Bank Negara kekal selia Tabung Haji, COO pula ditangkap
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Fuziah Salleh berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.
Ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal di bawah seliaan BNM dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia.
Fuziah Salleh juga menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.

Penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.
“Pada 2016, Gabenor Bank Negara menyatakan ada salah tadbir urus dalam TH tetapi oleh kerana BNM pada ketika itu tidak mengawal selia TH secara langsung, maka tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu sehingga hari ini,” Fuziah Salleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.
Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion.



Astro Awani juga melaporkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya untuk perintah reman hari ini.
Sebab beliau ditangkap dipercayai berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di rumahnya.
