Bahaya ancaman dan gerakan Islam Liberal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada masa ini, terdapat banyak perkara yang menggugat keharmonian dan kesucian agama Islam dan penganutnya sendiri. Cukup banyak pertubuhan atau aliran yang bernaung atas nama Islam muncul dengan membawa pemikiran atau pendapat yang berbeza-beza. Antara golongan yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sedang rancak menyebarkan misi dakwah songsang mereka kepada masyarakat Islam Malaysia adalah golongan yang dikenali sebagai ‘Islam Liberal’.

Hal atau gerakan ini sudah berlaku lama tetapi masih menular di negara kita dan ramai yang masih kurang sedar. Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran mereka yang mahu kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Aliran ini menyeru ke arah penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Akan tetapi, mereka mempunyai kecenderungan untuk melampaui batas agama apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pluralisme (pelbagai). Golongan ini mempertikaikan syariat Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan undang-undang agama.

Fahaman yang ingin mengubah kepentingan

Seperti yang kita ketahui, kelompok Islam Liberal ini berpegang dengan menyalahkan ayat 256, Surah Al Baqarah:

Tiada paksaan dalam memeluk agama. Sungguh telah jelas antara kebenaran dan kesesatan” (QS. Al Baqarah: 256)

Ancaman gerakan Islam Liberal secara terang-terangan atau halus di Malaysia tidak harus dipandang ringan.  Ini kerana ia bukanlah bersifat ancaman akidah semata-mata, malah turut berkait rapat dengan identiti Islam itu sendiri. Perkara ini mesti diambil perhatian secara serius, bagi menyekat penyebaran fahaman ini dalam kalangan umat Islam.

Fahaman Islam liberal bersifat kritikal mengenai kedudukan wanita dalam kelompok masyarakat Islam terutama konsep poligami, hak pewarisan harta pusaka, konsep wanita sebagai ketua negara dan wanita tidak seharusnya diasingkan dari lelaki dalam masjid. Sesetengah Muslim liberal bersetuju wanita menjadi imam dalam sembahyang dengan makmum lelaki dan perempuan.

Tuntutan dan fahaman agama pluralisme

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Mereka menyatakan orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Penolakan terhadap pegangan agama bagi penganut fahaman Islam Liberal ini adalah penting agar kebebasan berpendapat atau ijtihad dapat dilaksanakan.

Bertitik tolak daripada pegangan bebas ini juga, golongan Islam Liberal mendesak agar al-Quran ditafsir semula tanpa merujuk dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu. Dan di atas dasar ini juga, aliran Islam Liberal tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah.

Mereka menuntut untuk mengubah pegangan seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Dengar dan tonton juga perkongsian Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin ini mengenai Islam Liberal.

Agama Islam yang benar

Islam menolak pluralisme agama iaitu semua agama benar tetapi tidak menolak hak agama lain kepelbagaian agama. Islam menolak paksaan dalam hal kepercayaan.

Golongan Islam liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama. Mereka juga menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman. Bagi kes murtad, orang Islam yang memilih jalan keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sisters In Islam juga perlu menghormati fatwa pengharaman pertubuhan itu sebagai fahaman yang sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).

Saranan kepada semua pihak, khususnya institusi-institusi agama Islam di Malaysia, agar memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia

Berdasarkan ideologi, fahaman dan tuntutan aliran Islam Liberal ini, dapatlah kita simpulkan bahawa pluralisme adalah salah satu agenda daripada Islam Liberal. Mereka mahukan yang mudah dan senang tanpa mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan. Sedangkan ajaran Islam yang berpandukan Al Quran dan Hadis sepatutnya wajib diamalkan oleh umat Islam.


Spread the love

47 Comments

  1. Kot kot ada yang pertikaikan, boleh baca ni -Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam

    1. Itula pasal. Risau akn menggugat keharmonian masyarakat kita sekarang. Diharap ada pihak berkuasa yang memantau

    1. Setuju tu, institusi-institusi agama Islam di Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!