Anwar mengecewakan harapan rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sah sudah Tan Sri Khalid Ibrahim yang dahulu di anggap bintang dalam PKR sudah di pecat keahlian tetapi masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagai ADUN Bebas DUN Pelabuhan Kelang. Satu keputusan yang sudah dijangka kerana melawan Anwar Ibrahim menentang kejahilan politik dan budaya neopotisme dan kronisme. Diawal reformasi selogan menentang neopotisme dan kronisme sangat kuat dialun oleh Pakatan Rakyat tetapi itulah darah daging dalam dua parti terbesar selain PAS. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang sangat tegas pendirian kali ini, tidak terikut dengan penyelewengan ideologi Pakatan Rakyat.

khalid ibrahim menteri besar selangor

Penilaian kejayaan dalam politik tidak sama dari sudut pandang mata rakyat dan pengamal politik. Rakyat merasakan kepimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya apabila berjaya mengekalkan Pakatan Rakyat kali kedua dengan jumlah kerusi yang lebih besar pada PRU13 dan rekod kewangan yang sangat cemerlang seperti diwar-warkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Paling ketara masjid dan surau di Selangor sangat aktif tak kira di bandar atau di kampung cuma dicacatkan dengan lebih banyak rumah urut dibina sehinggalah ke bandar-bandar kecil.

Pemimpin politik pulak mempunyai penilaian yang berbeza dengan kuasa politik berapa banyak dana politik yang dapat dikumpul dan berapa ramai kontraktor politik mendapat manafaat walaupun tidak mempunya kelayakan. Dari risikan dalam pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana Khalid Ibrahim terlalu mengikut peraturan sehingga polisinya tidak memberi manafaat kepada kroni-kroni politik Pakatan Rakyat walaupun ianya memberi banyak manafaat kepada rakyat Selangor. Segala kecurangan Khalid Ibrahim segaja direka bagi menunjukkan kejahatan walaupun hakikinya dengan pentadbiran Khalid lah kuasa Pakatan Rakyat dapat dilebarkan di Selangor.

Anwar-Wan-Azizah-Khalid-atas-bas-PKR

Aku memang tidak mempercayai lagi Ketua Umum PKR semenjak aku berpeluang bersama pasukan yang merawat Anwar Ibrahim semasa krontroversi kes Arsenik. Ahli politik berbagai wajah yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memanipulasi kebijakan berpidato untuk menggunakan pemimpin disekelilingnya menghipnosis pemikiran rakyat yang sememangnya ketika itu kecewa dengan ketegasan Tun Dr. Mahathir.

Kepada penganalisa politik pasti biasa mendengan perkataan Si Kitol yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir di dalam beberapa ucapan sebelum beliau menyingkir Anwar Ibrahim dari kerajaan. Rakyat tidak percaya pada Mahathir tetapi lebih percayakan kepada Si Kitol nama yang diangkat sebagai pembelot semasa Portugis menakluk empayar Melaka. Setelah lebih 16 tahun berlalu kini wajah Si Kitol semakin jelas kelihatan kerana itu mungkin ALLAH tidak memberi jalan yang mudah untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

keputusan rasmi PRK DUN Kajang

Ada yang kata apa salahnya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan DUN Kajang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Cuba kita perhatikan bagaimana dua jawatan tersebut disandang oleh Wan Azizah dengan strategi licik Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasan keluarga dalam parti. Anwar telah mencalonkan diri sebagai calon presiden bersama Wan Azizah untuk mengelakkan pemimpin PKR lain bertanding dan akhirnya beliau menarik diri begitu juga pecalonan DUN Kajang walaupun sebenarnya beliau sudah tahu apa kesudahan kes makamah. “Langkah Kajang” bukan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarga untuk terus bertahta dalam politik Malaysia walaupun sudah mungkir janji untuk bersara setelah tewas pada PRU13.

Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak mengecewakan harapan rakyat dengan janji manis setiap kali berpidato di ceruk kampung dan bandar. Kekadang ada juga betulnya seorang yang terlalu pandai berpidato belum tentu pandai mentadbir. Kali ini rakyat pasti tidak akan tunduk seperti lembu kena cucuk seperti 16 tahun yang lalu. Bangsa Melayu adalah ibarat wangian yang hilang yang akan kembali berdiri tegak apabila dikotak katikkan oleh Si Kitol.

#SaveSelangor

Nota : Tulisan ini ada pendapat peribadi bukan untuk mempengaruhi sesiapa dan anda bebas untuk mengkritik asalkan tidak mengunakan bahasa lucah dan kasar.


Spread the love

142 Comments

  1. Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya tak puas hati dengan TSKI, tmemecat beliau dengan alasan tak menghormati keputusan parti adalah satu tindakan yang kurang bijak. Rakyat Selangor , sama ada sokong BN atau pakatan , bagi saya dah boleh menilai kepimpinan yang bagus, tanpa mengira latar belakang parti. Sekarang TSKI adalah pilihan rakyat. Apapun tentu ada kejutan dari Sultan Selangor nanti, tentu wujud kerajaan campuran di Selangor.
    Curahan rasa Faiz Saaid @ ..Omega Guard Merawat Demam dan Selsema ?My Profile

  2. Dah lama nampak politik si Dia lebih berunsurkan politik peribadi.. sejak zaman kejatuhannya.. lidahnya Suka menyebabkan org berpecah belah. Berhimpun merusuh mmg dia suka. Buat roadshow kutuk mngutuk bagi mempertahankan diri sendiri. Sekarang lagi jelas nyata… kpkr adalah parti keluarganya.. misi : mempertahankan namanya dan seterusnya menjulangnya sebagai perdana menteri… Agak2nya kalau dia jadi Perdana Menteri apa akan jadi???? Tergadai kah tanah air kita ni??? Mungkinkah Allah menyukarkan perjalanan impiannya itu kerana niatnya…..wallahualam…
    Curahan rasa Dieyna @ ..Diabetes Gestasi semasa hamilMy Profile

  3. sbnrnya saya sendiri semasa sebelum kes isu isu nak pecat ni, dah mula sukakan khalid ini sebelum itu kerana kepimpinan mentadbir, tetapi apabila mencalonkan wan azizah, terasa tertanya didalam hati adalah wan azizah mampu melaksanakan tugas seperti khalid? malah tidak diragukan khalid terbaik berbanding MB sebelum sebelum ini
    Curahan rasa myrujukan @ ..Kempen Boikot Barangan Israel MeningkatMy Profile

  4. Minggu-minggu selepas ini akan menguji kematangan dan percaturan politik di Selangor. Selepas memecat TSKI, langkah yang wajib dilaksanakan oleh si Kitol dan kuncu2nya adalah memanggil persidangan dewan bagi usul undi tidak percaya pada MB. Ya lah sudah pecat, takkan nak biar TSKI terus jadi MB kan?

    Di sini tumpuan akan diberikan pada Sultan Selangor dalam menyelesaikan krisis. Adakah Sultan akan membubarkan DUN atau menuruti jejak Sultan Perak yang melihat pada siapa yang punyai majoriti dalam Dewan. Lebih complicated dari Perak, lantaran dari keengganan PAS menerima Wan Azizah sbg MB.

    Kita sebagai rakyat akan terus dihidangkan wayang percuma ini. Orang sibuk bangunkan negara, kita sibuk berpolitik tak sudah2. Mungkin dah tiba masanya si Kitol tinggal secara tetap di penjara Kajang tu. Bosan lah politik dia..
    Curahan rasa Ismail N @ ..Marvelous New Marvel Universe Movie : Guardians of the GalaxyMy Profile

  5. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Semoga yang terbaik akan Allah berikan. Saya respect Tan Sri Khalid dengan banyak perubahan positif yang dilakukan dan kehebatan beliau mentadbir negeri Selangor.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!