Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di dunia ini, ramai yang tahu tentang apa itu daun kanabis secara umumnya tetapi tidak ramai yang tahu tentangnya secara khusus. Ada yang lebih tahu keburukannya berbanding ada kebaikannya kepada manusia. Pepohon, dedaun, batu, haiwan dan segala ciptaan Allah SWT sudah pasti ada kegunaannya.
Tiga orang anak muda Melayu di United Kingdom telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di benua Eropah, setelah melakukan kajian-kajian ilmiah mengenai kebaikan kanabis untuk faedah kesihatan manusia. Dengan hasil penat lelah kajian tersebut, mereka memperoleh lesen daripada kerajaan UK untuk membuka syarikat dengan mencipta produk berasaskan kanabis mereka sendiri.
Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, United Kingdom, merupakan syarikat anak melayu pertama yang berdaftar secara sah di bawah pertubuhan CTA UK (Cannabis Trades Association, United Kingdom) di mana persatuan CTA UK ini memantau, memberi latihan praktikal, dan khidmat nasihat ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi menghasilkan produk-produk berkualiti di tahap paling maksima.
Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ diterajui oleh 3 orang anak muda dari Malaysia yang mana syarikat ini sedang berdiri sama tinggi dan mampu bersaing dengan 300 syarikat-syarikat besar di Eropah lain yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.
Sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi, yang berkelulusan dari Makkah dan Afrika, dan isterinya Nurul Ain Sahbudin yang kini masih dalam menghabiskan PhD beliau di salah sebuah universiti United Kingdom, bersama rakannya, Mohd Roslan Abdullah yang kini sudah lebih 15 tahun menetap di UK dan telah mendapat kerakyatan Britain. Merupakan 3 orang anak muda yang berani menyahut cabaran dalam menceburi bidang industri hemp Eropah.
Industri hemp merupakan salah satu industri yang semakin membangun pesat di bumi Eropah dan negara-negara barat yang lain. Banyak kajian-kajian ilmiah yang dilakukan ke atas kanabis dan hemp untuk menghasilkan produk-produk yang selamat, berkualiti dan terjamin. Penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan ianya banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia, secara tidak langsung ianya menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.
Sehubungan dengan itu, kerajaan di negara ini tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif bagi rakyatnya. Bagi mereka, rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan. Kanabis juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK. Kebanyakan rakyat di sini juga lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.
Bukan suatu perkara yang mudah sebagai anak melayu pertama untuk menubuhkan sebuah Syarikat di bumi Eropah bagi menghasilkan produk-produk berasaskan tumbuhan kanabis, banyak prosedur dan pemantauan dibuat dari badan-badan kerajaan tempatan dan persatuan CTA UK itu sendiri dari semasa ke semasa bagi memastikan penjual-penjual mematuhi undang-undang yang ditetapkan memandangkan kanabis merupakan tanaman dalam kawalan.
Pengalaman yang tidak pernah dilupakan semasa permulaan menubuhkan syarikat ini, mereka telah diserbu oleh pihak polis tempatan kerana telah disangkakan menjual kanabis tidak berdaftar, akan tetapi setelah berjaya membuktikan beberapa dokumen bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen, akhirnya pihak polis tempatan memohon maaf kerana telah melakukan kesilapan.
Bagi anak-anak muda ini, ianya merupakan satu pengalaman baru buat mereka di sebuah negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang telus dan ketat. Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka percaya banyak lagi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi selepas ini.
Puan Nurul Ain memaklumkan tercetusnya idea untuk mencipta minyak CBD ini berdasarkan pengalaman rakannya sendiri Mohd Roslan Abdullah yang berasa dukacita atas pemergian isterinya akibat masalah jantung kerana tidak sempat diselamatkan dengan menggunakan rawatan alternatif seperti kanabis, yang mana pada waktu itu kerajaan UK masih belum meluluskan penggunaannya.
Selain itu, pengalaman Puan Nurul Ain sendiri yang sebelum ini sering mengalami sakit tulang belakang akibat kesan daripada bersalin ceaser anak kedua beliau pada 2 tahun lepas.
Setelah mengamalkan minyak CBD, sakit belakang yang dialami oleh beliau beransur pulih secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Dengan itu, mereka bertekad untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai khasiat kanabis terhadap kesihatan manusia. Memandangkan ramai rakyat di negara ini menggunakan minyak CBD sebagai makanan tambahan kesihatan untuk diamalkan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
Sepanjang penyelidikan dan usaha untuk menubuhkan CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ ini, mereka telah mendapat sokongan penuh dari mula hingga kini daripada persatuan CTA UK. Menurut mereka, ahli-ahli dalam persatuan itu sendiri tidak lokek untuk berkongsi ilmu perniagaan dan menunjuk jalan bagaimana untuk mengikut segala prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan UK. Persatuan CTA UK juga berkongsi maklumat, kajian-kajian ilmiah daripada universiti-universiti terkemuka Eropah mengenai kebaikan kanabis dan saling berkerjasama untuk memperkenalkan produk masing-masing serta saling berurusan jual beli antara satu sama lain.
Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang dihasilkan secara sah merupakan salah satu makanan tambahan yang semakin popular dikalangan para pengguna di seluruh dunia yang mana memiliki pelbagai khasiat semula jadi untuk meningkatkan kualiti kesihatan pengguna yang mengamalkannnya. Ianya bertindak secara semula jadi dalam tubuh manusia, memandangkan tubuh manusia itu sendiri sudah tercipta sistem endocannabinoid nya.
Minyak CBD (Cannabidiol) bermanfaat pada sistem tubuh badan manusia bagi membantu membunuh pertumbuhan sel-sel kanser, anti-radang, melambatkan pertumbuhan bakteria serta melindungi sistem saraf. Ia juga dapat membantu menangani masalah insomnia, epilepsi, alzheimer, autism, strok, HIV dan lain-lain penyakit kronik.
Selain dari minyak CBD ( Cannabidiol ), Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ juga telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan banyak lagi. Semuanya berasaskan kanabis dan hemp yang semakin hangat di pergunakan oleh negara-negara barat pada ketika ini. Memandangkan produk-produk berasaskan kanabis ini mendapat pemintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, ia juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, keradangan dan mencegah kegatalan serta berhasil menjadikan kulit semakin lembap, sihat, cerah dan anjal bila disapu pada struktur kulit.
Minyak CBD yang sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C dan E dan antioksidan seperti klorofil dan lesitin. Selain itu, ia juga mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak tidak tepu ini membantu untuk menurunkan tahap kolesterol serta gula dalam darah dan dengan itu menguatkan sistem kardiovaskular. Oleh kerana penggunaan produk-produk berasaskan herba yang sangat tinggi serta menggalakkan. Syarikat ini juga telah berjaya membawa masuk beberapa produk-produk tempatan dari Malaysia untuk dipasarkan ke pasaran Eropah.
Sejak syarikat ini melancarkan produk minyak CBD nya yang pertama. Produk ini berjaya mendapat sambutan yang memberansangkan daripada pengguna tempatan di UK itu sendiri dan negara-negara seluruh Eropah yang lain. Kerjasama jual beli antara farmasi-farmasi, National Health Service (NHS) tempatan di negara ini juga terjalin.
Hasil jualan minyak CBD sahaja telah menghasilkan keuntungan syarikat menjangkau kira-kira 50 ribu pounds sebulan. Justeru itu juga, tujuan anak-anak muda ini menamakan syarikat ini sebagai Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ adalah untuk mengharumkan dan menaikkan nama Malaysia itu sendiri di mata dunia khususnya di Eropah.
Sumber: www.cbdoilsmalaysia.com
FB : www.facebook.com/CBDOilsMalaysia
Tel No: +447508523039
51 Comments
Inilah salah satu sebab saya galakkan anak saya ambil science related courses . Moga moga anak saya dapat teruskan untuk further study seperti yang di rancang. Cannabis atau ganja ni masa lalu lalang dekat Amst dulu memang bau dia je memanjang. Tapi tak jumpa pulak mat salleh yang melentok di tepi jalan. Gula gula cannabis pun macam jual gula gula kat Malaysia ni je.
memang tak sangka…
mereka mampu melakukan sesuatu yang hebat untuk diri mereka sendiri dan negara..
semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada orang lain untuk berjaya seperti mereka.
Malaysia Boleh
Curahan rasa mrhanafi @ ..Duit Bukan Segala-galanya Namun Tiada Duit Rasa Nak Matey
Terbaik.
Jangan lepas ni geng bani tenang guna modal ni pulak.
Haha.
Curahan rasa Yoy @ ..Jadual Piala Dunia 2018 Siaran Langsung Live Waktu Malaysia
Thanks to the author for sharing this impressive blog. Really glad to read this article. This site has lots of information and it is useful for us. – bangalore to shirdi flight package
Wah handal tu..
biasa kanabis ni orang kaitkan dengan ganja je.
semoga usaha anak melayu ni akan mendapat perhatian rakyat tempatan juga
Curahan rasa zool @ ..Tukar Radio Kereta, Kereta Hampir Overheat
Hakikatnya, Allah menjadikan alam dan isinya ini untuk dimanfaatkan oleh manusia seluruhnya. Masalahnya manusia berlebih-lebih menggunakannya. Bila berlebihan dan keterlaluan penggunaannya, benda yang baik akan jadi buruk!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Abang Sado Jual 1,000 Kek Gedik Hanya Dari Rumah
Benar, minum air putih amat menyihatkan tapi bila terlebih minum badan boleh jadi lesu. Setiap perkara ada batasnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin Dengan Simpanan ASB
semoga usaha yang bermanfaat ini slalu di berikan kelancaran dan kemudahan dalam menjalankan usaha nya.,
mudah”an banyak orang lagi yang bisa memanfaat kan nya..aminn
Semoga apa yang di usahakan membawa kebaikan kepada manusia. Manfaat tumbuhan tersebut mungkin banyak kalau tak di salah guna
Curahan rasa mama hakim @ ..Peria Katak Sebagai Ubat Kencing Manis Tradisional!
ingatkan apa tadi.
fuhh..
memang bijak dan semoga benda ni dapat bantu sembuhkan masalah penyakit-penyakit yang susah nak jumpa ubat tu.
Curahan rasa titan @ ..Hutang ialah Raksasa Malapetaka
sebelum ada ciptaan dadah moden…
dadah kanabis atau ganja menjadi pilihan penagih pada ketika itu..
tetapi oleh kerana mereka menjadi ‘doktor’ sendiri maka lebih banyak mudarat berbanding manfaat..
apa-apapun saya amat gembira dengan kejayaan orang Malaysia yang bersaing dengan orang luar dalam bidang kesihatan ini..
ternyata slogan Malaysia Boleh masih relevan sehingga ke hari ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kisah Nenek Tua Bersedekah Seekor Kambing
Walau dah jadi warga Britain, mereka pasti takkan lupa kampung halaman di Malaysia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Pembiayaan ASB
Bagus makan kanabis ni untuk kesihatan diri, lagi2 berbentuk natural kan, sekarang banyak sangat dah vitamin – vitamin yang tak tahu asal mana di luar ni, bahaya
Curahan rasa Ketahui Maksud Jerawat di Muka @ ..cara mencegah jerawat
Serius yang ini kena baca sampai habis.,kalau baca tajuk je mula lah fikir yang bukan -bukan.
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan lengkap memulakan penternakan kambing
produk ini dicipta dan dibangunkan oleh rakyat malaysia. Jadi bolehkan produk seperti ini di bawa masuk ke Malaysia? seba jika dilihat banyak kegunaannya terutama kepada pesakit-pesakit jantung dan kanser.
Curahan rasa olaoli @ ..Basuh pakaian di kedai dobi layan diri
Di Malaysia, masih ramai individu yang skeptik dengan manfaat kanabis berbanding orang luar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..The Lost Ways 2™ | Claude Davis
Ini baru mantap, marijuana dijadikan minyak untuk pengobatan. Super sekali… Jadi terpikir nak kembangkan satu peluang bisnis baru dari tanaman herbal yang ada di Kalimantan juga. Hhhmmm…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Bersama UNTAN Membangun Negeri
Comments are closed.