Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali terakhir menulis cerita Arsenal ketika Arsenal menewaskan Hull City 2 – 0 kira-kira dua bulan yang lepas. Bukan kerana aku sudah melupakan Arsenal tetapi tidak mahu kelihatan mendabik dada apabila pasukan kesayangan sedang bertahta di puncak liga. Menulis ketika pasukan diasak dikutuk kerana dibelasah lawan lebih bermakna daripada bermegah dengan kemenangan. Bukan senang nak bersama dengan pasukan yang sedang kalah seperti beberapa sahabat aku penyokong setia Manchester United yang sudah jemu dengan kisah kegagalan MU musim ini.
BPL musim 2013/14 adalah musim yang paling menarik sepanjang aku menjadi peminat setia Arsenal. Ada yang tanya sejak bila aku jadi peminat setia Arsenal … jawabnya sejak menulis blog Denaihati. Sehingga perlawanan minggu ke 24 perlumbaan liga tempat di atas dan di bawah masih bersaing hebat. Perbezaan mata empat pasukan di atas hanya 7 mata dan perbezaan 10 pasukan di bawah hanya 6 mata. Setiap minggu ada sahaja perubahan kedudukan setiap pasukan untuk yang menjadikan persaingan BPL 2013/14 sangat menarik. Pada pendapat aku kejuaraan BPL musim ini akan ditentukan oleh lima pasukan di atas yang tidak tewas kepada sepuluh pasukan di bawah. Maknanya kalau ada pasukan besar tercicir mata kerana tewas kepada pasukan lemah maka peluang pasukan tersebut untuk menjuari BPL adalah nipis.
[box type=”shadow”]
Keputusan Perlawanan Arsenal yang lepas
Arsenal 1 – 1 Everton
Manchester City 6 – 3 Arsenal
Arsenal 0 – 0 Chelsea
West Ham 1 – 3 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
Arsenal 2 – 0 Cardiff City
Aston Villa 1 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Fulham
Southampton 2 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Coventry (FA Cup Pusingan ke 4)
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
[/box]
Februari adalah bulan yang paling mencabar kepada Arsenal. Jadual perlawanan Arsenal bulan Februari bermula 8/3/14, 8.45 pm waktu Malaysia menentang Liverpool di Anfield, kemudian di Emirates 13/2/14, 3.45 am menerima kedatangan Manchester United, 16/2/14, 3.45 am sekali menentang Liverpool untuk FA Cup pusingan ke 5, pada 20/2/14, 3.45 am menentang Bayern Munich untuk Champions League dan pada 22/2/14, 11.00 pm menentang pasukan yang semakin menganas Sunderland. Semuga tiada pemain utama yang tercedera untuk mengharungi perlawanan penting selang beberapa hari sahaja. (Macam manalah diaorang buat jadual ni!!!)
[box type=”shadow”]Keputusan Liverpool vs Arsenal : 5 – 0 [/box]
Bagi aku fokus paling utama Arsene Wenger adalah menewaskan Liverpool, Manchester United dan Sunderland untuk kekal ditahta BPL. Menewaskan Liverpool untuk FA Cup dan Bayern Munich untuk Champions League hanya bonus sahaja. Dalam perlawanan yang kritikal seperti ini sudah pasti Arsenal tidak boleh menang semua dengan mengorbankan pemain yang sama untuk bermain semua perlawanan kerana musim masih panjang lagi. Kecederaan pemain utama sudah pasti akan menganggu rentak kejuaraan yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Arsenal mempunyai gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda yang mantap sudah pasti dapat mengharungi semua perlawanan dengan kemenangan … Go Go Go Gunners teruskan meluaskan jajahan di tahta BPL 2013/14.
Live Keputusan Liverpool vs Arsenal @ Twitter
50 Comments
fyna sokong mana yang menang je. boleh tak? hehe..
Curahan rasa fyna @ ..By: fyna
Untuk kekal berada di atas bukan mudah. Walaupun City & Chelsea nampak lebih kuat skuad mereka
Curahan rasa Que @ ..Terkini : Senarai Lengkap Perpindahan Pemain EPL Bulan Januari 2014
wa harap arsenal kalah dgn liverpool bukan ekrana wa minat liverpool tapi wa nak chelsea naik atas..hahaha
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Rancang Percutian Bajet ke Bali Indonesia
Cantik jersi puma arsenal ni
Curahan rasa hafiz @ ..Yuran taska dinaikkan
Bt yg layan tu jgn terlajak tdo sudah la
Perlawanan yang pasti.menjadi tumpuan malam ini…semoga Liverpool beroleh kemenangan….
Curahan rasa Doctor Blogger @ ..Bahaya Asap Rokok
Target BR untuk top 4 ialah pada tahun hadapan…tp tahun ini liverpool sudah mengekalkan rentak yang baik..semoga liverpool dapat memberikan saingan hebat kepada Arsenal…..
Baru tahu jersi Arsenal guna puma tahun ni, jersi ketiga tu nampak stylo terutama belah kanan.
Arsenal merupakan kandidat kuat juaranya… Saya dulu senang sekali dengan Arsenal
Curahan rasa Kamera Terbaru @ ..Kamera Samsung NX2000 Spesifikasi dan Harga
Lverpool tidak mgharap juara. Tp top 4 spot mmg idaman
Curahan rasa sohoque @ ..Mengapa Yeo’s Menjadi Pilihanku
Menurut saya, Arsenal adalah kandidat kuat juara BPL musim ini
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persijap vs Persib ISL 2014
Apalagi jika berhasil menang lawan Liverpool di Anfield
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persijap vs Persib ISL 2014
ada ramai peminat Arsenal termasuk kat tempat kerja saya yang lama..fanatiknya mereka bukan setakat guna jersi sebaliknya dengan kata-kata semangat yang tak putus di mulut..ketika berjumpa peminat MU atau Liverpool
Curahan rasa kakiblog @ ..5 Panduan Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah
kito monang yo! kito monang yo! hehe
Curahan rasa Zuan @ ..Disebalik Lensa Hazman Fadzil
seri-seri dah la ye. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 100
dua-dua nak menang untuk buktikan sesuatu..semoga berjaya 🙂
Comments are closed.