Demi Masa…..

Setiap Insan di dunia ini samada yang berjawatan tinggi, jutawan, dermawan, orang biasa, miskin, muda, tua, perempuan dan lelaki di anugerahkan masa yang sama iaitu 24 jam. Walaubagaimana pun di luar sana ramai yang komplen tak cukup masa, tiada masa atau terlebih masa.

Bagi mereka yang dapat mengurus masa dengan baik pasti akan berjaya dalam bisnis, kerjaya, pentadbiran, pengurusan keluarga dan kehidupan. Mengurusan masa sememangnya perkara yang sangat penting dalam hidup manusia tetapi sering diabaikan oleh kita. Ibu-bapa pun sering ambil ringan dalam mendidik anak-anak untuk mengurus masa yang betul…sebagai contohnya berapa ramaikah ibu-bapa yang menyediakan jadual tugasan harian untuk anak-anak kita di rumah. Pengurusan masa mesti dimulai dari kecil dan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa dan tua.

Allah SWT bersumpah dengan masa..Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Semua manusia samada ketua negara, ahli politik pemerintah atau pembangkang, pendidik, profesional, kaya, miskin, tua, muda…sesungguhnya kita semua dalam kerugian KECUALI mereka yang beriman dan membuat kebajikan..kebajikan dimana sahaja yang ikhlas…dan yang berpesan kepada kebenaran dan menasihati kepada kesabaran.

Allah SWT telah menetapkan ciri-ciri manusia yang berjaya dunia dan akhirat….adakah AKU sudah melaksanakan apa yang Allah SWT kehendaki atau masih lagi asyik dibuai keenakkan dunia…..

Aku yang sering memberi alasan kepada diri aku sendiri dengan pelbagai alasan tanpa menyedari masa terus berlalu setiap detik setiap saat mengejar dunia yang tidak terkejar meninggalkan akhirat yang terus menunggu. Semuga Aku mendapat hidayah Allah SWT hendaknya…beribadat ibarat akan mati esok dan berusaha ibarat akan hidup seribu tahun lagi…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

[ad#advertlets336]

67 Comments

  1. Tidak ada salahnya kita buka kembali kitab suci Al Quran, memohon hidayat ke jalan yang lurus dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t, membaca dan meyakinkan diri lagi, tanpa keraguan karena kita benar benar ingin bertakwa, beriman kepada yang tak nampak, menjalankan sembahyang dan membayar zakat. Terus memohon perlindungan kepada Allah dari segala kejahatan.

  2. Maka tidak ada salahnya kalau kita terus mengevaluasi diri, memperbaiki diri untuk terus meningkatkan kualitas kehidupan di dunia dan akhirat, hingga tidak ada waktu yang tersisa untuk merasa merugi.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!