Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada masa ini, terdapat banyak perkara yang menggugat keharmonian dan kesucian agama Islam dan penganutnya sendiri. Cukup banyak pertubuhan atau aliran yang bernaung atas nama Islam muncul dengan membawa pemikiran atau pendapat yang berbeza-beza. Antara golongan yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sedang rancak menyebarkan misi dakwah songsang mereka kepada masyarakat Islam Malaysia adalah golongan yang dikenali sebagai ‘Islam Liberal’.
Hal atau gerakan ini sudah berlaku lama tetapi masih menular di negara kita dan ramai yang masih kurang sedar. Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran mereka yang mahu kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Aliran ini menyeru ke arah penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Akan tetapi, mereka mempunyai kecenderungan untuk melampaui batas agama apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pluralisme (pelbagai). Golongan ini mempertikaikan syariat Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan undang-undang agama.
Fahaman yang ingin mengubah kepentingan
Seperti yang kita ketahui, kelompok Islam Liberal ini berpegang dengan menyalahkan ayat 256, Surah Al Baqarah:
“Tiada paksaan dalam memeluk agama. Sungguh telah jelas antara kebenaran dan kesesatan” (QS. Al Baqarah: 256)
Ancaman gerakan Islam Liberal secara terang-terangan atau halus di Malaysia tidak harus dipandang ringan. Ini kerana ia bukanlah bersifat ancaman akidah semata-mata, malah turut berkait rapat dengan identiti Islam itu sendiri. Perkara ini mesti diambil perhatian secara serius, bagi menyekat penyebaran fahaman ini dalam kalangan umat Islam.
Fahaman Islam liberal bersifat kritikal mengenai kedudukan wanita dalam kelompok masyarakat Islam terutama konsep poligami, hak pewarisan harta pusaka, konsep wanita sebagai ketua negara dan wanita tidak seharusnya diasingkan dari lelaki dalam masjid. Sesetengah Muslim liberal bersetuju wanita menjadi imam dalam sembahyang dengan makmum lelaki dan perempuan.
Tuntutan dan fahaman agama pluralisme
Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Mereka menyatakan orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Penolakan terhadap pegangan agama bagi penganut fahaman Islam Liberal ini adalah penting agar kebebasan berpendapat atau ijtihad dapat dilaksanakan.
Bertitik tolak daripada pegangan bebas ini juga, golongan Islam Liberal mendesak agar al-Quran ditafsir semula tanpa merujuk dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu. Dan di atas dasar ini juga, aliran Islam Liberal tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah.
Mereka menuntut untuk mengubah pegangan seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
Dengar dan tonton juga perkongsian Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin ini mengenai Islam Liberal.
Agama Islam yang benar
Islam menolak pluralisme agama iaitu semua agama benar tetapi tidak menolak hak agama lain kepelbagaian agama. Islam menolak paksaan dalam hal kepercayaan.
Golongan Islam liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama. Mereka juga menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.
Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman. Bagi kes murtad, orang Islam yang memilih jalan keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sisters In Islam juga perlu menghormati fatwa pengharaman pertubuhan itu sebagai fahaman yang sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).
Saranan kepada semua pihak, khususnya institusi-institusi agama Islam di Malaysia, agar memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia
Berdasarkan ideologi, fahaman dan tuntutan aliran Islam Liberal ini, dapatlah kita simpulkan bahawa pluralisme adalah salah satu agenda daripada Islam Liberal. Mereka mahukan yang mudah dan senang tanpa mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan. Sedangkan ajaran Islam yang berpandukan Al Quran dan Hadis sepatutnya wajib diamalkan oleh umat Islam.
47 Comments
ketika Islam justru diimbuhi dengan istilah liberal , maka pada dasarnya itu bukanlah Islam dalam arti yang benar dan sempurna.
Mohon maaf tuan besar, saya lama sangat baru sempat singgah disini. Semoga untuk berikutnya bisa berlanjut
Curahan rasa M. Yuliawan @ ..FOTO 39 FINALIS PUTRI INDONESIA 2018
Mencari kata erti sebenar Islam memang perlu difahami betul betul. Jika tak fahm ,carilah guru yang sebenarnya
Saya menentang sekeras kerasnya Islam Liberal ini! Semoga dijauhkan daripada diri kita , keluarga kita, sahabat kita dan semua kaum kerabat kita, amin.
Curahan rasa Farah Alina @ ..Buat Duit Dengan Bisnes Online
Mereka ni acah acah Islam, tapi tak ada maknanya langsung, sekadar ambil kesempatan.
semoga tidak ada ahli keluargaku dan zuriatku nanti terjebak dengan fahaman ini.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Resipi Mudah Kuih Tepung Bungkus Ramadhan 2018
Ramai orang risau tentang islam liberal, tapi risau sahaja tak cukup. Harus ada usaha untuk memberi kefahaman tentang Islam yang sebenar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29
Benda benda yang liberal ini kalau melibatkan agama baik tinggal jauh jauh. Apa yang turun kepada Rasulullah SAW dah terbaik. Tak ada cacat cela
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat Sembuh
Bila islam di akal dan bertunjangkan nafsu..perit. Sebab tu kena belajar agama bukan saja fardhu ain.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..10 sebab kenapa vivix boleh kecutkan cyst dan fibroid
Yup, kena belajar keseluruhan tentang Islah. Satu lg, carilah guru yang sebenarnya, kalau salah pilih guru, hura hara lah hidup
Umat Islam yang meyokong Islam Liberal ini adalah umat Islam yang ilmunya hanya bertapak di akal. Sebab itu apa juga berkaitan Islam akan dibahas menggunakan akal. Sedang ilmu mesti bertapak di hati. Ilmu mesti dibahas menggunakan hati berlojikkan akal.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Boleh Sarapan Pagi Sepuas Hati Dengan Hanya RM5
ya.
memang bahaya Islam Liberal ini.
istilah ini cuma untuk mengaburi minda orang yang masih cetek dengan kefahaman Islam..
sedangkan orang yang berpegang teguh pada Al Quran,Sunnah dan Ijmak Ulamak tidak akan sesat oleh apa-apa kefahaman.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Zikir Murah Rezeki Yang Mudah Diamalkan Tapi Luarbiasa Hebatnya
Fahaman fahaman baru ni kebanyakan nya tak membawa manfaat pun. Lebih baik kita ikut jalan yang satu, apa yang bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah tinggalkan
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!
Bagaimana pula pemimpin Islam yang bersifat liberal dan mampu mengharmonikan antara sains dan wahyu dan menolak taqlid buta dalam pengamalan beragama masyarakat.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
di indonesia mereka malah dah berani tunjuk muka dengan bangga tokoh-tokohnya menghujat islam secara bergantian
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Puding Coklat Ala KFC
Di Indonesia sampai mengangkat Upin dan Ipin sebagai dewa, begitu ekstrem sekali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
Upin Ipin sebagai dewa? Owh ini first time say tahu. Apalah keistimewaa Upin Ipin tu kan. Tak pernah membesar haha
islam liberal ni lebih cenderung kepada logik akal. mereka tidak menerima alquran dan sunah sepenuhnya sgt bahaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..McDonald’s Smoky Grilled Beef – Burger McD Paling Sedap
Kalau logik akal 1 + 1 = 2, kalau budak seni 1 + 1 = 11, 12, 13 dan sebagainya. Namun bab agama tak boleh guna teori logik akal tersebut.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Sebab Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar
Betul tu. logik akl akan menyesatkan. Nak nak kalau sekadar berguru hanya dengan bacaan semata mata
islam liberal ni sebenarnya dah lama. dulu secara halus dan sekarang baru lebih terbuka sejak ada media sosial
Curahan rasa nikkhazami @ ..McDonald’s Smoky Grilled Beef – Burger McD Paling Sedap
Liberal sangat, nak masuk syurga pun atas pilihan sendiri di dunia kan. Jalan terbaik dah ada di pilih juga jalan baru yang entah ke mana hala tujunya
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Puteri Qahrina Chalet : Homestay Melaka yang cantik di tepi pantai!
Kalau nak masuk syurga pun boleh pilih, maka ke neraka juga satu pilihan jika mahu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..6 Sebab Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar
Mungkin mereka salah hal tuju, mungkin juga salah pilih guru. Semoga semua ditunjukkan jalan yang benar..
Siapa yang dikatakan islam liberal tu. Tolong bagi pencerahan sbb sy selalu dengar cerita2 mcm ini tetapi tidak disebut siapa islam liberal itu. Jadi mcm mana kita nak berhati-hati dalam hal ini. Tk
Mereka yang radikal, yang jelas terpesong dgn asas agam Islam. Kena lebih mencari dan bijak menilai
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat untuk semua itu ye. Semoga ianya dapat dihindarkan oleh masyarakat kita
Curahan rasa Ira @ ..Bagaimana Shortcut Cantik Luar Dan Dalam Dengan Shaklee?
Sangat bermanfaat kan atikel sebegini. Setidak tidaknya kita akan lebih berhati ttg Islam liberal ini
Comments are closed.