Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, kali ini penulis undangan yang menghiasi ruangan penulis undangan di Denaihati.com ialah bloggerlelaki.com. Jom kita baca coretan hati beliau mengenai ‘Awek Cun Idaman Kalbu‘
Ketika aku baru mula mengenali cinta. Tidak banyak perkara tentang cinta yang aku faham. Apa yang utama terlintas didalam fikiran aku adalah awek cun idaman kalbu untuk dijadikan teman wanita.
Memang benar bait kata dalam lagu Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip
” Jangan kau pandang, Wajah yang indah, Kerna dia bisa meracunmu”.
Ketika pertama kali aku kenal cinta, aku telah disuntik racun keasyikan dunia percintaan.
Bagi aku yang pertama kali kenal cinta, sungguh aku jakun. Aku seakan disihir oleh bibir merahnya. Aku mengikut sahaja apa yang dia inginkan. Boleh dikatakan aku banyak berhabis duit untuk si dia, cintalah kononnya. Benda yang paling mahal aku belikan untuk dia adalah telefon bimbit. Pujuk rayu dia membuat aku cair, lebur habis duit aku.
Padahal aku ini bukanlah anak orang kaya. Cuma kerja biasa-biasa sahaja. Tetapi sanggup dia kikis duit aku, licin dicukur oleh si dia yang aku sayang ketat-ketat. Bukan aku nak berkira, tetapi pernah aku sampai kering poket, duit gaji habis sebelum cukup bulan, terpaksa pula aku pinjam duit daripada kawan aku.
Terpaksa aku makan meggi disebabkan awek cun punya pasal. Sebabnya nak belanja awek cun tadi tengok wayang dan bawa dia jalan-jalan. Nak buat buah hati gembiralah kononnya barulah romantik. Dalam pada masa yang sama aku pula yang menderita.
Aku yang semakin lama semakin serabut, mulai tersedar selepas emak aku berleter, selama ini si dia cuma ingin menpergunakan aku. Cinta yang aku tabur tak bernilai buat dirinya. Hanya duit aku sahaja yang dia sayang. Hampir 6 bulan bercinta, selepas itu hubungan kami putus. Semenjak itu aku mulai mengerti akan ciri-ciri awek cun yang sebenar.
Ciri-ciri Awek Cun Idaman Kalbu
1. Berpegang teguh pada agama.
Ini memang ada disebutkan dalam hadis. Jadi kriteria ini memang patut kita ikut, jangan kelabu mata cuma dengan kecantikan luaran sahaja. Cantik itu takkan kekal lama, bunga yang mekar akan layu jua akhirnya.
2. Awek yang setia, susah senang dihadapi bersama.
Alam perkahwinan lebih mencabar daripada alam percintaan. Awek yang setia akan selalu disayangi lelaki. Kesetiaan amat penting di dalam perhubungan, tiada kesetiaan runtuhlah ia.
3. Rajin masak walaupun dia bukannya pandai sangat masak (goreng ikan pun boleh hangit) tapi dia rajin masak.
Dan dia mencuba untuk belajar masak masakan kegemaran suami. Sebab air tangan isteri lebih berkat dibuat hidangan si suami mengalas perut.
4. Pembersih, awek yang cun mestilah bersih bukan.
Takkan orang lelaki nak cari awek yang pengotor. Ini penting sebab nanti bila sudah berkahwin, rumah akan selalu kemas dan teratur, baru tenang hati suami bila balik ke rumah.
5. Tidak mengambil kesempatan.
Jika nak jadi awek cun cintailah dan sayangilah lelaki seadanya. Bukannya cinta disebabkan harta atau untuk dipergunakan. Awek seperti inilah akan buat ramai lelaki diluar sana serik untuk bercinta.
Nasihat aku kepada mereka yang baru hendak mengenali dunia cinta. Jangan terpedaya dengan paras rupa yang cantik semata-mata. Kecantikan awek cun tidak semestinya akan membawa bahagia, mungkin mengundang padah. Bukan niat aku hendak menakut-nakutkan lelaki diluar sana, tetapi beringatlah selalu.
[box type=”shadow”](Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. – Surah An Nur ayat 26 [/box]
489 Comments
Lisa Surihani ! sukanyaa !! my most fav artist . berbakat , pandai dan cantik
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
Yup.. betul tuh.. suka jugak tengok lisa surihani.. comel dan cute jer.. nasib dia dah kahwin..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Jangan kau pandang, Wajah yang indah, Kerna dia bisa meracunmu”.sangat setuju!!!
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Lirik lagu tuh punya maknanya yang mendalam dan tersendiri.. jangan hanya pandang luaran..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
carilah kesempurnaan dalaman@hati yang tulus ikhlas dan menerima baik buruk kita,rupa tiada apa apa tapi hati yang penting
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
Asalkan sedap mata memandang pun dah memadai.. yang penting cantik luaran dan dalaman..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya pun masih mencari gadis idaman atau gadis cun..hehe tak kisahlah cun atau tidak…yang penting orangnya baik , sopan-santun dan menghormati orang yang lebih tua.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #97
hopefully anda dapat gadis idaman yang bisa sehidup semati sampai bila bila,saya mendoakan buat anda,amin,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
Terima kasih untuk doanya…In Shaa Allah saya akan bertemu dengan orang yang sesuai satu hari nanti…Amin…
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #98
Jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan.. kita hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang akan menentukan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Aminn.. bukan senang nak dapat gadis idaman.. kalau ada tuh kena lah pandai menghargainya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Semoga dipermudahkan dalam urusan mencari suri idaman hati yang menepati ciri yang ditetapkan
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Amin…mudah-mudahan dipermudahkan urusan di dalam mencari bakal tulang rusuk kiri idaman saya
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #98
Aminn.. semoga niat yang baik tuh akan dipermudahkan.. jodoh pertemuan itu di tangan Allah.. mohonlah dari-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Bertuahlah badan andai dapat ciri2 awek idaman hati.. tapi pastikan diri kita juga cukup terbaik buat pasangan kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Biar tak cun tapi sedap mata memandang.. apa yang penting punya didikan agama dan punyai sikap yang baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
kalau serius –tengok pula latar keluarga dia, kawan2 dia..kadang2 boleh mempengaruhi juga.
sebab biasa depan kita aje sopan baik…wallahualam..
Curahan rasa sekilass @ ..#1 Cerita kejayaan daripada orang yang berjaya (SUAM)
kena usha usha dulu hehe nanti cakap intip bahaya pula kn,dari nk lihat dia mcm mana dah kna tgkap pula hehe
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
Nak skodeng sekali pun janganlah curi2.. tuh dah macam mengintai jer lagaknya.. kalau kena tangkap memang malu jer nanti..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Itu maybe jenis yang suka berpura2.. depan kita pejak semut pun tak mati, belakang kita?
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
setuju sangat. biasanya perempuan yang sedar dia ni cantik akan mempergunakan kecantikan dia tu untuk kikis lelaki. AB pon pernah jumpa dngan orang macam ni. Lelaki pon tak boleh la pilih yang cantik saje, kalau awak tu handsome tak pe jugak. hehehehhe. cantik dimata belum tentu cantik dihati. =)
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 2
Tak semeu perempuan cantik macam tu.Ade je yang elok perangainya
Curahan rasa hajar ashikin @ ..CPUV | LAMIDO Digital Campaign, Zurich Insurance Contest
Yang jenis macam tuh hanya segelintir jer.. masih ramai perempuan yang baik2 di luar sana untuk dijadikan pasangan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Semuanya bergantung kepada niat seseorang.. tapi memang ak dinafikan memang ada yang jenis kaki kikis macam tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
pilihan hati tu satu. pilihan di kocek yang ada tu mcm mana? kos sekarang tinggi sangat, kesian juga tengok ramai rakan2 sebaya masih single. tau diaorg ni bukan lah memilih sangat, tp mengenangkan kos mungkin ada yang kata nanti dulu sampai sudah. cuma halangan ni buat golongan muda yang teringin tapi tak mampu, tak dpt teruskan hajat mereka. tp sebenarnya ada cara yang boleh jadikan juga. cuma mentaliti org melayu la. karang malu mintak derma/sumbangan dari org lain. keluarga awal2 lagi akan cakap tak boleh. .. haih.. susah tu..
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
kadang dalam bercinta pun dah banyak keluar duit,macam mana lah nak menyimpan untuk kahwin kan,sekali keluar dating plg sikit pun 50 tu plg sikit la,.bayangkan,.hehe ini punca lambat kahwin sbb asyik dok dating hbiskan duit,duit simpan nak kahwin pun xada,.tp bagi yang mampu tu lain la kn hehe
Curahan rasa ohpilihanku @ ..1001 Petua Bermanfaat
Sangat setuju.kalau setiap kali dating minyak paling koman pun kena buh RM30,belum kira nak makan nak pi tengok wayang,shopping,macam-macam la. Moderate la lagi mudah.
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Dating naik motor lah jimat.. romantik sikit .. hehe.. jalan jammed pun takder hal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Itu lah yang orang panggil belanja memikat.. tuh sebab orang dulu2 tak galakkan kawan lama2.. baik belanja memikat tadi digunakan buat belanja kahwin..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kos hantaran sekarang pun dah semakin mahal.. mungkin disebabkan itulah kot ramai yang tak berani nak masuk meminang..huhu..
kadang kala si calon memang tidak memilih tapi ada juga keluarga yang memilih… entah siapa nak kahwin agaknya… hehehe
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
setuju..kadang-kadang family pulak yang over. kita faham, diorang nak yang terbaik untuk anak diorang. tapi kadang-kadang kena jugak fikir hati dan perasaan orang yang nak kahwin tu. kadang-kadang ada family nak anak menantu yang cun je. nanti kononnye dapat cucu lawa/handsome. hehehhe
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 2
Biasanya family tak masuk campur pasal menantunya tuh kacak atau lawa.. tapi kalau bab harta tuh ada ler.. tujuannya supaya anaknya hidup senang..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
bab yang keluarga memilih tu yang ada positif ada negatifnya,.positif sbbyang baik pada masa akan datang mgkin ada sebab xnak anak dia kahwin dengan org tu,negatifnya bila anak nk sgt dgn org tu family pula halang ini penyumbang kahwin lari..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
Budak2 sekarang mana boleh dipaksa2.. biarkan mereka buat pilihan sendiri.. kita sebagai orang yang lebih dewasa hanya boleh nasihat jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Memang tak dinafikan ada keluarga yang suka masuk campur akan hal jodoh nih.. maybe mereka ada sebabnya yang tersendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Jodoh itu ketentuan Allah.kalau lelaki nak awek cun lelaki pon musti kena cun jugak kan…
erm… lelaki adakala nak yang cun jer… tapi xsemestinya akan dapat yang cun juga… dan perempuan pun sama kan… kalau dapat pasangan sama cantik sama padan allhamdulillah. itu bonus… yang ptg cun dalaman lg berlipat kali bonus…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
Dah menjadi lumrah manusia nak yang cantik dan kacak jer walau pun sedar diri tak berapa nak cantik / kacak..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
tapi ada juga awek xcun pakwe cun dan sebaliknya,ini bermakna mereka tak pandang rupa tapi hati,mungkin ada yang sangat istimewa nya kn
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
Jodoh pertemuan memang ditangan Allah.. tiada siapa pun yang boleh menafikannya.. tapi kita juga perlu usaha mencari.. takkan lelaki nak tunggu orang masuk meminang pulak kan..haha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Lihatlah kecantikan dalaman gadis tu… jangan terpedaya cantik luaran sahaja. Lagi bertuah dan beruntung siapa yang dapat miliki gadis cantik zahir dan batinnya.
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
yea betul tu,luaran cantik belum tentu dalamannya sempurnakan,bukan senang untuk dapat jodoh yang benar benar buat kita,tapi ALLAH telah tentukan siapa jodoh kita,
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
dalam mencari pasangan perlu dalam hati ada niat baik bukan untuk niat untuk mempermainkan hati seseorang
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
betul tu. kalau sesorang tu ada niat yang baik in syaa allah, Allah akan mempermudahkan niat tersebut.
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
ya betul tu dan bukan juga niat kerana untuk hilang sepi atau bosan atau ada niat jahatkan,.carilah yang terbaik dan jgn mempermainkan hati insan lain,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..1001 Petua Bermanfaat
harapkan lepas ini akan ada entri pakwe kacak pula boleh ke denaihati terbitkan satu mana tahu ia akan dapat respon lebih ramai
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
entry kelaki kacak harus ler dapat rating si awek suka… hehe… buku harus bertemu ruasnya DH…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
yeahh..kami gegadis readers DH menunggu untuk entry itu pulak. Hehehehhe. Kacak dimata, kacak lagi dihati.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 2
hehee,.tapi entry denaihati sudah cukup kacak untuk kita lihat dan ngorat,terbaik denaihati sumber inspirasi ku,.dulu,kini dan selamanya
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
alhamdulillah aku dah kawin..hehehe..cun dari segi akhlak dan agama paling penting..baru hidup aman sejahtera
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
alhamdulillah semua orang hendak jadi begitukan moga kekal hendaknya selalu amin
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
semua orang mahukan kebahagiaan dan kekal ke akhir hayat dan berharap agar pasangan kita dapat memimpin tangan menuju jannah kan….
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
pasangan yang terbaik sememangnya pasangan yang sentiasa fikir dan lakukan untuk hari akhirat bukan hanya kebahagiaan di dunia semata 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
jagalah pasangan dengan sebaik mampu kerana dia adalah pakaian kita pada pandangan umum dan keluarga terdekat
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
kadang kala kita manusia pelupa dan terlalu ikut dengan gaya duniawi sehinggakan pemakaian tidak menepati etika muslimah… harap kita selalu ingat dalam pemakaian…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
setuju. definisi cun tu banyak cabangnya. antaranya dai segi fizikal, muka dan cara pemakaian. muka yang cun perlulah seiring dengan pemakaian yang cun dari segi agama. kalau terdedah sana-sini pon tak cun jugak kann
amat bermakna sekali kata kata ini dan ia sesungguhnya benar jika pasangan nampk sempurna dan berbahagia maka berbahagialah insan di sekeliling yang memandang
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
satu istimewanya bila dapat pasangan yang sedap mata melihat redup mata kerana imannya. rasa bahagia dan aman selalu
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
sedap mata memandang semua orang nak kan… kalau tak dapat pun tak apa asal sedap tutur kata bahasa pekertinya… Allhamdulillah
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
sedap mata memandang, elok tutur bahasa, baik budi pekerti pon dah dikira cun tu.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
yang penting sentiasa sama sama untuk membahagiakan serta menghargai pasangannya itu,alangkah bertuahnya kan
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
syukurlah atas nikmatnya kerana tidak semua orang dapat seperti apa yang kita dapatkan untuk hari ini.alhamdulillah
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
setuju… setiap apa yang Allah jodohkan pada kita ada rahmahnya…. walaupun susah senang baik buruk terima lah dengan rasa syukur… in sya Allah tenang…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
Allhamdulillah… semoga rumahtangga saudara diberkati dan kekal hingga ke jannah… jangan duk main mata ngan awek cun lak… hehe
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
Ciri no 1 tu memang yg asas. Agama itu tiang kehidupan. Jadi panduan hidup. Kalau tiada pegangan agama,macam mana nak jalani kehidupan ni kann. Apatah lagi nak berdua. Memang kucar kacir jadinya
kawin untuk setia dan cari pahala bukan untuk sementara waktu bila mula suka sudah lama semua hambar
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
ramai tekankan akan agama kalau tak ada agama payah juga bina anak-anak masa hadapan nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
banyak perkara yang perlu perhatikan kalau boleh terus belajar dan belajar sahaja tanpa rasa jemu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
jika masa bercinta semua boleh buat masakan masa bersama semua mula indahkan cuba ubah pada lebih baik
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
sekarang semua hanya ada pada gadget pintar kalau silap guna semua yang biina boleh jadi musnah sekelip mata
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
ayuh ikut sunnag baginda dan isterinya semua menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan sepenuh jiwa
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
manisnya wanita isteri yang bertudung hampir kebanyakan dari kita amat meyukai calon isteri yang begini
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
mencari isteri bukan mudahkan semua perlukan masa kesakitan dan kesabaran utnuk benar jadi peneman kala tua
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
rasanya bukan sahaja calon gadis cari sekarang masih ada antara gadis sukar memilih takut cari calon suami rata-rata takut dengan pengalaman dulu.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
pengalaman dahulu memang memberi kesan bagi mereka yang tidak dapat menerima dengan redha… harap apa yang berlaku lepas mematangkan kita untuk membuat kepuusan memilih seterusnya… istikharah selalu dilaksanakan untuk mendapat keputusan terbaik…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
banyak juga kisah kisah yang kita dengar sekarang,masa mula mula sooo sweet,.bila dah lama ohh masam nya,.kasihan pada pasangan yang di zalimi seperti ini pasti hancur hatinya
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
semua harus ada dalam garis tetapkan dalam agama islam cuma kita rajin sabar mencarinya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
banyak anak-anak menjadi begitu kerana kurangnya agama dalam keluarga terkadang bukan salah ibu bapa juga sebab kawan pun boleh jadi
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
pendidikan memang bermula dari rumah… tidak kurang hebatnya dengan luar rumah. harap anak-anak kita kuat zahir dan batinnya mengatasi pancaroba dunia…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
dan yang paling asalah adalah apabila gagal mengawal nafsu dalam diri,dan ini lah punca yang sebenar benarnya bukan salah family,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.
sekarang semua orang sudah pandai menilai… paling utama agama. kalau ia tidak dapat dimiliki didik dan asuh lah pasangan itu…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
betul. tapi nak mencari biarlah yang sekufu. jangan nak yang taraf agama pasangan tinggi tapi asas agama sendiri pon dah nak tumbang. tak adil macam tu. biar la sama-sama belajar memantapkan asas agama masing-masing.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
ada benarnya,rupa bukan lah segalanya kan,jika cantik tp budi pekerti tiada,xreti buat bnyk perkara mkna nya xpndai bdikari xboleh juga kan..xkisah xcantik asal perfect di hati kita,kecantikan luaran hanya bonus sahaja
Curahan rasa ohpilihanku @ ..8 Penyakit Akibat Marah-Marah.
Kata orang putih, dont judge a book by its cover. Betul sangatlah tu.
tidak semua perlu bagus cukup sederhana dan terus belajar apa kita kurang tahu kita wajib tahu sentiasa baiki diri
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
setuju… kecantikan luaran bonus sahaja… tak semestinya tak cantik rupanya, tak cantik hatinya… walaupun pasangan kita tak sedap mata memandag tapi kalau hatinya cantik ia secara automatinya akan cantik dari pandangan…
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE
Comments are closed.