Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.
Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.
Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.
Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …
Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.
Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..
Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.
Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.
288 Comments
Assalam Alaikum,
Artikel ini sangat menyentuh hati.. saya sangat yakin, saat risau hati mengganggu jiwa, kasih sayang ayah dan ibu akan mampu mendamaikan..
Curahan rasa masita @ ..Download Tema Magazine WordPress Terbaik
Betul tue… berbuat baik kepada ibubapa.. murah rezeki…
Curahan rasa fazrol @ ..Diskaun Tol Sempena Aidilfitri 2012!
Sedih melihat iklan ini… sangat tersentuh…
sesungguhnya syurga dibawah telapak kaki ibu….
semoga sya akan sentiasa mengingati ibu bapa saya…
“Ya ALLAH engkau ampunilah segala dosaku dan juga dosa ibubapa ku dan kasihanilah kedua mereka sepertimana mereka memelihara dan mendidik ku di masa kecil.”
Amiin
Curahan rasa AmiRini @ ..Bantu Sekadar Termampu – Alia Haryanie
ye la..sedih je…hu..
Curahan rasa lola ke nie? @ ..Lelaki Miskin Ini Merupakan Adik Presiden Amerika Barack Obama
harap-harap kita tak terlupa..
ibubapa yang membesarkan kita ..
kenalah balas jasa mereka
Curahan rasa zool @ ..Menghias rumah anda
hemm..memang ramai yang dah terlupa..
Curahan rasa titan @ ..Mencintai Ain Maisarah – Part 8
Jgn lupa, siapaalh kita tanpa mereka suatu ketika dahulu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pantun Syawal
sebagai anak memang seharusnya kita berbakti kepada kedua orang tua
Tiba-tiba mata masuk habuk masa tonton video ini….
Curahan rasa anif @ ..Iklan BERNAS Sempena Hari Raya 2012
tringt ibu sy..hmmmmm
Curahan rasa pengumpul lirik lagu @ ..Malam Lailatul Qadar Untuk Siapa?
Al Fatihah untuk ibu dan Ayah Sebab Mereka Telah berpulang
Curahan rasa smp3lembang @ ..London 2012 Rhythmic Gymnastics | Senam Ritmik Logo Google Hari Ini
jadi sedih saya membaca artikel ini..
mungkin sudah banyak dosa-dosa aku sama ayah dan ibu aku.
maafkan anakmu ini bu..
Curahan rasa Laku.com Belanja Online Grosir Enceran Murah dan Aman @ ..Laku.com Belanja Online Grosir Enceran Murah dan Aman
bila dah senang lupa ayah dan ibu tapi bila mereka dah tiada baru nak menyesal.. Masa tu mmg dah tak berguna
Curahan rasa syiela @ ..Kebaikan Solat Untuk Kesihatan
betultu.. ramai yang lupa teutama anak-anak yang dah kaya..dah senang.. dok kat umah banglo tapi mak ngan ayah dok kat kg..umah papan aje dah latu..tak balik pulak nak jjenguk mereka takut malu.. haha
Curahan rasa Azydy @ ..Cepatkan Keuntungan Melalui Kaedah Dollar Cost Averaging
masa tengah ada ni memang selalu dilupa2kan,.bila dah takde baru nak sesal..
Curahan rasa pipoq @ ..Tak malu tak puasa
Pulang ke kampung menjenguk mak abah adalah kenangan yang terindah dalam hidup kita..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat daun kaduk merawat demam malaria
padahl ridha allah swt ada pada ridhanya ibunya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Herbalife Samarinda
ibu merupakan bidadarinya dunia
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen herbalife samarinda
Dalam beberapa ayat al Quran, Allah telah menjelaskan dan menggalakkan kita agar berbuat baik dan menjaga dengan penuh kasih sayang terhadap kedua ibu bapa kita.
Comments are closed.