Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa khabar rakan-rakan semua? Semoga berada dalam kesihatan yang terbaik. Perkongsian kali ini khusus untuk rakan-rakan yang ingin meningkatkan jualan perniagaan sendiri mahupun perniagaan kenalan yang lain.
Pemasaran melalui blog ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah wujud sejak lama dahulu. Cuma bezanya, suatu masa dahulu, lebih ramai penulis blog di Malaysia yang hanya fokus pada penulisan dan minat semata-mata tanpa menghiraukan skop pemasaran yang mereka boleh lakukan.
Kelebihan pemasaran melalui blog
Antara kelebihan membuat pemasaran melalui blog ialah kita boleh mempengaruhi atau membina perhubungan yang baik dan untuk jangka masa yang panjang bersama bakal-bakal pelanggan atau dengan pelanggan sedia ada.
Penulisan yang teratur dan sistematik akan memberikan impak yang sangat bagus terutama kepada pemilik-pemilik perniagaan yang ingin memaksimakan kempen pemasaran online mereka.
Apabila perhubungan terbina dengan pembacaan melalui artikel ini, impak kepada kempen pemasaran yang dijalankan adalah sangat luar biasa.
Kredibiliti dan Proses Penjenamaan Hebat
Melalui penulisan artikel di blog juga, pemilik perniagaan dapat membina kredibiliti dan melakukan proses penjenamaan jangkan masa panjang yang kukuh. Perkara ini juga benar untuk rakan-rakan blogger yang menulis untuk kepuasan peribadi atau lain-lain tujuan.
Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan kredibiliti melalui penulisan, apa yang perlu ditulis, apa yang tidak patut ditulis dan bila masa terbaik untuk penulisan itu diterbitkan.
Kelas Intensif WordPress For Business
Akademi Denaihati sudah lama bercuti daripada menganjurkan kelas terbuka sebelum ini. Hanya kelas-kelas tertutup yang dikelolakan atas kekangan masa.
Kali ini, Akademi Denaihati akan menganjurkan satu lagi kelas intensif WordPress For Business untuk memberi peluang lebih ramai pemilik perniagaan dan individu untuk mendalami cara terbaik untuk menguruskan blog menggunakan platform WordPress.
Kelas selama 2 hari ini akan mengajar anda perkara-perkara seperti:
- Asas laman sesawang, pemilihan domain, hosting dan platform yang ingin digunakan.
- Bagaimana memasang WordPress dari kosong
- Pemilihan theme yang sesuai
- Plugins dan widgets, apa yang diperlukan dan bagaimana menguruskannya.
- Bagaimana menulis artikel yang pertama
- Pengurusan gambar, audio dan video
- Teknik optimasi enjin carian (SEO) asas
- Teknik optimasi enjin carian (SEO) peringkat lanjutan
- Strategi dan perancangan penulisan
- Artikel dengan kata kunci evergreen
- Strategi mempromosikan blog baru
- Latihan praktikal menggunakan fungsi drag n drop page builder
- Keselamatan WordPress
- Bagaimana menyelenggara laman WordPress
- Perkara-perkara yang perlu dielakkan sebagai pengguna WordPress
- topik bonus : memasarkan perniagaan melalui blog
- dan perkongsian pengalaman menguruskan blog untuk perniagaan.
Kelas selama 2 hari ini akan mendedahkan seberapa banyak selok belok dan trik pengurusan WordPress. Pengalaman sejak 2006 menguruskan pelbagai jenis laman WordPress membolehkan anda menjimatkan masa lebih 10 tahun hanya untuk melalui pengalaman yang sama.
BONUS Kelas WordPress For Business
Istimewa untuk tawaran kali ini, anda kan menerima PREMIUM SUPPORT selama 6 bulan, ini adalah perkhidmatan yang bernilai RM1800 jika diambil secara berasingan. Apa dia premium support? Sekiranya ada masalah dalam pemasangan theme, selenggara plugins dan laman, pihak kami akan memberikan PREMIUM Support ini kepada anda selama 6 bulan.
Selain itu, anda juga akan menerima General Support selama 24 bulan melalui group khas. Kami akan memberikan jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, anda hanya perlu melakukan mengikut arahan yang diberikan.
Bantuan khidmat nasihat profesional selama 3 jam (bernilai RM450) untuk memastikan blog baru yang anda bina itu berdaya saing dan memberi impak yang baik dan positif.
Group support khas juga akan diwujudkan untuk perbincangan strategi jangka masa panjang dan pendek dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Apa kata peserta Akademi Denaihati sebelum ini?
Salah seorang peserta Kelas Private Akademi Denaihati:
Berikut adalah beberapa video yang dirakam bersama bekas pelajar Akademi Denaihati.
Sudahkah anda bersedia untuk melebarkan sayap dalam pasaran online?
Sila klik gambar di bawah untuk ke halaman pendaftaran
87 Comments
penjenamaan blog tu paling penting. jadikan blog menarik dan lain dari jiran sebelah. pegi kelas DH ni.. tak rugi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pemain Import Baru Kelantan Julai 2016
siapa yang serius nak berjaya dalam perniagaan online yang menggunakan blog sebagai medium…jangan fikir panjang..
pelaburan anda sangat berbaloi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Memang diakui blog ada medium terbaik untuk korang meningkatkan jualan dan melariskan perniagaan. Tak payah guna tangkal pelaris.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
wah ilmu terbaik bagi yang nak menjana pendapatan menggunakan medium blog.. disampaikan oleh mereka yang pakar. pasti berbaloi menyertainya
Curahan rasa zool @ ..Khairul Idham Pawi juarai GP Jerman
Memang betul, kalau blog dijadikan tempat mencari rezeki yang betul. InsyaAllah rezeki akan datang, kalau amalkan teknik yg tak betul, lama kelamaan blog boleh lingkup.
Curahan rasa fiziesss @ ..Pemenang Sijil Simpanan Premium BSN
ilmu perlu ada dan dengan ilmu tersebut blog adalah sumber pendapatan hebat berbanding gaji tetap
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Ada orang sanggup berhenti kerja hanya ingin menjana pendapatan melalui blog. Pasti ada rahsia hinggakan artikel mereka berada di atas dalam pencarian di google.
Ada ramai pengiklan mencari mereka untuk melariskan jualan bisnes.
Kalau belajar dengan blog sudah pasti banyak kelebihannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Boleh tolong di email detailnya ga, di Jakarta kapan kira-kira diadakan acaranya?
Curahan rasa Harga hp @ ..Harga HP Lenovo A536 Terbaru dan Spesifikasi
saya sarankan mas untuk hubungi secara terus pihak yang in charge…
malah saya sangat berbangga melihat team denaihati ada sambutan di Indonesia..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Memang teringin sesgt nak g kelas2 macam nih, boleh lah nak intai2 cara nak “lakukan” blog..
apa tunggu lagi..jomlah pergi ke kelas toturial tersebut..bila dah sukses jangan lupa untuk pergi ke seminar saya pula lepas ini….he…he..he..gurau je
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
kelas yang sangat penting dan bermanfaat. saya pun mula dapat jana pendapatan melalui blog setelah hadir ke kelas seperti ini. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Hargai Yang Tersayang Dengan Set Kesihatan Wanita Shaklee | Women`s Health Sets
Seronoknyer lah kalau boleh praktiskan apa yang dah di pelajari kat kelas2 hebat gini…
jika nak pasti dapat dan jika tak nak pasti beribu alasan yang bermain dalam fikiran..ya kan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Dah lama akademi DH berehat dari buat kelas. Sekali buat terus kelas gempak utk usahawan online.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Buat Rate Card untuk Blogger
Mesti ramai yang dah ternanti-nantikan kelas yang di anjurkan oleh DH nih. Mau pax nanti nih.
harap-harap begitu dan saya selalu mendoakan ramai yang berjaya dalam bidang masing-masing..
kejayaan mereka pasti memberi satu suntikan insprasi kepada saya untuk terus berjuang dalam kerjaya blogger..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
wah..peluang terbaik buat mereka yang tercari-cari kunci pemasaran melalui blog ni..
Iyalah, memang tak patut di lepaskaan peluang tuk join kelas yang gini. sonyer sesiapa yang available leh aa cecepat daftar ye.
Semoga dimudahkan urusan dan hasrat untuk mengikuti program ini tercapai.
aamiin dan saya juga berdoa sedemikian rupa agar apa yang kita cita-cita menjadi kenyataan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Bagi yang masih tercari-cari cara nak belajar jana income dengan blog. Bagus sertai kelas macam ni. Insyallah selepas sertai kelas ni akan ada hasil yang akan menyusul di depan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Duit Raya Dari Jobdirumah
Bagus join kelas macam ni. Jumpa terus dengan ‘guru’ dan boleh tanya apa-apa yang terbuku dihati. Tak rugi sertai kelas macam ni. Akan dapat pulangan selepas ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Duit Raya Dari Jobdirumah
belajar dari mereka pakar dapat menjimatkan masa dan boleh memberi hasil yang diyakini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Boleh tahan juga harga penyertaan Kelas Intensif WordPress For Business ni… Pasti berbaloi dengan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap peserta yang menyertai kelas ini…..
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Memiliki Rumah Impian Di Seri Iskandar Perak
Yuran penyertaan itu sebenarnya sudah sangat murah jika semua faham nilai yang akan diterima selepas menyertai kelas ini.
Curahan rasa Eizil @ ..Biji kopi Arabica, kopi pilihan rakyat Malaysia
soal bayaran sebenar terlalu kecil berbanding nilai ilmu yang bakal kita perolehi..jika diamalkan dengan sungguh-sungguh pasti kejayaan dalam tangan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Blog andai kata dapat setup dengan betul.. ibarat robot yang bekerja untuk tuannya.. dengan pelbagai plugin dalam WP, automate process itu ini.. yang penting kesabaran.. terutama awal2 start… bina Domain Authority pelan2…. then it would be easier for the future… terutama SEO
Search engine tetap seperti robot atau software.. dia bukan boleh baca satu satu page macam manusia.. yang penting parameter atau “signal” tertentu kena follow dan patuhi…
Curahan rasa imnajmi @ ..Komik #13 : Raya Matrix
tuan adalah bakal sifu saya dalam blog selain sifu Eizil..in shaa Allah kita bakal berjumpa untuk membincangkan bab SEO lebih mendalam..
saya agak tercorot dalam bab SEO dan sedang membina jenama sekarang ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
memang bertuah sesiapa yang masuk ke kelas WP for Business ni, tak rugi buat blog yang boleh bekerja untuk kita
Curahan rasa reezluv @ ..Pakai Apps Kodi Tengok Movie Free
Yurp betul… Blog boleh menjadi salah satu sumber pendapatan pasif kepada kita, kalau kita tahu caranya…
Curahan rasa Anuar @ ..Perkampungan Robot PSIS telah Membuahkan Hasil.. TAHNIAH Pasukan Robot PSIS di atas kejayaan dalam 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016!
Kadang tu ada artikel-artikel lama mampu memberikan rezeki kepada kita tanpa di sangka-sangka…
Curahan rasa Anuar @ ..Perkampungan Robot PSIS telah Membuahkan Hasil.. TAHNIAH Pasukan Robot PSIS di atas kejayaan dalam 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016!
Sebab tu, kalau boleh… Setiap kali kita menulis artikel, kita perlu mengambil kira faktor-faktor SEO dalam artikel tersebut… Supaya dapat memberi manfaat berterusan kepada kita dalam satu tempoh yang lama…
Curahan rasa Anuar @ ..Perkampungan Robot PSIS telah Membuahkan Hasil.. TAHNIAH Pasukan Robot PSIS di atas kejayaan dalam 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016!
betul tu tuan..bersandar prestasi tuan dalam blog memang betul pemilihan kata kunci yang hebat akan membetulkan kedudukan artikel kita dalam carian Google
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Comments are closed.