Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.
Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.
Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.
Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …
Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.
Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..
Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.
Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.
288 Comments
Walaupun kita tidaklah kaya, hartawan, jutawan, namun ketaatan terhadapnya jgnlah dilupa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Pengorbanan yg mereka curahkan, amat bernilai hinggakan tidak dapt dibalas dgn wang ringgit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Dengan dendangan lagu2 raya, hati semakin pilu, sayu dan sedih tatkala mereka dah tiada di sisi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Sedih terasa bila Syawal menjelma,
Ibu dan bapa suadh tiada,
Hanya kenangan menjadi sejarah cerita,
Buat mereka hanya doa boleh sampai pahala di sana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Bila mereka dah tiada, pulang ke kampung pun pasti tidak semeriah
seperti dulu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Di zaman ternologi kini, boleh bertanya khabar bila2 masa saja dan jika ada emergency boleh terus balik jenguk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Selepas solat, aku selalu berdoa semoga roh mereka berada di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin…. Sesungguhnya mereka dah lama pergi…..hanya menjadi kenangan sepanjang hayat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
I – Ibu kaulah ratu hatiku segalanya.
B – Banyaknya jasamu pada ku jika dikira.
U – Upama lilin yg menerangi hidup kita.
B – Bapa kaulah raja hatiku selama ini,
A – Ajaranmu pada ku tak pernah terhenti.
P – Pendidikan diterap ddn penuh teliti.
A – Agama Islam diajar tak pernah terhenti .
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Mereka selalu berpesan pada kita,
Jagalah tingkah laku kita di mana-mana,
Berbuat baik kepada org tua lebih drpd kita,
Selalu juga dimarahi supaya kita tidak lupa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Kita dididik dgn penuh mesra,
Kita dipilihara tanpa erti penat lelah,
Kita dijaga dgn penuh jiwa raga,
Kita pula apa sumbangan utk merekalah!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Kehidupan yang kita kecapi kini,
Jika tanpa didikan mereka,
Sudah tentu di mana kita berada di dunia ini,
Perbanyakkan doa sempena bulan yg mulia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Siapalah kita tanpa mereka,
Tempat asal kita dilahirkan di dunia,
Di bawah tapak kaki mereka ada syurga,
Oleh itu jangan derhaka dan selalu ingat pada mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Ibu dan bapa kita sanjung,
Jangan dilupa pengorbanan yg mereka pikul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
Surga di telapak kaki ibu, tapi banyak ibu tiri bagaikan neraka bagi anak-anak
Curahan rasa suwardi @ ..Menulis artikel bukanlah hal yang mudah
jom kita hargai pengorbanan mereka..
Curahan rasa lola ke nie? @ ..Lelaki Miskin Ini Merupakan Adik Presiden Amerika Barack Obama
ibubapa lah pendorong kepada kejayaan hidup kita di dunia dan di akhirat..Redha Allah terletak di tangan mereka..semoga kita semua dapat menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita..
Curahan rasa ad muhammad @ ..Cerita Doktor dan Guru Yang Tiada Bezanya…
Comments are closed.