Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali terakhir menulis cerita Arsenal ketika Arsenal menewaskan Hull City 2 – 0 kira-kira dua bulan yang lepas. Bukan kerana aku sudah melupakan Arsenal tetapi tidak mahu kelihatan mendabik dada apabila pasukan kesayangan sedang bertahta di puncak liga. Menulis ketika pasukan diasak dikutuk kerana dibelasah lawan lebih bermakna daripada bermegah dengan kemenangan. Bukan senang nak bersama dengan pasukan yang sedang kalah seperti beberapa sahabat aku penyokong setia Manchester United yang sudah jemu dengan kisah kegagalan MU musim ini.
BPL musim 2013/14 adalah musim yang paling menarik sepanjang aku menjadi peminat setia Arsenal. Ada yang tanya sejak bila aku jadi peminat setia Arsenal … jawabnya sejak menulis blog Denaihati. Sehingga perlawanan minggu ke 24 perlumbaan liga tempat di atas dan di bawah masih bersaing hebat. Perbezaan mata empat pasukan di atas hanya 7 mata dan perbezaan 10 pasukan di bawah hanya 6 mata. Setiap minggu ada sahaja perubahan kedudukan setiap pasukan untuk yang menjadikan persaingan BPL 2013/14 sangat menarik. Pada pendapat aku kejuaraan BPL musim ini akan ditentukan oleh lima pasukan di atas yang tidak tewas kepada sepuluh pasukan di bawah. Maknanya kalau ada pasukan besar tercicir mata kerana tewas kepada pasukan lemah maka peluang pasukan tersebut untuk menjuari BPL adalah nipis.
[box type=”shadow”]
Keputusan Perlawanan Arsenal yang lepas
Arsenal 1 – 1 Everton
Manchester City 6 – 3 Arsenal
Arsenal 0 – 0 Chelsea
West Ham 1 – 3 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
Arsenal 2 – 0 Cardiff City
Aston Villa 1 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Fulham
Southampton 2 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Coventry (FA Cup Pusingan ke 4)
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
[/box]
Februari adalah bulan yang paling mencabar kepada Arsenal. Jadual perlawanan Arsenal bulan Februari bermula 8/3/14, 8.45 pm waktu Malaysia menentang Liverpool di Anfield, kemudian di Emirates 13/2/14, 3.45 am menerima kedatangan Manchester United, 16/2/14, 3.45 am sekali menentang Liverpool untuk FA Cup pusingan ke 5, pada 20/2/14, 3.45 am menentang Bayern Munich untuk Champions League dan pada 22/2/14, 11.00 pm menentang pasukan yang semakin menganas Sunderland. Semuga tiada pemain utama yang tercedera untuk mengharungi perlawanan penting selang beberapa hari sahaja. (Macam manalah diaorang buat jadual ni!!!)
[box type=”shadow”]Keputusan Liverpool vs Arsenal : 5 – 0 [/box]
Bagi aku fokus paling utama Arsene Wenger adalah menewaskan Liverpool, Manchester United dan Sunderland untuk kekal ditahta BPL. Menewaskan Liverpool untuk FA Cup dan Bayern Munich untuk Champions League hanya bonus sahaja. Dalam perlawanan yang kritikal seperti ini sudah pasti Arsenal tidak boleh menang semua dengan mengorbankan pemain yang sama untuk bermain semua perlawanan kerana musim masih panjang lagi. Kecederaan pemain utama sudah pasti akan menganggu rentak kejuaraan yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Arsenal mempunyai gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda yang mantap sudah pasti dapat mengharungi semua perlawanan dengan kemenangan … Go Go Go Gunners teruskan meluaskan jajahan di tahta BPL 2013/14.
Live Keputusan Liverpool vs Arsenal @ Twitter
50 Comments
Wahhh cantik sangat jersinya…kalau dapat satu ni memang best..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Pengalaman Pertama Datang Kuala Lumpur
cerita semalam , apa boleh buat bola itu bulat heeh
Curahan rasa onlajer @ ..Merebut Perolehan Kerajaan
Sayang banget Arsenal Kemarin dibantai Liverpool 5-1 ,,, Memang cedera Pemain sangat bergantung pada TIM ,tapi saya yakin kepada Pelatih Wenger bisa meracik Tim Kuat ini dengan baik….
Curahan rasa Aully @ ..Mutiara 6 Talenta Timnas U-19 yang Tersembunyi.
#coyg. Go go go gunners!
Curahan rasa chot @ ..Nasi Lemak Selasa
semalam penuh wall FB citer pasal bola.. ehheeee
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Santai Bersama Keluarga Blogger Putrajaya
hoho..dah kalah plak semalam..
Curahan rasa titan @ ..7 Sebab Yeo’s Pilihan Semulajadiku
Moga kekalahan kali ini dapat menjadi spirit bagi The Gunners
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Elvira Devinamira – Putri Indonesia 2014
Adehh apa dah jadi sama Arsenal? Tak sanggup kawe nak komen sbb kawe pun harapkan Arsenal kalahkan LFC.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 And MSMW
Arsenal saje kasi peluang kat Liverpool malam tadi kot?
Apapun, Manu selamanya =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Yeo’s LoveMark!
Nasib tak menyebelahi . Perjalanan masih panjang.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Dengan hanya enam puluh saat
Sementara ini kedudukan terakhir Chelsea berada di puncak klasemen
Curahan rasa Ferry @ ..Penerimaan Pendaftaran CPNS 2014
terkejut juga dengan keputusan ini
ini menjadikan persaingan kejuaraan BPL lebih menarik!
Curahan rasa cikgu naman @ ..2 Hari Lagi Undian di MSMW2014 Berakhir
apakah ini tandanya selepas ni arsenal bakal sukar utk catat kemenangan?
menarik utk kita saksikan
Curahan rasa hafizmd @ ..Yeo’s LoveMark!
hehehehe..nampaknya tak mampo lah tuan….chelsea on the top league sekarang yaw….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Tempat Menarik di Putrajaya
Bro musim ni on the top kejap je nanti MC take over kemudian Arsenal take over pulak …. Tak kan tak biasa pulak.
Teruk game arsenal malam ni…
Curahan rasa daddydee @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 – Buang Masa Secara Ilmiah
demam bolasepak dah nak mula….
Curahan rasa kelipkelip @ ..3 Langkah Mengasah Imaginasi Untuk Mencapai Kejayaan
nak mengekalkan kedudukan teratas memang susah , semoga Arsenal berjaya mengharunginya…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..Keperluan Sebelum ke Pulau Pangkor
Comments are closed.