Biodata Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Spread the love

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925) ialah seorang doktor dan ahli politik Malaysia dan merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya ialah 10 Julai 1925, tetapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Menggunakan nama timangannya sendiri, “Che Det” sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’.

Dr Mahathir pandu Proton Iriz di Pavillion

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 bilamana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir yang beliau nyatakan kecaman dan pujian ialah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar ‘projek mega’) yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.

Kerjaya Politik Awal

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 selepas tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 16 Julai 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali menyertai UMNO. Nombor ahli 0000001 dikekalkan.

Kontroversi 

Krisis perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai “Gerakan Reformasi” dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.

Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan.

Malaysia “Darul Penyangak”

Pada 24 Oktober 2017, Tun Dr. Mahathir dikritik banyak pihak termasuk di kalangan menteri kabinet berhubung tindakan beliau menggelar Malaysia sebagai “Darul Penyangak” di dalam catatan blog beliau berhubung isu yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Tindakan beliau dianggap satu penghinaan terhadap negara sendiri. Antara yang mengktitik ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang berkata jika marah dengan kerajaan hari ini, beliau tidak sewajarnya menghina negara sendiri.

Buku Tulisan Tun M

  • The Malay Dilemma (1970)
  • The Challenge, (1986)
  • Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the Challenge of Change into the 21st century (1989)
  • The Pacific Rim in the 21st century,(1995)
  • The Challenges of Turmoil, (1998)
  • The Way Forward, (1998)
  • A New Deal for Asia, (1999)
  • Islam & The Muslim Ummah, (2001)
  • Globalisation and the New Realities (2002)
  • Reflections on Asia, (2002)
  • The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened, (2003)
  • Achieving True Globalization, (2004)
  • Islam, Knowledge, and Other Affairs, (2006)
  • Principles of Public Administration: An Introduction, (2007)
  • Chedet.com Blog Merentasi Halangan (Bilingual), (2008)
  • A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, (8 Mac 2011)

Pada 8 Januari 2018, Mahathir telah diumumkan sebagai calon perdana menteri perikatan pembangkang Pakatan Harapan untuk pilihan raya yang akan diadakan sebelum Ogos 2018, mencari untuk menggulingkan bekas sekutunya, Najib Razak. Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada bekas musuh politiknya, Anwar Ibrahim, akan bertanding sebagai timbalannya. Jika beliau menang, pada usia 92 tahun, Mahathir akan menjadi ketua negara atau kerajaan tertua di dunia. Beliau kemudian akan meminta pengampunan untuk Anwar, untuk membolehkan beliau mengambil alih kepimpinan.

Sumber :

  1. Wikipedia
  2. A Doctor In The House

Spread the love

47 Comments

  1. Terfikir gak kenapa Tun M still nak berada dlaam politik Malysia. Walhal dia boleh dok rilex main dgn cucu cucu kat rumah je

  2. Tak sangka kan, sekali lagi kita di bawah pemerintahan kerajaan Tun M. Moga kali ini satu budaya politik lebih bersih dapat Tun M praktikkan

  3. Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang semuanya dibangunkan semasa pentadbiran Tok Det

  4. Tok Det dengan beraninya telah menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis ekonomi Malaysia tahun 1997.

  5. Tok Det berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia

    1. Betul tu, dasar pembangunan dan perancangan yang diilhamkan daripada kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia

  6. Iklim dan kisah politik di Malaysia sangat menarik sekiranya dibukukan dan dijadikan sebagai bahan bacaan generasi yang akan datang

    1. Banyak dah buku buku tentang kisah politik di Malaysia. Tengok tajuk pun tak larat, apatah lg nak membaca semua hehe

  7. Seronok sebenarnya membaca apa saja yang berkaitan dengan Tun M. sewaktu mengaji kat UUM dulu, selalu juga masuk ke dewan pemikiran Tun M. suka tengok gambar-gambar yang disediakan kat dalam. Tapi, diakhir pengajian dewan tersebut telah ditutup entah apa alasan yang diberikan. sesuatu yang memang tidak patut sebab terlalu ramai pelajar luar negara yang masuk ke dewan pemikiran Tun M untuk mendapatkan maklumat.

      1. Itu lah.. biasa orang berusia 93 tahun ni , ingatkan dia dah mulai ada masalah. Apatah lagi nk ada pemikiran hebat

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!