Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Perlu ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….
Baru-baru ini, saya telah ditawarkan kontrak pengiklanan yang agak lumayan oleh sebuah syarikat pengiklanan dari luar negara. Mereka nampaknya agak agresif untuk mendapatkan trafik dari Malaysia untuk rangkaian pengiklanan mereka.
Walaupun bayaran yang diberikan adalah lebih mahal dan biasanya mereka akan bayar on-the-spot bagi setiap kontrak yang telah dipersetujui, saya tetap menolak tawaran mereka disebabkan syarat jenis iklan yang ingin mereka letak, iaitu iklan jenis pop-up/pop-under.
Iklan jenis pop-up ni adalah format lama di mana iklan akan timbul dalam window baru di skrin komputer anda setiap kali anda memasuki laman yang dipasangkan iklan jenis ini.
Iklan jenis pop-under pula adalah format iklan di mana iklan akan terbuka secara automatik pada tab baru atau window baru tetapi tidak terpapar sebagai tab/window utama ketika anda melayari laman web yang dipasangkan iklan jenis ini.
Persamaan untuk kedua-dua jenis ini ialah iklan dilihat lebih efektif pada mata klien/pengiklan kerana bilangan view adalah tinggi. Mana taknya, bagi semua pelawat yang masuk, window/tab baru iklan dah dipaparkan di skrin mereka secara automatik!
Untuk pengguna Blogger/Blogspot, ada beberapa penyedia widget yang curi-curi meletakkan iklan pop-up/pop-under pada blog anda sekiranya anda menggunakan widget mereka. Ini sangatlah merugikan anda kerana penyedia widget tersebut mengambil kesempatan ke atas blog anda untuk menjana pendapatan mereka. Elakkan daripada menggunakan widget sebegini.
Pada saya, iklan pop-up/pop-under ni adalah sesuatu yang menyusahkan pembaca. Saya sendiri benci pada laman web yang menyiarkan iklan sebegini, jadi tak wajar kalau saya siarkan jenis iklan yang sama kepada pembaca saya.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda akan menerima tawaran pengiklanan sebegini?
137 Comments
Rasanya tak perlu, w/pun dpt income yg lumayan, byk cara lain yg boleh kita cari.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Memang terasa agak menyusahkan dan menggangu apabila berkunjung ke blog yang memasang iklan sebegitu..
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Suasana Sekitar The Star Motor Carnival 2012
Takut nanti, apa yg kita buka, keluar yg pelik2 pula, nahas kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Task pernah memasang iklan begini, pasti ada pelawat yg tidak selesa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Baru2 ni saya ada buat iklan adf.ly. Tapi untuk percubaan. Last2 saya sendiri buang, sebab saya sendiri tak suka, apatah lagi pembaca. Orang kata, sebelum buat sesuatu, tanya diri sendiri dulu, kita mahu blog macam, suka atau tak. Kalau kita ok, fikir perasaan pembaca pula.
Curahan rasa Naziman @ ..Populariti dan Pendapatan online
Dulu ada merancang memasang iklan pop up tetapi apabila ada pengunjung berasa tidak selesa gangguan seperti memaksa mereka melihat iklan pop up tersebut.
Curahan rasa akubiomed @ ..Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.
kalau selalu memang agak menyusahkan
Curahan rasa beckhr00y @ ..Skuad Harimau Muda Ke Brazil
lagi satu,boleh menyebabkan pembaca terganggu
Gangguan seperti ini menyusahkan mereka, lalu meninggalkan blog kita begitu saja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Sekiranya offer itu bagus, eloknya diterima.
Curahan rasa Rem @ ..Kutip Sewa dan Hasil
Bila menerima, kalau ada pelawat yg tidak suka , lalu meninggalkan blog kita, jgn pula kita marah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
saya tidak gemar pop up kerana ia menggangu. biasanya terus tutup screen tanpa baca contentnya
Curahan rasa Rem @ ..Kutip Sewa dan Hasil
saya juga kurang setuju karena pop-up menggangu ,,,,
Curahan rasa penowo @ ..Tips Touring Motor
Tepuk dada tanya hati, pelu ke tidak, sbb ini semua dlm blog kita, pelawat cuma mengunjunginya,. Bila tidak selesa mereka terus pergi, tanpa membawa habis entri kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
ya,keputusan yang bijak.pop up memang menggangu ruangan blog..
nanti ganggu pengunjung,,,
tak usah di pasang,,,
kita sendiri x suka dgn iklan pop up.. macam ana hendak letak kat blog sendiri bukan?
duit bukan segalanya krn pelawat lebih utama
kalau x der pelawat, x der earning blog kan? hehehhe
Curahan rasa Sop @ ..Maybank – Legoland Bloggers Contest
saya rasa iklan popup camtu dah macam spam.. kita tak mau bukak pun die bukak gak..
Curahan rasa fandyzblog @ ..Britney gangnam style
Bila saja iklan ini dibuka,pelbagai iklan lain pula yg keluar, utk elak lebih mengganggu lagi terus aja klik keluar, yalah macam spam pulak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Comments are closed.