Malaysia Perjuangan Belum Selesai

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 16/9/13 genaplah ulangtahun penubuhan Malaysia ke 50 setelah merdeka selama 56 tahun. Aku suka duduk dengan mereka yang sezaman dengan zaman perjuangan kemerdekaan yang tinggal beberapa orang sahaja antaranya abah dan bapak mertua. Mendengar kisah susah payah mereka di zaman Penjajah, zaman Jepun dan zaman Bintang Tiga sangat menginsafkan aku kerana dengan mengorbanan merekalah kita menikmati kemerdekaan. Mereka sangat menghargai erti sebuah kemerdekaan dan keamanan yg dinikmati setelah merasai kepahitan dijajah dan disiksa oleh penjajah.

Sekarang kita hidup mewah dengan subsidi, kita hidup aman damai sehingga boleh berdemo, kita hidup bebas sehingga boleh berpecah belah kerana perbezaan pendapat dan kita hidup selesa sehingga tak boleh kalau tidak ditolong oleh kerajaan. Kekadang kita terlupa semua ini atas pergorbanan perjuangan wira-wira negara.

Tarikh-Hari-Malaysia

Cuba tanya diri kita apakah sumbangan kita pada Malaysia yang telah memberi berbagai subsidi kepada kita?? Lihat para sahabat berjuang harta benda, tenaga dan nyawa untuk agama dan negara bukankan itu pertunjuk bahawa kita juga mesti bertindak yang sama … keamanan, kedamaian, kekayaan tidak akan kekal abadi tanpa perjuangan …..

Jangan kita rasa selesa kerana perjuangan kita tidak akan pernah selesai … di saat kita merasa selesa di ketika itulah bermulanya keruntuhan sebuah kemerdekaan …

Jangan kita sibuk bertanya apa sumbangan orang lain kepada Agama dan Negara tetapi tanyalah apa sumbangan kita walaupun sekecil apa …

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)



Spread the love

33 Comments

  1. Apapun yang terjadi, berbaktilah kepada negara dengan cara yang terbaik.
    Tun Mahathir telah banyak membantu kita semua. Sebelum ini ramai yang suka menyangkal apa sahaja tindakan beliau. Akhirnya sedikit demi sedikit apa yang pernah dinyatakan terungkai. Sememangnya wan suka pada cara Tun.
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!