Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa khabar rakan-rakan semua? Semoga berada dalam kesihatan yang terbaik. Perkongsian kali ini khusus untuk rakan-rakan yang ingin meningkatkan jualan perniagaan sendiri mahupun perniagaan kenalan yang lain.
Pemasaran melalui blog ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah wujud sejak lama dahulu. Cuma bezanya, suatu masa dahulu, lebih ramai penulis blog di Malaysia yang hanya fokus pada penulisan dan minat semata-mata tanpa menghiraukan skop pemasaran yang mereka boleh lakukan.
Kelebihan pemasaran melalui blog
Antara kelebihan membuat pemasaran melalui blog ialah kita boleh mempengaruhi atau membina perhubungan yang baik dan untuk jangka masa yang panjang bersama bakal-bakal pelanggan atau dengan pelanggan sedia ada.
Penulisan yang teratur dan sistematik akan memberikan impak yang sangat bagus terutama kepada pemilik-pemilik perniagaan yang ingin memaksimakan kempen pemasaran online mereka.
Apabila perhubungan terbina dengan pembacaan melalui artikel ini, impak kepada kempen pemasaran yang dijalankan adalah sangat luar biasa.
Kredibiliti dan Proses Penjenamaan Hebat
Melalui penulisan artikel di blog juga, pemilik perniagaan dapat membina kredibiliti dan melakukan proses penjenamaan jangkan masa panjang yang kukuh. Perkara ini juga benar untuk rakan-rakan blogger yang menulis untuk kepuasan peribadi atau lain-lain tujuan.
Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan kredibiliti melalui penulisan, apa yang perlu ditulis, apa yang tidak patut ditulis dan bila masa terbaik untuk penulisan itu diterbitkan.
Kelas Intensif WordPress For Business
Akademi Denaihati sudah lama bercuti daripada menganjurkan kelas terbuka sebelum ini. Hanya kelas-kelas tertutup yang dikelolakan atas kekangan masa.
Kali ini, Akademi Denaihati akan menganjurkan satu lagi kelas intensif WordPress For Business untuk memberi peluang lebih ramai pemilik perniagaan dan individu untuk mendalami cara terbaik untuk menguruskan blog menggunakan platform WordPress.
Kelas selama 2 hari ini akan mengajar anda perkara-perkara seperti:
- Asas laman sesawang, pemilihan domain, hosting dan platform yang ingin digunakan.
- Bagaimana memasang WordPress dari kosong
- Pemilihan theme yang sesuai
- Plugins dan widgets, apa yang diperlukan dan bagaimana menguruskannya.
- Bagaimana menulis artikel yang pertama
- Pengurusan gambar, audio dan video
- Teknik optimasi enjin carian (SEO) asas
- Teknik optimasi enjin carian (SEO) peringkat lanjutan
- Strategi dan perancangan penulisan
- Artikel dengan kata kunci evergreen
- Strategi mempromosikan blog baru
- Latihan praktikal menggunakan fungsi drag n drop page builder
- Keselamatan WordPress
- Bagaimana menyelenggara laman WordPress
- Perkara-perkara yang perlu dielakkan sebagai pengguna WordPress
- topik bonus : memasarkan perniagaan melalui blog
- dan perkongsian pengalaman menguruskan blog untuk perniagaan.
Kelas selama 2 hari ini akan mendedahkan seberapa banyak selok belok dan trik pengurusan WordPress. Pengalaman sejak 2006 menguruskan pelbagai jenis laman WordPress membolehkan anda menjimatkan masa lebih 10 tahun hanya untuk melalui pengalaman yang sama.
BONUS Kelas WordPress For Business
Istimewa untuk tawaran kali ini, anda kan menerima PREMIUM SUPPORT selama 6 bulan, ini adalah perkhidmatan yang bernilai RM1800 jika diambil secara berasingan. Apa dia premium support? Sekiranya ada masalah dalam pemasangan theme, selenggara plugins dan laman, pihak kami akan memberikan PREMIUM Support ini kepada anda selama 6 bulan.
Selain itu, anda juga akan menerima General Support selama 24 bulan melalui group khas. Kami akan memberikan jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, anda hanya perlu melakukan mengikut arahan yang diberikan.
Bantuan khidmat nasihat profesional selama 3 jam (bernilai RM450) untuk memastikan blog baru yang anda bina itu berdaya saing dan memberi impak yang baik dan positif.
Group support khas juga akan diwujudkan untuk perbincangan strategi jangka masa panjang dan pendek dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Apa kata peserta Akademi Denaihati sebelum ini?
Salah seorang peserta Kelas Private Akademi Denaihati:
Berikut adalah beberapa video yang dirakam bersama bekas pelajar Akademi Denaihati.
Sudahkah anda bersedia untuk melebarkan sayap dalam pasaran online?
Sila klik gambar di bawah untuk ke halaman pendaftaran
87 Comments
Nak join tapi tarikh kebetulan ada klas lain. Lau ada kelas sama next insyaAllah nak join, akademi denaihati.
Curahan rasa Chempaka @ ..KERETA SEWA KELANTAN | CALL 018-989 0800
ohh.
macam itu ka.
kena banyak belajar lagi pasal blog nih.
hoho..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 680-721
Tidak dinafikan penulisan melalui blog membantu meningkatkan jualan..alhamdulillah kebanyakkan jemaah saya melalui Ajwa Travel datangnya dari pembaca yang membaca blog saya
Curahan rasa Hj Iqbal Safwan @ ..Memahami Pakej Umrah Idaman 2
Usaha tangga kejayaan, Apa yang pasti. ilmu perlu ada di zaman serba canggih sekarang
Curahan rasa MySemakan @ ..Jadual Tangga Gaji Guru Terkini Julai 2016
kalau ada peluang saya juga nak belajar dalam kelas..baru senang faham dan sebagainya..
ada soal jawab untuk memberi kecerahan minda..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bahagianya Bersama Orang Yang Dicintai
Salam… saya kini sibuk dengan bisnes Nasi lemak Pandan MIEEZA. Memang betul dengan adanya artikel di blog ia akan meningkatkan lagi penjenamaan dan krebitiliti dan jualan akan semakin meningkat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Blogger yang baru nk belajar memang sesuai belajar ilmu macam nie..Hope satu hari nanti dapat hadir kelas2 sifu2 power..Insyallah..
Curahan rasa Gerai Opah @ ..Memulakan Perniagaan Online Serendah Rm38??
Bagus juga ada program mcm ni sebab ramai yang masih mencari atau tercari2 maklumat mengenai emasaran melalui blog, ye pemasaran blog merupakan salah satu medium untuk mempromosikan sesuatu produk.
tetapi perlu di ingat orang ramai sudah pandai mencari maklumat serta deals yang terbaik jadi jangan ketinggalan.
cari kerja kosong… klik pada nama saya!
Sekarang internet sangat mudah di akses..janji ada smartphone…semua berada di hujung jari
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Memang betul MrHanafi, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Bila-bila masa dan di mana sahaja boleh diakses.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
lagi mudah nak dapat duit jika tahu caranya..
salah satu cara daripadanya melalaui blog
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bahagianya Bersama Orang Yang Dicintai
Kelas blog anjuran Denaihati memang terbaik. Saya pernah hadirinya dan kerana belajar dari Denaihati lah saya belajar tentang Wordpress dan berjaya mendapat ranking no 1 di carian Google. Tq DH
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..SALAM AIDILFITRI 1437H, 2016
Pernah ranking no satu pada carian google memang terbaik…saya kagum tu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Inilah masanya untuk para peniaga untuk melariskan jualan mereka dengan blog. Akademik Denaihati adalah tempat terbaik untuk korang luaskan jualan dan meningkatkan hasil income.
Tak percaya, boleh tanya blogger otai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
teringin la menimba ilmu dari sifu yang hebat dalam bidang blog..
buat masa sekarang saya tengah kuatkan kuasa getaran Hukum Tarikan supaya mampu untuk pergi ke bengkel seumpamanya..
doakan saya dan saya doakan juga pembaca agar sihat,tenang,bahagia serta kaya raya ..
aamiin.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Saya akui .. dengan blog memang boleh jana pendapatan dan jualan. Teknik menulis yang bersifat peribadi sebenarnya teknik yang sangat kuat untuk membolehkan sesuatu jualan itu terhasil.
pendapat tuan HH amat saya akui betul..sebab tuan dah boleh ‘hidup’ dengan hasil dari blog..betul tak?
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Saya setuju dengan pendapat Tuan Hasrul Hassan. Beliau tahu berkaitan blog dan bagaimana mahu tingkatkan jualan. Inilah masanya untuk mereka yang sedang buat perniagaan,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Bagus sangat metode yang disampaikan oleh tuan,semoga saya selalu sukes dalam berniaga melalui Internet atau Online ini dan untuk pelaku lainnya juga..
Curahan rasa siapakah pembuat pokemon go @ ..Cerita Tentang Pembuat Game Pokemon Go
untuk berjaya perlukan ilmu yang mantap dan kuasai ilmu tersebut dengan belajar dari mereka yang pakar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bersangka Baik Untuk Mampu Kahwin Dua
terbaik ni, sesuai utk mereka yg nak mendalami ilmu blogging dengan wordpress.
Curahan rasa encikarman @ ..Payment bayaran komisen kerja part time di rumah June 2016 – RM1100
Untung mereka yang guna WP sbb ada banyak plugin yang boleh bantu untuk membuat jualan.
memang untung dan ada kawalan penuh ke atas blog mereka..
blog dari blogger.com pun apa kurangnya..terbaik dari SEO dan SERP serta lain-lain lagi jargon yang bikin pening nak faham..he..he..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa
Wordpress diakui terbaik untuk menulis artikel berkaitan perniagaan mereka. Jika belajar dengan betul dan mengikut arahan daripada tenagan pengajar pasti anda berjaya dan bertambah income jualan nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Jadi blogger secara part time boleh dapat hasil jika kena dengan caranya. Jika full time insyallah lagi boleh dapat hasil jika kena dengan cara dia.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Duit Raya Dari Jobdirumah
Memang tidak dapat di nafikan sekarang ni dari blog boleh buat duit. Adanya usaha yang bertusan dan belajar dari yang pakar insyallah boleh dapat hasil.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dapat Duit Raya Dari Jobdirumah
Comments are closed.