Antara Iklan Pop-Up Ataupun Tidak

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Perlu ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Baru-baru ini, saya telah ditawarkan kontrak pengiklanan yang agak lumayan oleh sebuah syarikat pengiklanan dari luar negara. Mereka nampaknya agak agresif untuk mendapatkan trafik dari Malaysia untuk rangkaian pengiklanan mereka.

Walaupun bayaran yang diberikan adalah lebih mahal dan biasanya mereka akan bayar on-the-spot bagi setiap kontrak yang telah dipersetujui, saya tetap menolak tawaran mereka disebabkan syarat jenis iklan yang ingin mereka letak, iaitu iklan jenis pop-up/pop-under.

Iklan jenis pop-up ni adalah format lama di mana iklan akan timbul dalam window baru di skrin komputer anda setiap kali anda memasuki laman yang dipasangkan iklan jenis ini.

Iklan jenis pop-under pula adalah format iklan di mana iklan akan terbuka secara automatik pada tab baru atau window baru tetapi tidak terpapar sebagai tab/window utama ketika anda melayari laman web yang dipasangkan iklan jenis ini.

Persamaan untuk kedua-dua jenis ini ialah iklan dilihat lebih efektif pada mata klien/pengiklan kerana bilangan view adalah tinggi. Mana taknya, bagi semua pelawat yang masuk, window/tab baru iklan dah dipaparkan di skrin mereka secara automatik!

Untuk pengguna Blogger/Blogspot, ada beberapa penyedia widget yang curi-curi meletakkan iklan pop-up/pop-under pada blog anda sekiranya anda menggunakan widget mereka. Ini sangatlah merugikan anda kerana penyedia widget tersebut mengambil kesempatan ke atas blog anda untuk menjana pendapatan mereka. Elakkan daripada menggunakan widget sebegini.

Pada saya, iklan pop-up/pop-under ni adalah sesuatu yang menyusahkan pembaca. Saya sendiri benci pada laman web yang menyiarkan iklan sebegini, jadi tak wajar kalau saya siarkan jenis iklan yang sama kepada pembaca saya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan menerima tawaran pengiklanan sebegini?


Spread the love

137 Comments

  1. Salam bro Ariff,

    Bercerita pasal Dan Halevi (dari MobileNobo) ni, saya pun nak share something…=)…saya pun dah ‘berjaya’ dipancing oleh beliau untuk menempatkan beberapa slot banner iklan mobilenobo ke blog saya [1x 728, 1 x 160, 1 x Pop Up]. Tp yg x bestnyer ade 1 pop up yg wajib di pasang. Atas alasan, pihak syarikat tersebut telah menetapkan agar pemasangan pop up adalah penting sebagai sokongan/penanda aras impression trafik yg masuk ke blog kita.

    Disebabkan bayaran yang lumayan, saya pun bersetuju untuk mengikat kontrak bersama beliau. Dah dekat seminggu da pasang banner tuh, payment pon dah dapat, tapi masih belum ade lg suara2 kritikan dari visitor berkenaan pop up tuh…=)…
    Curahan rasa kudin @ ..VIDEO: Nyanyian Shila Amzah Yang Membuatkan Penonton, Juri Di China Terpukau!My Profile

  2. Salam Saudara Ariff. Iklan pop-up sendiri seolah satu gangguan dan”memaksa” readers untuk klik. Ada juga survey telah menyatakan penurunan PV dan UV sehingga 20% akibat pengiklanan keterlaluan seperti pop-up dan sebagainya. Dan ini juga menjejaskan prestasi blog. Mana tidaknya, membuat sponsored post, paid reviews dengan meyediakan refered links dalam kontens juga dihukum oleh big-G di laman pencarian (jika tidak menandakan rel=tag disyorkan).Yang penting seperti saudara Ariff tekankan, readers ke laman kita, persepsi mereka dan experience mereka ketika berkunjung Keselesaan pembaca kita harus diutamakan untuk memberikan lebih impak dalam mutu kualiti blog kita secara keseluruhan.

    Mungkin ada yang akan mengatakan pendirian Saudara Ariff ini seolah “sombong”. Tapi hakikatnya, bukan mereka (pengiklan) yang tanggung, kita sendiri akan menerima kesannya sampai bila2. Terima kasih berkongsi. Harap memberikan panduan berguna untuk pembaca kita. thks Ariff dan DH.
    Curahan rasa irsah @ ..Google Plus Positive Impact For Small Business GrowthMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!