Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.
Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.
Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.
Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …
Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.
Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..
Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.
Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.
288 Comments
Mama i love you, maafkan aku mama, aku merindukanmu mama
Curahan rasa Asyiqin @ ..PERLINDUNGAN DARI SEBELUM LAHIR
terima kasih untuk peringatan ini..
Curahan rasa KiD @ ..Bajet Duit Raya 2012
sgt benar…. jika belakangkn ibubapa, hidup x berkat…
alhmdllh, mungkinAllah pilih sy n family utk sntiasa dekat dgn mak abah…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Komisen dari Rahsia Mudah Hamil
jasa dan budi mereka tidak akan dapat terbalas dengan wang ringgit…sayang ayah ibu saya
Curahan rasa daddydee @ ..Nasihat Ketika Urus Niaga Internet
ye, sayangilah mereka selagi mereka masih ada…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Komisen dari Rahsia Mudah Hamil
masa program kami kelmarin di UPM pun kami pasang lagu ni, menangis semua adik-adik teringatkan ibu ayah masing-masing di rumah. huhu 🙁
Curahan rasa Zida @ ..An Instrument of God’s Mercy | Jom On Call 2012
salam, artikel yang sangat bagus dan mengingatkan kita tentang hidup
Curahan rasa Tas Branded @ ..Furla Glitter Black
Setuju akan :”Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.”
Curahan rasa Dadan @ ..Mudik Hakiki
“..Bersemi kelopak kasih sayang.
Di persada cinta yang sejati.
Titisan susu ibunda.
Menyegarkan, menghapuskan dahaga..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Renjisan keringat dari ayahanda.
Menyubur pohon kehidupan.
Tuaian sebidang tabah.
Buatmu doa dan harapan.
Jadilah insan yang mulia.
Pembela di hari tua………….”
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya. Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Klasemen Akhir Perolehan Medali Olimpiade London 2012 | Amerika Serikat Juara Umum
Sedih tengok iklan Bernas ni..
menyentuh hati dan perasaan..
Curahan rasa pokok manggis depan rumah @ ..Malam Lailatul Qadar
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali,
Jagalah mereka selagi ada,
Mungkin esok dia akan pergi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Jika mereka dah tiada, berdoalah setiap waktu lepas solat, memohon [ada Allah supaya roh mereka di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Sempena di bulan Ramadan dan Syawal ini, memohn ampun dan maaf pada mereka, semoga segala dosa-dosa kita terhadapnya akan dihapuskan oleh Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Kita berada di saat ini, adalah kerana jagaan mereka pada kita selama ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Benar sekali Bang Kamil, seringkali hal ini terlupakan oleh kita para anak
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Zakat Fitrah
Apalagi bila kesuksesan sedang menghampiri kita, setan telah sering membuat kita lalai terhadap orang tua kita
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Zakat Fitrah
Salah satu tipu daya setan yang wajib kira waspadai
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Zakat Fitrah
Dan jangan sampai kita tergelincir menjadi anak yang durhaka..naudzubillahi min dzalik
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Zakat Fitrah
Walaupun di mana kita berada, pasti ada sesuatu pemberian atau sumbangan mereka pada kita, segala pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dgn wang ringgit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Berbaktilah pada mereka sebaik mungkin, hidup mereka tidak kekal lama, lambat laun mereka pergi meninggalkan kita, barulah kita tahu bertapa byknya pengorbanan mereka kepada kita selama ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
memang kita harus berbakti kepada kedua orangtua kita karna tanpa adanya mereka tidak akan mungkin kita terlahir kedunia ini,dan ingat kebaikan kita tidak bisa membayar pengorbanan mereka, maka dari itu berbaktilah kepada kedua orang tua kita thanks atas infonya sangat bermanfaat sekali,,,,,!
Curahan rasa wilda @ ..Obat Tradisional Demam Berdarah
Tidak salah jika kita selalu memohon ampun dan maaf pada mereka, manalah tahu dia pergi meninggalkan kita tanpa diduga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Comments are closed.