Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di dunia ini, ramai yang tahu tentang apa itu daun kanabis secara umumnya tetapi tidak ramai yang tahu tentangnya secara khusus. Ada yang lebih tahu keburukannya berbanding ada kebaikannya kepada manusia. Pepohon, dedaun, batu, haiwan dan segala ciptaan Allah SWT sudah pasti ada kegunaannya.
Tiga orang anak muda Melayu di United Kingdom telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di benua Eropah, setelah melakukan kajian-kajian ilmiah mengenai kebaikan kanabis untuk faedah kesihatan manusia. Dengan hasil penat lelah kajian tersebut, mereka memperoleh lesen daripada kerajaan UK untuk membuka syarikat dengan mencipta produk berasaskan kanabis mereka sendiri.
Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, United Kingdom, merupakan syarikat anak melayu pertama yang berdaftar secara sah di bawah pertubuhan CTA UK (Cannabis Trades Association, United Kingdom) di mana persatuan CTA UK ini memantau, memberi latihan praktikal, dan khidmat nasihat ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi menghasilkan produk-produk berkualiti di tahap paling maksima.
Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ diterajui oleh 3 orang anak muda dari Malaysia yang mana syarikat ini sedang berdiri sama tinggi dan mampu bersaing dengan 300 syarikat-syarikat besar di Eropah lain yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.
Sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi, yang berkelulusan dari Makkah dan Afrika, dan isterinya Nurul Ain Sahbudin yang kini masih dalam menghabiskan PhD beliau di salah sebuah universiti United Kingdom, bersama rakannya, Mohd Roslan Abdullah yang kini sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain. Merupakan 3 orang anak muda yang berani menyahut cabaran dalam menceburi bidang industri hemp Eropah.
Industri hemp merupakan salah satu industri yang semakin membangun pesat di bumi Eropah dan negara-negara barat yang lain. Banyak kajian-kajian ilmiah yang dilakukan ke atas kanabis dan hemp untuk menghasilkan produk-produk yang selamat, berkualiti dan terjamin. Penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan ianya banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia, secara tidak langsung ianya menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.
Sehubungan dengan itu, kerajaan di negara ini tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif bagi rakyatnya. Bagi mereka, rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan. Kanabis juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK. Kebanyakan rakyat di sini juga lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.
Bukan suatu perkara yang mudah sebagai anak melayu pertama untuk menubuhkan sebuah Syarikat di bumi Eropah bagi menghasilkan produk-produk berasaskan tumbuhan kanabis, banyak prosedur dan pemantauan dibuat dari badan-badan kerajaan tempatan dan persatuan CTA UK itu sendiri dari semasa ke semasa bagi memastikan penjual-penjual mematuhi undang-undang yang ditetapkan memandangkan kanabis merupakan tanaman dalam kawalan.
Pengalaman yang tidak pernah dilupakan semasa permulaan menubuhkan syarikat ini, mereka telah diserbu oleh pihak polis tempatan kerana telah disangkakan menjual kanabis tidak berdaftar, akan tetapi setelah berjaya membuktikan beberapa dokumen bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen, akhirnya pihak polis tempatan memohon maaf kerana telah melakukan kesilapan.
Bagi anak-anak muda ini, ianya merupakan satu pengalaman baru buat mereka di sebuah negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang telus dan ketat. Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka percaya banyak lagi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi selepas ini.
Puan Nurul Ain memaklumkan tercetusnya idea untuk mencipta minyak CBD ini berdasarkan pengalaman rakannya sendiri Mohd Roslan Abdullah yang berasa dukacita atas pemergian isterinya akibat masalah jantung kerana tidak sempat diselamatkan dengan menggunakan rawatan alternatif seperti kanabis, yang mana pada waktu itu kerajaan UK masih belum meluluskan penggunaannya.
Selain itu, pengalaman Puan Nurul Ain sendiri yang sebelum ini sering mengalami sakit tulang belakang akibat kesan daripada bersalin ceaser anak kedua beliau pada 2 tahun lepas.
Setelah mengamalkan minyak CBD, sakit belakang yang dialami oleh beliau beransur pulih secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Dengan itu, mereka bertekad untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai khasiat kanabis terhadap kesihatan manusia. Memandangkan ramai rakyat di negara ini menggunakan minyak CBD sebagai makanan tambahan kesihatan untuk diamalkan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
Sepanjang penyelidikan dan usaha untuk menubuhkan CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ ini, mereka telah mendapat sokongan penuh dari mula hingga kini daripada persatuan CTA UK. Menurut mereka, ahli-ahli dalam persatuan itu sendiri tidak lokek untuk berkongsi ilmu perniagaan dan menunjuk jalan bagaimana untuk mengikut segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan UK. Persatuan CTA UK juga berkongsi maklumat, kajian-kajian ilmiah daripada universiti-universiti terkemuka Eropah mengenai kebaikan kanabis dan saling berkerjasama untuk memperkenalkan produk masing-masing serta saling berurusan jual beli antara satu sama lain.
Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang dihasilkan secara sah merupakan salah satu makanan tambahan yang semakin popular dikalangan para pengguna di seluruh dunia yang mana memiliki pelbagai khasiat semula jadi untuk meningkatkan kualiti kesihatan pengguna yang mengamalkannnya. Ianya bertindak secara semula jadi dalam tubuh manusia, memandangkan tubuh manusia itu sendiri sudah tercipta sistem endocannabinoid nya.
Minyak CBD (Cannabidiol) bermanfaat pada sistem tubuh badan manusia bagi membantu membunuh pertumbuhan sel-sel kanser, anti-radang, melambatkan pertumbuhan bakteria serta melindungi sistem saraf. Ia juga dapat membantu menangani masalah insomnia, epilepsi, alzheimer, autism, strok, HIV dan lain-lain penyakit kronik.
Selain dari minyak CBD ( Cannabidiol ), Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ juga telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan banyak lagi. Semuanya berasaskan kanabis dan hemp yang semakin hangat di pergunakan oleh negara-negara barat pada ketika ini. Memandangkan produk-produk berasaskan kanabis ini mendapat pemintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, ia juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, keradangan dan mencegah kegatalan serta berhasil menjadikan kulit semakin lembap, sihat, cerah dan anjal bila disapu pada struktur kulit.
Minyak CBD yang sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C dan E dan antioksidan seperti klorofil dan lesitin. Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak tidak tepu ini membantu untuk menurunkan tahap kolesterol serta gula dalam darah dan dengan itu menguatkan sistem kardiovaskular. Oleh kerana penggunaan produk-produk berasaskan herba yang sangat tinggi serta menggalakkan. Syarikat ini juga telah berjaya membawa masuk beberapa produk-produk tempatan dari Malaysia untuk dipasarkan ke pasaran Eropah.
Sejak syarikat ini melancarkan produk minyak CBD nya yang pertama. Produk ini berjaya mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pengguna tempatan di UK itu sendiri dan negara-negara seluruh Eropah yang lain. Kerjasama jual beli antara farmasi-farmasi, National Health Service (NHS) tempatan di negara ini juga terjalin.
Hasil jualan minyak CBD sahaja telah menghasilkan keuntungan syarikat menjangkau kira-kira 50 ribu pounds sebulan. Justeru itu juga, tujuan anak-anak muda ini menamakan syarikat ini sebagai Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ adalah untuk mengharumkan dan menaikkan nama Malaysia itu sendiri di mata dunia khususnya di Eropah.
Sumber: www.cbdoilsmalaysia.com
FB : www.facebook.com/CBDOilsMalaysia
Tel No: +447508523039
51 Comments
Alhamdulillah, tahniah buat mereka yang berjaya dalam masa yang sama harumkan nama Malaysia. Tumpang gembira dengan kejayaan mereka.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Persediaan Penyusuan Semasa Hamil Apa Mama Boleh Buat?
Hebat merubah bahan kontroversi menjadi bermanfaat dan berjaya,,,semoga bisa menjadi inspirasi bagi kita,,,
kejayaan mereka amat mengkagumkan..
memang terbaik dan saya tabik spring la kalau begini caranya..
bukan mudah untuk bersaing pada peringkat antarabangsa
Tahniah buat mereka yang berjaya mengharumkan nama Malaysia. Selama ini, kita hanya tahu canabis hanaya memudaratkan.
Curahan rasa Aqil Adli Agro @ ..Ibadah korban Kemboja 2018
kejayaan mereka sangat mengkagumkan..
lebih -lebih lagi mereka bersaing pada peringkat antarabangsa..
tahniah untuk mereka
Curahan rasa mrhanafi @ ..Perasan Jumpa Isteri Bayangan Yang Syantik
boleh tanya kat ulama supaya mengkaji bagaimana hukum penggunaan hal semacam ini untuk pengubatan
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Mari kita Promosikan Destinasi wisata yang penuh pesona di Indonesia
Salam sabtu dari Ibu Zaid. Dah macam ali baba dan 40 penyamun, jual ganja ada lesen, jual belacan tak ada lesesn. Kena smuggle
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..11 Homestay di Melaka tepi pantai yang cantik dan bersih!
Ganja yang nie dalam bentuk perubatan..
sama seperti dadah..
dadah adalah ubat..
masalahnya bila dadah disalahgunakan..
jadilah penagih dadah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tamsilan Cerita Budak Kecil Nak Beli Kereta
bila dibuat dengan betul, dikaji dengan mendalam menggunakan ilmu pasti berikan hasil yang membanggakan.
tahniah.
Curahan rasa izwan @ ..Penapis Air Cuckoo Murah
Kat mana nak beli produk ni.Nak belikan untuk mak saya,mana.lah tau kan insyaAllah serasi.Boleh lah nanti di pasarkan, di kongsikan dengan semua orang yang memerlukan
saya tumpang berbangga dengan kejayaan mereka,.
cuma masih berfikir untuk mencipta kejayaan luarbiasa begitu..
mereka itu bersaing pada peringkat global
Alhamdulillah . Teruskan mengharumkan nama Islam dan Malaysia. Keep it up. We, Malaysians are very proud of u !! Semoga selepas ini u will come out with many more creation that will benefit others
Curahan rasa Tah @ ..Produk Hilangkan Jeragat 100% Berkesan Tanpa Kompromi
Alhamdulillah . Teruskan mengharumkan nama Islam dan Malaysia. Keep it up. We, Malaysians are very proud of u !!!
Curahan rasa Tah @ ..Produk Hilangkan Jeragat 100% Berkesan Tanpa Kompromi
Dalam kitab perubatan islam, ada juga dinyatakan kebaikan perubatan dgn cannabis. Kena cari kitab tu..insyallah ada tertulis.
Curahan rasa Abe Mant @ ..Bayi mati dibunuh Kg Nakhoda Batu Caves
Adakah produk ni halal n ade jual tak kat malaysia? Produk ni makan ke camne?
Assalam… Rasenyer Untuk sapuan luar Kot… Halal lah Kot, anak melayu Yg buat…
Boleh tahan juga produk ni
Walaupun bahan-bahannya agak kontroversi sedikit
Wajib baca sampai habis artikel ini jika tidak macam-macam pendapat yang timbul nanti 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..ANDA MASIH TAK BERAPA MAHIR BACA AL-QURAN TAPI NAK TAHU CARA LEBIH CEPAT DAN MUDAH FAHAMI TAJWID ?
Betul tu. Ada komen yang serkap jarang je, nampak tak baca sampai habis. 🙂
Curahan rasa Aqil Adli Agro @ ..Bagaimana cara dapatkan cash flow positif dengan hartanah
Comments are closed.