Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Fuziah Salleh berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.
Ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal di bawah seliaan BNM dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia.
Fuziah Salleh juga menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.
Penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.
“Pada 2016, Gabenor Bank Negara menyatakan ada salah tadbir urus dalam TH tetapi oleh kerana BNM pada ketika itu tidak mengawal selia TH secara langsung, maka tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu sehingga hari ini,” Fuziah Salleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.
Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion.
Astro Awani juga melaporkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya untuk perintah reman hari ini.
Sebab beliau ditangkap dipercayai berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di rumahnya.
47 Comments
saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang tidak kena dengan TH…
dalam zaman fitnah yang melampau begini perkara betul seperti salah dan perkara salah seperti betul.
akhirnya saya tidak mampu untuk mempercayai mana-mana pihak secara 100 peratus lagi..
apapun saya tetap berpegang cuma kepada Al Quran dan As Sunnah kerana itulah cara untuk terus jaga kepercayaan
Menyelia sahaja tidak apa, jangan sampai Bank Negara membuat keputusan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat oleh TH. Marah orang Melayu nanti.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Bagus ada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit untuk tahun ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Membina almari dirumah menggunakan komtraktpr dalaman pun kena siasat. Mungkin betul mungkin tidak ada unsur rasuah. Tapi, biarlah mereka yang berkuasa dalam hal ni menyiasat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Satu-satunya aset umat Islam yang besar. Harap ianya dapat di jaga dengan amanah dan telus.. No korupsi.
Selepas ni harapnya tak ada lagi korupsi. Teruk sangat urus tadbir duit rakyat. Habis disonglap sana sini. Pemimpin yang diberi amanah tetapi amalkan rasuah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bagus diletakkan di bawah Bank Negara.
Biar mereka ni urus tadbir.
Mudah-mudahan duit pendeposit tidak diganggu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bagus ditangkap mereka yang menyeleweng ni.
Rakyat nak tahu juga apa keputusan mahkamah.
Mereka yang bersalah perlu dihukum setimpal.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
TH tak sepatutnya menyeleweng dana yang ada.
Mereka yang diberi amanah perlu dipertanggungjawabkan atas isu ini.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
TH ni banyak dana sebab pendeposit sahaja. Semua orang macam dipaksa menyimpan dalam TH sebabnya nak ke Mekah mesti ada duit dalam TH.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Macam cerita keluar sekarang nih. Harap harap mereka mereka yang bertnaggungjawab tuh sedar lah dengan apa yang mereka buat tuh.
pecah amanan dalm TH tak sepatutnya berlaku. mereka yang diberi amanah untuk menjaga dan menguruskn wang rkyat untuk ke tanah suci
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Harapnya lepas Bank Negara ambil alih tak da lagi lah desas desus korupsi ni.
Kesian pendeposit
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
semoga lepas ni tak ada lagi masalah pecah amanan atau rasuah dlm TH.. malu la, rembat duit yg org simpan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Itu lah.
Penat tau orang kampung simpan duit semata-mata nak ke Mekah.
Duit nak ke Mekah pun songlap juga.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
entah macam mana boleh berlakunya pecah amanah. sah sah melayu sendiri yang buat ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Kemelut yang berlaku baru nih pun menggusarkan hati ramai pihak terutamanya pencarumnya. Apapun moga pindaan akta yang dicadangkan ini akan memantapkan lagi pengurusan Tabung Haji.
Ye la, org simpan duit dalm TH ni kebanyakan untuk tunaikan haji. Kalau dah jadi macam ni, memang tak leh tidur
Apa yang saya tahu, isu ini berkaitan harta TH yang tiada kaitan dengan simpanan rakyat yang mahu ke Mekkah. Buatlah apa yang terbaik untuk menjaga harta ini. Jangan usik simpanan rakyat sudah!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Semoga pindaan akta makin memantapkan lagi pengurusan Tabung Haji yang ada sekarang. Kemelut yang berlaku baru ini menyebabkan ramai yang gusar.
Memang menggusarkan pendeposit.
Sepatutnya pemegang amanah ni jalankan tugas dengan baik. Janganlah kerna wang gelap mata hati.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semoga pentadbiran baru TH lepas ni semakin baik dan amanah. Tak faham aku , duit TH pun diorang berani rembat.
Bila dah kelabu mata, nampak duit saja. Itulah jadinya. Nafsu menguasai akal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bila iman lemah, duit tabung masjid pun sanggup rembat inikan pula duit TH yang bukan sedikit.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
info ini belum tentu sahih tuan melainkan ada laporan audit yang betul betul ada integriti..
kita mungkin bersalah kerana dua perkara..
percaya kepada perkara yang palsu
dan tidak percaya kepada perkara yang betul..
akhirnya timbul fitnah akhir zaman yang bakal merosak iman dan amalan kita sendiri..
minta-mintalah dijauhkan sama sekali
Comments are closed.