Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.
Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.
Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.
Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …
Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.
Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..
Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.
Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.
288 Comments
bila segala apa yang kita kerjakan mendapat restu ibu bapa…InsyaAllah murah rezeki kita
Curahan rasa Orang Kampung @ ..PROMOSI Lagi…
syurga dibawah telapak kaki ibu…
Curahan rasa Orang Kampung @ ..PROMOSI Lagi…
Assalamualaikum,
Tahun ni saya cuti raya 13 hari, banyak masa boleh luangkan masa di kg, buat byk perkara yang hepikan mek ayah…tak sabar nak balik ni….
Curahan rasa Anyss @ ..Janjinya Nak Kerat Anu Kalau Pandelela Menang, Ada Berani??? Tak Cukup Tanah Nak Lari!!!
antara penyampaian terbaik juga dari sudut kesedaran.. ditambah DH dengan original version arwah sudirman sungguh menyayat hati… semuga kita semua mengambil iktibar di atas penyampaian ini… insya-allah akan menjadi lebih baik dari sebelumnya…
Curahan rasa irsah @ ..Pekerja Gomen Kantoi Shopping Curi Tulang – JPA
Emm tak pernah rasa lagi sedih diperantauan ingtkan ibu bapa…hehe..kerja sekarnag pun dekat jer ngn rumah mak ayah..tak rasa macam org perantauan rasa..huhu..rasa rugi pun ada..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pengalaman Pahit
hukhuk sedih..xsabar nk balik jumpa mama, ayah n family..
Terima kasih atas entri yg sgt berguna ini… Mengingatkan betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa … Tgk iklan raya bernas buat aku touching… …terbaikkk
tak tgk lg iklan nie..rmai yg ckp sedih..
Curahan rasa syu90 @ ..CEREKARAMA : Pengawal Hatiku (11 Ogos 2012)
yah aku tahu =)) terimakasih
Curahan rasa Farras @ ..Prediksi Togel Singapura Hari Ini 12,Agustus 2012
iklan ni pun boleh tahan dia punya sedih tu.. memang terasa sedih tgk iklan ni.. yang masih punya ibu bapa pun tak tau nak menghargai ibu bapa. haraplah iklan ni jadi teladan utk semua..
Curahan rasa boni kacak @ ..Top 10 Biskut Raya 2012
hargailah waktu orang tua masih ada, jangan dah tak ada baru tercari-cari..kita sibuk membesar, tapi kita kadang-kadang kita alpa yang orang kita juga semakin menua..luangkan lah masa untuk menggembirakan orang tua.. peace.. =)
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Ah you are so cute Lincoln Paul lambert!!
Saya merasa tersentuh melihat video tersebut.terselit banyak pengajaran di sana terutamanya untuk kita anak-anak perantau.
iya yah,, kalo di pikir2 masih banyak dosa sama orang tua…
makasih ya gan udah mengingatkan… 🙂
iya yah,, kalo di pikir2 masih banyak dosa sama orang tua…
makasih ya gan udah mengingatkan… 🙂
Memang sedih bila tengok iklan raya Bernas ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Rank Pertama Eyriqazz Vs Denaihati : Boleh percaya ke ni?
Comments are closed.