Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Perlu ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….
Baru-baru ini, saya telah ditawarkan kontrak pengiklanan yang agak lumayan oleh sebuah syarikat pengiklanan dari luar negara. Mereka nampaknya agak agresif untuk mendapatkan trafik dari Malaysia untuk rangkaian pengiklanan mereka.
Walaupun bayaran yang diberikan adalah lebih mahal dan biasanya mereka akan bayar on-the-spot bagi setiap kontrak yang telah dipersetujui, saya tetap menolak tawaran mereka disebabkan syarat jenis iklan yang ingin mereka letak, iaitu iklan jenis pop-up/pop-under.
Iklan jenis pop-up ni adalah format lama di mana iklan akan timbul dalam window baru di skrin komputer anda setiap kali anda memasuki laman yang dipasangkan iklan jenis ini.
Iklan jenis pop-under pula adalah format iklan di mana iklan akan terbuka secara automatik pada tab baru atau window baru tetapi tidak terpapar sebagai tab/window utama ketika anda melayari laman web yang dipasangkan iklan jenis ini.
Persamaan untuk kedua-dua jenis ini ialah iklan dilihat lebih efektif pada mata klien/pengiklan kerana bilangan view adalah tinggi. Mana taknya, bagi semua pelawat yang masuk, window/tab baru iklan dah dipaparkan di skrin mereka secara automatik!
Untuk pengguna Blogger/Blogspot, ada beberapa penyedia widget yang curi-curi meletakkan iklan pop-up/pop-under pada blog anda sekiranya anda menggunakan widget mereka. Ini sangatlah merugikan anda kerana penyedia widget tersebut mengambil kesempatan ke atas blog anda untuk menjana pendapatan mereka. Elakkan daripada menggunakan widget sebegini.
Pada saya, iklan pop-up/pop-under ni adalah sesuatu yang menyusahkan pembaca. Saya sendiri benci pada laman web yang menyiarkan iklan sebegini, jadi tak wajar kalau saya siarkan jenis iklan yang sama kepada pembaca saya.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan menerima tawaran pengiklanan sebegini?
137 Comments
Iklan yang seperti ini sangat mengganggu pengunjung kita, takutnya bila tetap dipasang jumlah pengunjung kita akan menurun
Curahan rasa Nurlaila @ ..Resep Ayam Betutu Khas Gilimanuk
Tapi semua keputusan ada pada anda
Good Luck
Curahan rasa Nurlaila @ ..Tips Memilih Daging Ayam Segar dan Sehat
jika ia memudaratkan blog, takkan ada trafik masuk lagi nanti..
Curahan rasa Mus @ ..Promosi Free Seats AirAsia, Cuma Bayar Cukai Sahaja
Memang majoriti reader tak suka dgn iklan pop up, biarla x dpt duit asal reader tak lari 🙂
Curahan rasa Shahrul @ ..Perlu ke Tukar Bendera?
Emm memang doh..sy sendiri pun kurang gemar bila ada pop up yang keluar di halaman web..hehe..terima kasih entri sgt berguna..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
tidak dah… tak best
Curahan rasa azriMy @ ..Infografik Lengkap iPhone 4S vs iPhone 5 vs Galaxy S3
memang menggiurkan kalau perseribu Visitor saja sudah dapat bayaran tapi begitulah bikin susah visitor seperti saya yang menggunakan modem kembang-kempis
Curahan rasa munir ardi @ ..Profil Jokowi
saya pun kurang gemar engan iklan sebegini keran kekadang ia menyebabkan loading untuk pc menjadi lambat apa bila terlalu banyak popup iklan yang dikeluarkan.. selalunya iklan popup ni banyak pada web yang menyediakan perhidmatan free donwload
Curahan rasa Myvitrd @ ..NuffnangX vs Nuffnang
lama x sggh sni..sma la, x suka iklan popup..nanti nak kena tutup window lain plak..rimas..
Curahan rasa syu90 @ ..i’m back !
kurang digemari..mempengaruhi prestasi blog..huhu
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Apa kes?
selagi iklan yang keluar tu tak mengarut. aku ok aje. ala, bukan lama pun. kalau lama..tapi lumayan dan berbaloi. aku terima. tapi kalau annoying..memang aku tak terima gak. haha..
tapi still tengok blog yang mana. blog peribadi, memang aku tak letak sangat la.
Curahan rasa titan @ ..Aku harus terus senyum.
hasil survei Taylor Nelson Sofres terhadap 2.500 pengguna Internet usia dewasa di Amerika Serikat. Lebih dari sepertiga responden menyatakan terganggu dengan adanya iklan pop-up, yang tiba-tiba muncul ketika mereka membuka sebuah situs.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 1
Kelemahan lain kita meletakkan Iklan Popup pada halaman blog kita,akan memperlambat koneksi,disamping itu,tidak semua browser bisa mendukung Popup ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 1
Kalau pas lelet koneksinya Bang Iwan, jadi bikin badmood pila
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Pengumuman Hasil Test Tulis CPNS 2012
iklan pop up boleh menjadi gangguan kalau terlalu kerap. tambahan pula spesis yang kena tggu dan x boleh close. huhu
tak suka gak jenis iklan yang macam ni..mengganggu konsentrasi..
Curahan rasa bardboo @ ..Kenapa Saya Buat Blog?
memang leceh kalau tiba2 keluar tetingkap lain yang tunjuk iklan bila kita nak klik pada mana2 ruangan..
saya lebih menerima iklan yang sedia ada dalam tetingkap yang sama dari iklan yang keluar secara tiba2 tanpa kita nak tengok pun..
Curahan rasa pipoq @ ..WW – Kalau tak disapa jangan marah ye …
Iklan pop up banyak keburukkannya sebab itu la ramai tolak offer macam ni
Curahan rasa wazy @ ..Ada Apa Dengan Viral Samurai X?
Comments are closed.