Awek Cun Idaman Kalbu

Spread the love

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, kali ini penulis undangan yang menghiasi ruangan penulis undangan di Denaihati.com ialah bloggerlelaki.com. Jom kita baca coretan hati beliau mengenai ‘Awek Cun Idaman Kalbu

Ketika aku baru mula mengenali cinta. Tidak banyak perkara tentang cinta yang aku faham. Apa yang utama terlintas didalam fikiran aku adalah awek cun idaman kalbu untuk dijadikan teman wanita.

Memang benar bait kata dalam lagu Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip

” Jangan kau pandang, Wajah yang indah, Kerna dia bisa meracunmu”.

Ketika pertama kali aku kenal cinta, aku telah disuntik racun keasyikan dunia percintaan.

gambar awek cun idaman kalbu

Bagi aku yang pertama kali kenal cinta, sungguh aku jakun. Aku seakan disihir oleh bibir merahnya. Aku mengikut sahaja apa yang dia inginkan. Boleh dikatakan aku banyak berhabis duit untuk si dia, cintalah kononnya. Benda yang paling mahal aku belikan untuk dia adalah telefon bimbit. Pujuk rayu dia membuat aku cair, lebur habis duit aku.

Padahal aku ini bukanlah anak orang kaya. Cuma kerja biasa-biasa sahaja. Tetapi sanggup dia kikis duit aku, licin dicukur oleh si dia yang aku sayang ketat-ketat. Bukan aku nak berkira, tetapi pernah aku sampai kering poket, duit gaji habis sebelum cukup bulan, terpaksa pula aku pinjam duit daripada kawan aku.

Ketahui Sikap Sebenar Pasangan Anda!

Terpaksa aku makan meggi disebabkan awek cun punya pasal. Sebabnya nak belanja awek cun tadi tengok wayang dan bawa dia jalan-jalan. Nak buat buah hati gembiralah kononnya barulah romantik. Dalam pada masa yang sama aku pula yang menderita.

Awek Cun Idaman Kalbu

Aku yang semakin lama semakin serabut, mulai tersedar selepas emak aku berleter, selama ini si dia cuma ingin menpergunakan aku. Cinta yang aku tabur tak bernilai buat dirinya. Hanya duit aku sahaja yang dia sayang. Hampir 6 bulan bercinta, selepas itu hubungan kami putus. Semenjak itu aku mulai mengerti akan ciri-ciri awek cun yang sebenar.

Ciri-ciri Awek Cun Idaman Kalbu

1. Berpegang teguh pada agama.

Ini memang ada disebutkan dalam hadis. Jadi kriteria ini memang patut kita ikut, jangan kelabu mata cuma dengan kecantikan luaran sahaja. Cantik itu takkan kekal lama, bunga yang mekar akan layu jua akhirnya.

2. Awek yang setia, susah senang dihadapi bersama.

Alam perkahwinan lebih mencabar daripada alam percintaan. Awek yang setia akan selalu disayangi lelaki. Kesetiaan amat penting di dalam perhubungan, tiada kesetiaan runtuhlah ia.

3. Rajin masak walaupun dia bukannya pandai sangat masak (goreng ikan pun boleh hangit) tapi dia rajin masak.

Dan dia mencuba untuk belajar masak masakan kegemaran suami. Sebab air tangan isteri lebih berkat dibuat hidangan si suami mengalas perut.

4. Pembersih, awek yang cun mestilah bersih bukan.

Takkan orang lelaki nak cari awek yang pengotor. Ini penting sebab nanti bila sudah berkahwin, rumah akan selalu kemas dan teratur, baru tenang hati suami bila balik ke rumah.

5. Tidak mengambil kesempatan.

Jika nak jadi awek cun cintailah dan sayangilah lelaki seadanya. Bukannya cinta disebabkan harta atau untuk dipergunakan. Awek seperti inilah akan buat ramai lelaki diluar sana serik untuk bercinta.

Awek Cun Idaman Kalbu

Nasihat aku kepada mereka yang baru hendak mengenali dunia cinta. Jangan terpedaya dengan paras rupa yang cantik semata-mata. Kecantikan awek cun tidak semestinya akan membawa bahagia, mungkin mengundang padah. Bukan niat aku hendak menakut-nakutkan lelaki diluar sana, tetapi beringatlah selalu.

[box type=”shadow”](Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. – Surah An Nur ayat 26 [/box]


Spread the love

489 Comments

    1. Tak tahu boleh belajar, tak faham boleh bertanya.. semuanya bergantung kepada kehendak diri.. hendak seribu daya, tak denhak seribu dalih..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!