Bajet 2016 adakah membeli keyakinan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti saban tahun minggu kedua Oktober adalah masa Kerajaan membentangkan prestasi ekonomi negara sepanjang tahun 2015 dan pencadangkan perbelanjaan negara untuk tahun 2016. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober untuk didebatkan selama sebulan. Bajet tahun ini pasti berbeza ketika keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri semakin menurun menurut berbagai statistik politik.

Kalau sahabat masih ingat tulisan aku untuk bajet 2014 bertajuk “Musim bunga sudah berlalu” adalah pendapat peribadi aku yang sudah bergelumang berbelas tahun dalam bisnis di Malaysia dan Nusantara. Hari ini tulisan itu menjadi kenyataan apabila ekonomi Malaysia dan dunia  terumbang ambing yang mengakibatkan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Berjuta-juta pekerja mencari peluang untuk menjana pendapatan kedua bagi menampung ekonomi keluarga yang semakin meruncing.

Bajet-2014-rakyat-mengharap

2015 lebih berbeza apabila keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri semakin terhakis. Aku sendiri pada mulanya agak marah dengan mantan PM Tun Dr Mahathir yang terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri pilihan beliau. Tetapi semakin hari kontroversi 1MDB dan dana politik RM2.6 billion yang dibiar begitu sahaja menjadikan rakyat lemas. Bagi menyejukan hati rakyat berbagai badan penyiasat ditubuhkan yang kemudian dibiar tergantung dengan melantik ahli menjadi Timbalan Menteri dan ada yang disingkirkan dengan alasan yang tidak logik. Perpindahan beberapa pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang berkaitan dengan siasatan dengan alasan yang tidak logik lagi mengelirukan fikiran rakyat.

Memang benar rakyat Malaysia mudah lupa tetapi itu pada zaman pra-siber. Hari ini dalam dunia internet capaian sesaat rakyat akan sentiasa diingatkan oleh musuh politik Kerajaan. Mungkin pada awal kisah rakyat fikir ini permainan politik pembangkang tetapi apabila Kerajaan terus melakukan berbagai kesilapan yang jelas dalam menguruskan isu 1MDB dan dana politik RM2.6 billion sudah pasti keyakinan semakin terhakis.

subsidi-menghancurkan-bangsa

Adakah dengan meningkat pemberian BR1M yang lebih tinggi, bonus kakitangan kerajaan, menaikan dividen ASB dan Tabung haji serta EPF, menyediakan lebih banyak PR1MA dan sebagainya dalam bajet 2016 dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah yang baru sahaja menaikan kadar tol lebuh raya dalam bandar dan realiti sebenar GST yang belum nampak membantu rakyat. Apabila diberi subsidi begini rakyat pasti ambil tetapi seperti tulisan aku sebelum pembentangan bajet tahun 2013 bertajuk “Subsidi menghancurkan bangsa“, semua bantuan ini  tidak akan dapat membina bangsa Melayu yang boleh bersaing di pasaran dunia.

Kerajaan mesti mendengar pandangan rakyat sekiranya ingin terus mentadbir Malaysia pada penggal yang akan datang. Sekiranya terus membatu dan menyangka semua yang dibuat adalah betul jangan meratapi jika tewas pada PRU14. Kepada menteri-menteri janganlah semuanya nak dibalon apabila ada yang menegur kerajaan. Mereka menegur kerana sayang pada Kerajaan sebab apabila sudah terlepas tangan susah nak dapat balik. Jangan mengampu terlebih sangat sehingga ternampak tidak realistik.

Samada bajet 2016 bakal membeli keyakinan rakyat yang semakin terhakis itu terpulang kepada tafsiran setiap rakyat Malaysia.


Spread the love

255 Comments

  1. banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan kita yakin dan percaya dengan bajet yang dibentangkan. Semoga setiap bajet yang dibentangkan dapat dilaksanakan dengan baik bukan untuk kepentingan mana-mana pihak sahaja.
    Curahan rasa yangbaik @ ..Fikir sebelum buatMy Profile

  2. assalamu’alaikum.

    serahkan hal keahlian kepada ahlinya.

    manusia hidup bertuhankan tuhan dan bukan bertuhankan manusia lain yang bernama “rakyat”.

    sedih juga apabila membaca artikel ini. kerana saya mula melihat bibit2 kebencian-tak puas hati mula bercambah dalam penulisan tuan.

    namun siapalah saya untuk menegur.

    Semoga tuan baik-baik sahaja, di murahkan rezeki dan dipelihara ALLAH selalu. Aamiinn..
    Curahan rasa Pendekar Berkuda @ ..Belajar Membaca Al-Quran Dengan Iqra’ BinaMy Profile

    1. Tuan kita menyokong bukan membabi buta, kita membangkang juga bukan kerana kebencian. Rasa simpati ada kepada PM Najib tetapi kelansungan kuasa bukan hanya simpati tetapi menghalusi tindakan sekecil mana sentiasa diperhati rakyat.
      Curahan rasa Denaihati @ ..Kenaikan tol membebankan rakyatMy Profile

  3. Budget hanyalah budget. Dibentang setiap tahun. Bagaimana pula post moterm bagi tahun lepas? Peruntukan yang diberikan apa hasilnya? Adakah pengagihan wang BR1M akan diaudit? Apakah kemajuan geran dan peruntukan dalam bidang RND dalam budget tahun lepas. Alhamdullillah kutipan GST dapat sedikit sebanyak mengurangkan kerugian kerajaan kerana kejatuhan harga minyak. Tapi bukankah lebih baik jika kos perlaksanaan gst juga dibentangkan.
    Curahan rasa Azwan @ ..Rebiu buku; 21 formula hidup luar biasa Dr Azizan OsmanMy Profile

  4. Saya kurang paham dunia politik dan ekonomi, tapi saya sangat suka dengan opini yang tuan tulis di laman blog ini. Saya sadar bahwa sekarang ini rakyat sedang mencari kejayaan dan kebenaran melalui pemerintah >> Mohon Berkomentar Juga di Blog saya>>
    Curahan rasa Abang Hasan @ ..Pontianak Menyapa DuniaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!