Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sah sudah Tan Sri Khalid Ibrahim yang dahulu di anggap bintang dalam PKR sudah di pecat keahlian tetapi masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagai ADUN Bebas DUN Pelabuhan Kelang. Satu keputusan yang sudah dijangka kerana melawan Anwar Ibrahim menentang kejahilan politik dan budaya neopotisme dan kronisme. Diawal reformasi selogan menentang neopotisme dan kronisme sangat kuat dialun oleh Pakatan Rakyat tetapi itulah darah daging dalam dua parti terbesar selain PAS. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang sangat tegas pendirian kali ini, tidak terikut dengan penyelewengan ideologi Pakatan Rakyat.
Penilaian kejayaan dalam politik tidak sama dari sudut pandang mata rakyat dan pengamal politik. Rakyat merasakan kepimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya apabila berjaya mengekalkan Pakatan Rakyat kali kedua dengan jumlah kerusi yang lebih besar pada PRU13 dan rekod kewangan yang sangat cemerlang seperti diwar-warkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Paling ketara masjid dan surau di Selangor sangat aktif tak kira di bandar atau di kampung cuma dicacatkan dengan lebih banyak rumah urut dibina sehinggalah ke bandar-bandar kecil.
Pemimpin politik pulak mempunyai penilaian yang berbeza dengan kuasa politik berapa banyak dana politik yang dapat dikumpul dan berapa ramai kontraktor politik mendapat manafaat walaupun tidak mempunya kelayakan. Dari risikan dalam pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana Khalid Ibrahim terlalu mengikut peraturan sehingga polisinya tidak memberi manafaat kepada kroni-kroni politik Pakatan Rakyat walaupun ianya memberi banyak manafaat kepada rakyat Selangor. Segala kecurangan Khalid Ibrahim segaja direka bagi menunjukkan kejahatan walaupun hakikinya dengan pentadbiran Khalid lah kuasa Pakatan Rakyat dapat dilebarkan di Selangor.
Aku memang tidak mempercayai lagi Ketua Umum PKR semenjak aku berpeluang bersama pasukan yang merawat Anwar Ibrahim semasa krontroversi kes Arsenik. Ahli politik berbagai wajah yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memanipulasi kebijakan berpidato untuk menggunakan pemimpin disekelilingnya menghipnosis pemikiran rakyat yang sememangnya ketika itu kecewa dengan ketegasan Tun Dr. Mahathir.
Kepada penganalisa politik pasti biasa mendengan perkataan Si Kitol yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir di dalam beberapa ucapan sebelum beliau menyingkir Anwar Ibrahim dari kerajaan. Rakyat tidak percaya pada Mahathir tetapi lebih percayakan kepada Si Kitol nama yang diangkat sebagai pembelot semasa Portugis menakluk empayar Melaka. Setelah lebih 16 tahun berlalu kini wajah Si Kitol semakin jelas kelihatan kerana itu mungkin ALLAH tidak memberi jalan yang mudah untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ada yang kata apa salahnya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan DUN Kajang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Cuba kita perhatikan bagaimana dua jawatan tersebut disandang oleh Wan Azizah dengan strategi licik Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasan keluarga dalam parti. Anwar telah mencalonkan diri sebagai calon presiden bersama Wan Azizah untuk mengelakkan pemimpin PKR lain bertanding dan akhirnya beliau menarik diri begitu juga pecalonan DUN Kajang walaupun sebenarnya beliau sudah tahu apa kesudahan kes makamah. “Langkah Kajang” bukan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarga untuk terus bertahta dalam politik Malaysia walaupun sudah mungkir janji untuk bersara setelah tewas pada PRU13.
Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak mengecewakan harapan rakyat dengan janji manis setiap kali berpidato di ceruk kampung dan bandar. Kekadang ada juga betulnya seorang yang terlalu pandai berpidato belum tentu pandai mentadbir. Kali ini rakyat pasti tidak akan tunduk seperti lembu kena cucuk seperti 16 tahun yang lalu. Bangsa Melayu adalah ibarat wangian yang hilang yang akan kembali berdiri tegak apabila dikotak katikkan oleh Si Kitol.
#SaveSelangor
Nota : Tulisan ini ada pendapat peribadi bukan untuk mempengaruhi sesiapa dan anda bebas untuk mengkritik asalkan tidak mengunakan bahasa lucah dan kasar.
142 Comments
politik memang memeningkan kepala
Curahan rasa ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
Saya setuju. Memang sangat tak setuju jika DSWA jadi MB. Tidak sesuai. TSKI lebih baik. Cuma politik banyak mengamalkan tujuan menghalalkan cara. Wallahualam. Selaku anak negeri Selangor, rasa macam nak tumbuk je DSAI. hahaha
Curahan rasa halif @ ..At least bacalah surat khabar!
walaupun sy bukan orng Selangor tapi saya sokong Dato Khalid
Curahan rasa hafizi @ ..Rugi Ke Beli Permainan Bayi
Susah untuk ‘cari makan’ bila beliau jadi MB sebab tu mahu ditukar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Banyak Tulis Tidak Terbit.
hanya yang mengalami atau terliibat lebih ariff kot….heee.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
hari ini dah jadi kes pecat memecat.
pening dah anwar dibuatnya.
Curahan rasa titan @ ..Nak buat duit dengan affiliate, kena ada trafik banyak ke?
bukan pening lagi, boleh makan diri, kesan besar pada pakatan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
permainan politik banyak tipu helah, apapun manusia jarang lakukan sesuatu tanpa harap apa-apa balasan
Curahan rasa eray @ ..3 Tanda Strok: Sila Baca Khas Untuk Yang Ada Darah Tinggi
betul tu..isu kali ni benar-benar buka mata siapa sebenarnya DSAI..
Sedih bila memikirkan rakyat menyandarkan kepercayaan sepenuhya kpd beliaun ketika pru..
Curahan rasa maria awi @ ..Tips Mudah Hamil
fikirkan yang baik sahajalah untuk mereka.walaupun hati rakyat terlalu risau
Curahan rasa suri @ ..Kaki Korea Letih Masalah Motosikal Skuter Tak Boleh Start Dan Cara Penyelesaiannya
Sekarang Sultan pun sokong Khalid Ibrahim meneruskan tugasnya, agaknya apa pula langkah seterusnya mereka yang amat terdesak ini. Tunggu dan lihat sahajalah kisah yang seterusnya.
Curahan rasa Ezlaila @ ..10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok
Alhamdulillah Sultan dan Rakyat Selangor masih celik mata untuk bezakan baik dan buruk.
Zaman Tuan Khalid Ibrahim.. Selangor kurang sangat isu kontroversi
Ekonomi pun makin subur.
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Cara Kira Waktu Subur Untuk Hamil Tanpa Kalkulator
kurang… bukan hari2 tv3 dok hentam selangor bawah kepimpinan tski ke? then now backup kaw2 tski..
ape maknenye tu kalau musuh kite puji melambung?? bak kate org bijak pandai(allahyarham ustaz fadzil noor “musuh kalau puji, mesti ade yg x kena” ..
Mcm-mcm ..Madu Kelulut
kasihan dengan kisah MB Selangor ini. Semoga Allah mudahkan urusan beliau. ramai lagi rakyar selangor yang sokong beliau. Terusakan usaha murni anda MB Selangor.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Mudahnya Perniagaan Di Internet Terbongkar?
Boleh jadi kita suka sesuatu tetapi buruk untuk kita, boleh jadi juga kita tak suka sesuatu tetapi baik untuk kita. Banyakkan bersabar, kita tak semestinya betul dan tak juga semestinya salah. Asal saja tak jatuh kepada tangan penyamun. Wallahualam.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Suplemen Fitosterol vs Makanan
Betul tu. Semoga ada kabaikan selaps ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Berniaga Dari Rumah
Apa pun yang penting yang terbaik buat rakyat Selaangor.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
Saya mengambil pendekatan untuk tidak menuding jari kepada sesiapa tetapi berpendapat orang kita semakin berpecah belah kerana kuasa.
Curahan rasa Rossaimi @ ..Penggunaan HTTPS Baik Untuk SEO Dan SERP
TSKI banyak membangunkan Selangor
Curahan rasa Nurul @ ..Cara Mudah Buat Spaghetti
Comments are closed.