Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat. Suasana tahun baru masih terasa lagi, adakah sahabat semua sudah merancang apa yang bakal dilakukan untuk 2017. Bijak pandai kata kalau gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.
Pada 1/1/2017 Abang dan isteri menghantar anak bongsu kami ke asrama untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu. Anak bongsu Abang ini bersemangat sungguh hendak mengikuti jejaki abang-abang dan kakak belajar di asrama. Abang cuba juga pujuk banyak kali supaya bersekolah dekat dengan rumah jadi bolehlah menenami ibu, tapi dia menolak dengan alasan takut tak dapat mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet.
Dalam era ekonomi digital dan dunia tanpa sempadan memang sukar untuk mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet melainkan kita mempunyai disiplin yang tinggi. Yang dewasa pun ramai ketagihan gajet dan internet tanpa menghasilkan apa-apa pulangan selain membazir masa dan duit bersosial, apatah lagi anak-anak remaja yang memang suka menyelongkar perkara-perkara baru. Syukurlah anak bongsu Abang nampak akan bahaya ini kerana dia tahu di rumah memang sukar untuk mendisiplinkan diri. Sebenarnya gajet dan internet boleh menjadi cara untuk menambah penambatan kepada mereka yang tahu menggunakan, tetapi tidak ramai yang memanafaatkannya.
Anak bongsu Abang menyambung pelajaran di Maahad Ihya Al Ahmadi di Sg Kelambu Banting, tempat yang sama kakaknya belajar tingkatan empat dan lima. Abang suka sekolah ini kerana cara didikan bukan sahaja fokus kepada keputusan cemerlang malahan mendidik bagaimana untuk hidup dengan cemerlang. Pada akhir zaman ini, anak-anak kita bukan sekadar cukup dengan keputusan cemerlang tetapi mesti mahir untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan fitnah. Mahir untuk menghormati guru-guru, mahir untuk berkawan dengan cara yang betul, mahir untuk menguruskan tekanan hidup sebagai pelajar, mahir untuk berkomunikasi, mahir untuk menguruskan diri tanpa ibu bapa dan paling penting mahir menjaga amal harian.
Matlamat utama Abang menghatar anak bongsu ke sekolah Maahad Ihya Al Ahmadi adalah untuk menjadikan dia anak yang soleha yang berjaya dunia hingga akhirat. Kini tinggallah Abang dengan isteri berdua di rumah kerana semua anak-anak sedang sibuk menuntut ilmu. Semuga ALLAH permudahkan.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Amir Denaihati (page baru Abang follow ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
43 Comments
Wahhhhhh BEstnyaaaaa Dapatt Masuk Asrama Good Luckk to youuuuuu andd harappp dpt kebaikan dengan kat situ!!!
good luckk for youuuuu and hopee you have a great dayyy
Inilah anak2 syurga Allah…semoga terus sukses dan taat kepada perintah Allah..taat kepada kedua ibubapa agama dan bangsa…insyaAllah..diawal penglibatan mereka mungkin agak kekok tapi pendedahan kepada asrama bagi membentuk keperibadian sahsiah mereka bila dewasa kelak amat bagus. Anak2 dpt belajar berdikari dan menilai kehidupan sebenar…wallah hualam
…..MiorCastello….
Bila anak-anak tinggal di asrama.
Memang sunyi jadi rumah.
Dah tak ada kereanh mereka dah dirumah bil a hari sekolah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jaga-Jaga Dengan Iklan Adsense
Emaknya pasti sangat rindu nanti. Atau ayahnya juga pun rindu tapi segan nak bagitahu.
Semoga anak bongsu ini cemerlang dunia dan akhirat.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..5 Petanda Sakit Gout & Cara Elak Gout Berulang
Best tinggal asrama.. Sepanjang saya sekolah, dapat tinggal asrama hanya pada peperiksaan SPM hihihhi.. Baru terasa best.. Sebelum tu memang saya rasa asrama tak best sebab belum ada experience hoho
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
hihihi.. mesti ayah yang sedih sebab anak jauh..godaan internet dan gadget seperti handphone memang menjadi kekangan utama pelajar untuk belajar sekarang..ramai pelajar leka dan tidak fokus belajar kerana leka dengan dunia internet
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..(GAMBAR) Baju Nikah Inderaloka Galeri Pengantin | Cantik gila u’olls
Anak saya pun dua-dua masuk asrama..
sekolah tersebut tidak membenarkan penggunaan gajet..so selamat dari anasir yang tidak diingini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hikmah Bersedekah Untuk Murah Rezeki
Bagusnya dia sendiri yang nak duduk asrama.
Pada mulanya anak Mrs. A pun nak duduk asrama tetapi bertukar fikiran di hari pertama persekolahan tak pastilah apa yang dah di dengarnya dari kawan-kawan yang duduk asrama.
Curahan rasa Mrs. A @ ..R.I.P : Comot
Tahniah pada anak DH kerana terfikir untuk jauhkan diri dari ketagihan internet, sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana internet mudah untuk dicapai di mana sahaja terutama di rumah
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..RABUN MATA DAN SILAU MATA KURANG DENGAN CAROTOMAX
sama macam mak ayah di kampung. hanya bertiga dengan adik bongsu. sedih tapi tuntutan tugas di kotaraya. masih menanti peluang untuk kembali ke kampung sebenarnya… masa untuk berbakti pulak
Curahan rasa izwan @ ..Servis Cuci Karpet
bila anak2 tiada di rumah, rasa sunyi juga rumah kan. semoga adik berjaya di dunia dan akhirat
Curahan rasa raihanah @ ..Polifenol dan Manfaat Kepada Manusia
dah takde orang kat rumah boleh la parents honeymoon. hehe.. tahniah masuk asrama
Curahan rasa nikkhazami @ ..VIDEO: Faiz Subri Menang Anugerah FIFA Puskas
alhamdulillah.. berkat.. semoga anak menjadi anak yang soleh..
bro dah boleh tumpu pada apa yang patut di rumah
Curahan rasa zool @ ..Cuti melawat Zoo Melaka
Duduk asrama ni bagus. Belajar berdikari. Saya pun lebih suka mereka tak bergantung sangat dengan kita. Lagi panjang langkah bila semua tak ada di rumah.
Comments are closed.