati daripada pengundi atas pagar. Kalau Anwar bebas pasti beliau akan terus buat ceramah mengutuk Kerajaan dan strategi ini pasti akan memakan diri sendiri.
Lihat pada keputusan survey pilihanraya umum 13 pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting untuk menentukan siapa yang menang. Pengundi atas pagar suka keamanan dan tidak suka kekacauan seperti Bersih 2.0. Cemuhan dan kutukan keterlaluan bukan budaya yang digemari oleh majoriti rakyat dan ini pasti akan menjadi jerat.
Ini hanya pandangan peribadi aku kerana pasti ramai yang tidak mahu mengadai keamanan dan kedamaian negara tercinta hanya kerana mengejar kuasa politik.
TERKINI
1. Polis membenarkan perhimpunan bebas Anwar 901 dilokasi dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2. Anwar berkata beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dipenjara.
3. Penganjur menolak 10 syarat yang telah ditetapkan oleh polis.
4. KEPUTUSAN : SEPERTI YANG DIJANGKA DEMO DIBENARKAN OLEH POLIS DAN ANWAR DIBEBASKAN.STRATEGI POLITIK YANG BIJAK OLEH DS NAJIB RAZAK UNTUK NEGARA @ TERKINI DARI MAKAMAH KL.
155 Comments
dah dapat kan win-win situation… nak buat perhimpunan polis dah bagi… terserah untuk menggunakan kemudahan yang diberikan 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Bukan salah fesyen
ntah bila dapat melihat politik yang bersih..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Panduan Menceraikan Susu Badan
ada motif tersembunyi… tak kiralah untuk kepentingan peribadi atau untuk bangsa dan negara…
Curahan rasa yangbaik @ ..Bukan salah fesyen
politik ini kadang-kadang mengelirukan..
Curahan rasa yangbaik @ ..Bukan salah fesyen
semakin hari..semakin complicated pula dibuatnya..tp bak kata kwn chii..sekiranya DSAI di dapati bersalah…pihak peguambela DSAI akan terus2an berusaha membebaskan dan mencari fakta2 yg berkaitan..dan rayuan juga akan di buat..dan ini akan memakan masa yng lama untuk settle…emm..ntah la la agaknya akan settle kan
Curahan rasa chii @ ..Tempayan yang Retak
Jika didapati bersalah, sistem kehakiman di Mly tak adil, jika didapati tak bersalah, ini kompirasi utk menjatuhkan karier Anwar supaya tidak boleh menjadi PM Mly yg akan datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Polis dah beri persetujuan pada mereka yg nak demo,sila buat di kawasan parking.
Dalam hal ni aku sebenarnya keliru,mana satu betul dan siapa yg bersalah,kerana jika ada tuduhan keatas anwar,sebaliknya disangkal pula dan ada hujah hujah lain yg menyangkal dakwaan tersebut.
Biar mahkamah putuskan,tetapi ramai pula yg sangsi keputusan mahkamah.. tunggu jer lah isnin ni macam mana.
Biar mahkamah yg perlu menentukan keputusannya, tak perlu demotrasi jalanan. Ini Mly, bukan tempat yg sesuai utk domotrasi jalanan. Tengok di Asia Barat, apa yg terjadi di negara mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Tak sokong, byk keburukan drp kebaikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Tahun Baru 2012 Dan Selamat Tinggal 2011.
tak nampak apa motifnya…hanya org2 politik faham mainan politik ni
Curahan rasa rosezha @ ..Pernah dengar "Info Terlaris Masa kini" ?
tak suka politik..
Curahan rasa bardboo @ ..Pech David
if tidak dijatuhkan hukuman, sesuatu perlu dilakukan keatas yang menuduh, jadi keputusan harus dibuat based pada bukti yang ada, dan bukanya based pada kepentingan politik.
tapi penghakiman kat malaysia, tidak tahu lah telus ke tidak.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Aku tak nak jadi blogger yang…
aku sokong pihak mana yang bekerja utk rakyat..
sokong….aku juga sokong pada mereka g kurang kontroversi
Curahan rasa hafizmd @ ..Pelayaran kini bermula
maju hukum indonesia dan dunia….
Curahan rasa Ghofur @ ..Hukum Agraria
politik dan hukum jaman sekarang terlalu kompromi
Curahan rasa auni @ ..Malam-Malamku
Comments are closed.