Bank Negara kekal selia Tabung Haji, COO pula ditangkap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Fuziah Salleh berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.

Ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal di bawah seliaan BNM dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia.

Fuziah Salleh juga menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.

Penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.

“Pada 2016, Gabenor Bank Negara menyatakan ada salah tadbir urus dalam TH tetapi oleh kerana BNM pada ketika itu tidak mengawal selia TH secara langsung, maka tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu sehingga hari ini,”¬†Fuziah Salleh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.

Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion.

Aset Tabung Haji dalam negara
Aset Tabung Haji dalam negara
Aset Tabung Haji luar negara

Astro Awani juga melaporkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya untuk perintah reman hari ini.

Sebab beliau ditangkap dipercayai berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di rumahnya.

47 Comments

  1. saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang tidak kena dengan TH…

    dalam zaman fitnah yang melampau begini perkara betul seperti salah dan perkara salah seperti betul.

    akhirnya saya tidak mampu untuk mempercayai mana-mana pihak secara 100 peratus lagi..

    apapun saya tetap berpegang cuma kepada Al Quran dan As Sunnah kerana itulah cara untuk terus jaga kepercayaan

  2. Satu-satunya aset umat Islam yang besar. Harap ianya dapat di jaga dengan amanah dan telus.. No korupsi.

  3. Macam cerita keluar sekarang nih. Harap harap mereka mereka yang bertnaggungjawab tuh sedar lah dengan apa yang mereka buat tuh.

  4. Kemelut yang berlaku baru nih pun menggusarkan hati ramai pihak terutamanya pencarumnya. Apapun moga pindaan akta yang dicadangkan ini akan memantapkan lagi pengurusan Tabung Haji.

  5. Semoga pindaan akta makin memantapkan lagi pengurusan Tabung Haji yang ada sekarang. Kemelut yang berlaku baru ini menyebabkan ramai yang gusar.

    1. info ini belum tentu sahih tuan melainkan ada laporan audit yang betul betul ada integriti..

      kita mungkin bersalah kerana dua perkara..

      percaya kepada perkara yang palsu

      dan tidak percaya kepada perkara yang betul..

      akhirnya timbul fitnah akhir zaman yang bakal merosak iman dan amalan kita sendiri..

      minta-mintalah dijauhkan sama sekali

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!