Bajet 2016 adakah membeli keyakinan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti saban tahun minggu kedua Oktober adalah masa Kerajaan membentangkan prestasi ekonomi negara sepanjang tahun 2015 dan pencadangkan perbelanjaan negara untuk tahun 2016. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober untuk didebatkan selama sebulan. Bajet tahun ini pasti berbeza ketika keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri semakin menurun menurut berbagai statistik politik.

Kalau sahabat masih ingat tulisan aku untuk bajet 2014 bertajuk “Musim bunga sudah berlalu” adalah pendapat peribadi aku yang sudah bergelumang berbelas tahun dalam bisnis di Malaysia dan Nusantara. Hari ini tulisan itu menjadi kenyataan apabila ekonomi Malaysia dan dunia  terumbang ambing yang mengakibatkan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Berjuta-juta pekerja mencari peluang untuk menjana pendapatan kedua bagi menampung ekonomi keluarga yang semakin meruncing.

Bajet-2014-rakyat-mengharap

2015 lebih berbeza apabila keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri semakin terhakis. Aku sendiri pada mulanya agak marah dengan mantan PM Tun Dr Mahathir yang terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri pilihan beliau. Tetapi semakin hari kontroversi 1MDB dan dana politik RM2.6 billion yang dibiar begitu sahaja menjadikan rakyat lemas. Bagi menyejukan hati rakyat berbagai badan penyiasat ditubuhkan yang kemudian dibiar tergantung dengan melantik ahli menjadi Timbalan Menteri dan ada yang disingkirkan dengan alasan yang tidak logik. Perpindahan beberapa pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang berkaitan dengan siasatan dengan alasan yang tidak logik lagi mengelirukan fikiran rakyat.

Memang benar rakyat Malaysia mudah lupa tetapi itu pada zaman pra-siber. Hari ini dalam dunia internet capaian sesaat rakyat akan sentiasa diingatkan oleh musuh politik Kerajaan. Mungkin pada awal kisah rakyat fikir ini permainan politik pembangkang tetapi apabila Kerajaan terus melakukan berbagai kesilapan yang jelas dalam menguruskan isu 1MDB dan dana politik RM2.6 billion sudah pasti keyakinan semakin terhakis.

subsidi-menghancurkan-bangsa

Adakah dengan meningkat pemberian BR1M yang lebih tinggi, bonus kakitangan kerajaan, menaikan dividen ASB dan Tabung haji serta EPF, menyediakan lebih banyak PR1MA dan sebagainya dalam bajet 2016 dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah yang baru sahaja menaikan kadar tol lebuh raya dalam bandar dan realiti sebenar GST yang belum nampak membantu rakyat. Apabila diberi subsidi begini rakyat pasti ambil tetapi seperti tulisan aku sebelum pembentangan bajet tahun 2013 bertajuk “Subsidi menghancurkan bangsa“, semua bantuan ini  tidak akan dapat membina bangsa Melayu yang boleh bersaing di pasaran dunia.

Kerajaan mesti mendengar pandangan rakyat sekiranya ingin terus mentadbir Malaysia pada penggal yang akan datang. Sekiranya terus membatu dan menyangka semua yang dibuat adalah betul jangan meratapi jika tewas pada PRU14. Kepada menteri-menteri janganlah semuanya nak dibalon apabila ada yang menegur kerajaan. Mereka menegur kerana sayang pada Kerajaan sebab apabila sudah terlepas tangan susah nak dapat balik. Jangan mengampu terlebih sangat sehingga ternampak tidak realistik.

Samada bajet 2016 bakal membeli keyakinan rakyat yang semakin terhakis itu terpulang kepada tafsiran setiap rakyat Malaysia.


Spread the love

255 Comments

  1. Apabila kerajaan mengenakan GST dan menaikkan kadar tol serta pelbagai polisi yang membebankan rakyat, kerajaan memberikan alasan kekurangan wang dan sebagainya. Atas sebab itu, kita harap kearjaan lebih prudent atau berjimat cermat dalam perbelanjaan dan tidak menghembur wang ringgit begitu sahaja seperti meningkatkan BR1M dan kenaikkan gaji penjawat awam (kos lebih 1 billion).
    Kerajaan perlu lebih peka dan melihat persekitaran perniagaan. Polisi menaikkan lagi gaji minima selepas GST akan menyesakkan lagi peniaga dan meningkatkan kadar inflasi yang seterusnya membebankan rakyat. Saya tak nampak apa-apa perkara yang disebutkan dalam bajet yang mampu menjana pendapatan negara atau mengurangkan kos secara efficient. Ia dibuat lebih kepada tujuan politik dengan sasarannya pada kumpulan tertentu sahaja.
    Akhir sekali, dukacita bila melihat PM yang lemah dan tidak berani berdepan dengan isu-isu penting seperti derma 2.6 billion & 1MDB. Bila PM tidak mampu menepis kritikan dalam dewan mulia seperti Dewan Rakyat bila peluang tersedia di depan mata, baik pencen sahaja lah dan beri pada mereka yang sanggup terima tanggungjawab itu.

  2. Macam biasa bajet pastinya ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan. Dan biasa juga sesetengah golongan akan happy dan sesetengah golongan rasa terkena. Apa2 pun pendapat saya permasalahan paling dasar adalah ketirisan dan rasuah yang semakin sukar dibendung. Masalah ini, masih di peringkat merisaukan bermakna kita tidak selesai punca masalah. Ibarat kita mengemop lantai yang dibasahi air, tapi dalam masa yang sama kita tak tutup pun air paip yang mengeluarkan air mencurah-curah ke lantai. Wallahualam 🙂
    Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..Sesi Follow Up yang Berkala antara Faktor Utama Produk Kuruskan Badan yang Berkesan dan TerbaikMy Profile

      1. Akibat tol & GST, kita sebenarnya membayar jauh lebih tinggi dari BR1M yang diberi kerana harga naik mendadak sehingga 70% untuk pelbagai barang. Dalam kata lain, kerajaan kutip duit kita dan bagi balik 50%-60% sahaja kembali dari hasil kutipan. Rasa tertipu pula.

  3. Nampaknya ramai yg spti mengatakan Bajet2016 tidak akan mengembalikan sokongan rakyat kpd pimpanan YB Dato Najib.

    namun begitu, kita sebagai rakyat buat masa skrg harus lebih bijak menyusun bajet sendiri dlm menghadapi saat2 ekonomi yg getir skrg.

    hamba teringin utk dengar seminar bisnes tuan dh dan jemaah satu hari nnti..insyaAllah

  4. Nampaknya Bajet2016 pada pandangan hamba tidak akan mengembalikan sokongan rakyat kpd pimpanan YB Dato Najib.

    namun begitu, kita sebagai rakyat buat masa skrg harus lebih bijak menyusun bajet sendiri dlm menghadapi saat2 ekonomi yg getir skrg.

    hamba teringin utk dengar seminar bisnes tuan dh dan jemaah satu hari nnti..insyaAllah
    Curahan rasa hafizmd @ ..Belajar Asas Al-Quran dengan Iqra’ BinaMy Profile

  5. apa yang pasti didengar ptg nanti, lebih banyak projek perumahan PRIMA untuk rakyat,peningkatan nilai BRIM,bonus setengah bulan gaji kakitangan awam,insentif pengurangan cukai import dan lain-lain.skrip yang sama juga setiap tahun.

    projek perumah PRIMA untuk rakyat, seiring juga peningkatan rumah mewah dibandar-bandar.Rakyat hanya layak tinggal di pinggir bandar

    agak kecewa juga dengan peruntukan bajet yang mungkin hanya dapat dilihat,apabila PRU dah dekat nanti
    Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan FotografiMy Profile

  6. Apalah yang bakal dikongsikan oleh bajet 2016 ya? Adakah memberi manfaat kepada rakyat atau kerajaan? Sama-sama kita nantikan…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!