Calon Penganti Sir Alex Ferguson

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang berdebar untuk Arsenal Fan menunggu dua perlawanan bakil BPL 2012/13. Kejayaan Arsenal dengan jaringan pantas pada minit ke 20 saat oleh Walcott berjaya menewaskan QPR 1 – 0 sangat mengembirakan semua peminat Arsenal. Kemenangan Tottenham menewaskan Southampton dan kejayaan Chelsea menewaskan Manchester United menambahkan kerancakan saingan BPL untuk menentukan kedudukan top 4 bagi melayakan diri ke Champions League 2013/14.

Arsenal mempunyai baki dua perlawanan menentang Wigan dan Newcastle buka tugas yang mudah kerana kedua-dua kelab sedang bersaing untuk tidak tersingkir dari BPL 2013/14. Baki perlawanan Tottenham pula akan menentang Chelsea, Stoke dan Sunderland manakala baki perlawanan Chelsea akan menentang Tottenham, Aston Villa dan Everton. Chelsea mempunyai jalan yang sukar selain akan bermain final untuk Europe League tetapi bola itu bulat, macam-macam boleh jadi.

Minggu ini ramai penganalisa sukan menjangkakan Jose Mourinho yang terkenal dengan gelaran The Special One akan kembali mengendali Chelsea mengantikan Rafeal Benitez. Pengumuman Sir Alex Ferguson untuk bersara sebagai Pengurus Old Trafford pada hujung musim ini mengejudkan ramai peminat Manchester United dan nama The Special One antara yang disebut sebagai calon penganti Sir Alex. Calon lain yang disebut-sebut akan mengantikan Sir Alex Ferguson mengurus Old Trafford adalah David Moyes pengurus Everton yang akan tamat kontrak hujung musim ini dan Jurgen Klopp pengurus Borussia Dortmund.

Sir-Alex-Fergusan

Kerjaya Sir Alex Fergusan sebagai pemain bermula sebagai pemain amatur pada usia 16 tahun di QPR dan mengakhir kerjaya sebagai pemain pada tahun 1974 di kelab Ayr United. Pada 1974 Sir Alex memulakan kerjaya sebagai pengurus di kelab East Stirlingshire kemudian berpindah ke St Mirren. Pada tahun 1978 beliau telah berpindah ke Aberdeen. Sir Alex Ferguson mula kerjaya sebagai pengurus Manchester United pada tahun 1986. Bersama MU, Sir Alex telah berjaya mencipta berbagai kejayaan dan melahirkan ramai superstar dunia.

Ketegasan, karisma dan daya kepimpinan yang tinggi Sir Alex Fergusan adalah kunci kejayaan beliau membawa Manchester United menjadi kelab bola sepak yang berjaya di dunia yang mempunyai peminat di seluruh dunia.

Untuk peminat Manchester United, SIAPAKAN CALON PENGURUS YANG PALING LAYAK MENGANTIKAN SIR ALEX FERGUSON??


Spread the love

159 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!