Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.
Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.
Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.
Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …
Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.
Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..
Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.
Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.
288 Comments
Berbanyakkan memohon ampun dan maaf, jika ada selama ini kita membelangkangi mereka dlm sesuatu hal tanpa disedari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Merekalah yg selalu melindungi kita ketika kecil dahulu, oleh itu jagalah hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung dengan kata-kata kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Pesanan daripada mereka ketika kita dipiliharanya,
Harus diingati selalu agar kita tidak menjadi manusia yang derita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Di hari yg mulia ini,
Pulanglah menjenguk mereka sempena Aidilfitri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Jasa mereka banyak berkorban utk kita,
Oleh itu hormatilah mereka dgn segala jiwa dan raga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Janganlah pula meninggikan suara kita bila bersua,
Tajut nanti ada yg tersinggung hati mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Doakan selalu kesejahteraan ke atas mereka,
Semoga mereka hidup aman bahgia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Tanpa mereka siapalah kita,
Hanya merekalah tempat kita mengadu derita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Jgnlah derhaka kepada mereka,
Kelak kamu dimasukakan ke neraka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Jgnlah membuat sesuatu yang dilukai,
Takut nanti merana diri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Hormatlah ibubapa kita,
Barulah hidup kita bahgia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Betull…sgt terkesan masa tgok iklan ni wp bkn full version..menitik jugak airmata..sayangi dan hargailah ibu bapa kita smtra mereka ada..
Bener sangat, bapa dan ibu adalah jambatan yang paling mujarab menuju ke surga tapi banyak terlupa..
Curahan rasa toko bunga @ ..Tips Mencari Toko Bunga Jakarta Terbaik Dengan Cara Online
Hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih hidup lagi.. Sebenarnya kita bersyukur kerana masih mempunyai mereka untuk kita saling sayang menyayangi..
Cubalah kita selami perasaan rakan-rakan kita yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Mereka pasti berasa sedih kerana tidak ada peluang lagi untuk mereka berkongsi saat-saat indah dalam hidup mereka bersama orang yang bertanggung jawab membesarkan mereka..
Seharusnya anda patut rasa bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada anda untuk menikmati saat-saat indah dalam hidup anda bersama mereka.. Jadi hargailah mereka, sebagaimana mereka memelihara kita semenjak kita kecil sehingga sekarang..
Sempena kehadiran bulan Syawal ini, eloklah kita bermaaf-maafan sesama kita.. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa.. Pohonlah kemaafan sebanyaknya daripada ibu dan bapa kita..
Bagi mereka yang telah ketiadaan ibu dan bapa.. Doakanlah kesejahteraan mereka sewaktu berada “di sana”.. Kunjungilah pusara mereka.. Semoga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Lagu sudirman tu memang tak boleh tahan kalau dgr time2 nak dekat raya ni.. hmmm
Curahan rasa halif @ ..Berita Gembira Untuk Anggota Tentera dan Polis
Comments are closed.