Yang hidup pasti mati tidak semestinya tua

Assalamualiakum dan salam sejahtera, sekitar jam 11 pm 2/4/2016 kami dapat berita anak saudara kemalangan teruk ketika pulang daripada berniaga dengan ayah kawan baik beliau di sebuah pasar malam di Kluang. Selepas subuh 3/4/2016 kami sekeluarga bergegas ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang. Keadaan anak saudara memang sangat parah berada di wad ICU.  Sahabatnya ditempatkan di ICU Hospital Besar Muar juga cedera parah. Berikut antara catatan ku di FB.

3 April, 6.26 pm :

Jangan berhenti teruskan berdoa dan kirimkan semangat positif tiada yg mustahil kerana sebelum ini sudah banyak terbukti kekuasaan Mu.

4 April, 8.45 am :

Siapa yg tak tersentuh hati melihat anak saudara terbaring kaku dengan kadar darah yg masuk dan keluar hampir sama.

Itulah ketentuan ALLAH yg telah tercatat utk menguji semua yg diuji. Yakin ALLAH jadikan semua dengan hikmah tertentu apabila kita redha dgn segala ketentuan. Semuga keajaiban akan berlaku lagi seperti ALLAH tunjukkan banyak sebelum ini.

Kerana itu kita mesti berubah.

5 April, 7.59 am :

6.52 am : innalillahhiwainnailaihirojiun ALLAH lebih menyayangi sahabat anak saudara. Semuga arwah Padil ditempatkan bersama para solehin. Takziah buat keluarga.

Al Fatihah

Semuga ALLAH beri kekuatan dan semangat juang yg tinggi kepada anak saudara untuk sembuh seperti biasa. We know you can DO IT Aliff.

Nota : status malam tadi telah didelete kerana ada kekeliruan berita.

5 April, 9.05 pm :

Anak saudara sedang berada dalam bilik Operation. Semuga ALLAH beri kekuatan pada beliau dan keluarga.

Tiada yg mustahil dengan izin ALLAH.

Hari keluarga terakhir bersama arwah di Kulai Johor
Hari keluarga terakhir bersama arwah di Kulai Johor

6 April, 7.09 pm :

Terima kasih kepada semua yg tanya keadaan anak saudara.

48 jam ke depan sangat kritikal.

Mohon sedekahkan AL FATIHAH semuga ada bacaan antara kita yg ALLAH terima utk kembalikan Aliff Naquiddin sihat seperti biasa. Tiada apa yg mustahil dgn izin ALLAH.

Terima kasih semua kerana ambil tahu.

7 April, 4.13 pm :

AL Fatihah

Aina Sahira

Dari allah kita datang kepada allah kita kembali . Tiada yang mustahil dalam dunia ini . Kalau allah cakap abang alip sihat petang ni . Sihat lah dia . Cuma kita kena banyakkan usaha , allah bagi ujian semua bersebab . Dekatkan diri pada allah . Minta dengan allah . Menangislah depan allah . Kita mampu suruh abang alip zikir dalam hati , kita sebutkan , kita harap sangat abang alip dapat ikut dalam hati . Kita yakin dengan izin allah abang aliff akan pulih .
8 April, 2.35 pm (ketika ini air mata keluarga sudah tumpah ke bumi) :

Hadiahkan Al Fatihah utk Aliff Naquiddin mungkin utk yg terakhir.

Al Fatihah.

Dari ALLAH kepada ALLAH.

8 April, 3.08pm :

2.35 pm : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar semuga ditempatkan bersama para solehin.

Terima kasih semua yg telah mendoakan dan mengirimkan zikir dan Al Fatihah selama arwah di hospital.

Kepada yg ada kelapangan nak ziarah insyaa Allah boleh datang di rumah keluarga di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam setelah selesai urusan dokumentasi hospital. Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Simpang Renggam (Belakang Masjid Al Falah).

Dari ALLAH kepada ALLAH kita insan kerdil tiada kuasa.

8 April, 6.42 pm :

Alhamdulillah selesai sudah urusan dokumentasi dan mandi. Dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke surau.

Semuga ALLAH permudahkan semua.

Al Fatihah Aliff Naquiddin

9 April, 10.36 am  :

2.35 pm 08.04.16 : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar telah meninggalkan keluarga dan sahabat, semuga ditempatkan bersama para solehin.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan semangat sepanjang beliau berada di hospital Kluang.

Jutaan terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat taulan dekat jauh yang sudi menziarahi dan mengiringi hingga ke persemadian terakhir. ALLAH juga yg akan membalas segalanya.

mati tak mengira waktu

Alhamdulillah lebih daripada 700 jemaah menyembahyangkan jenazah arwah dan mengiringi ke pusara. Semuanya berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH. Ketika talqin  dibacakan aku merasa angin sejuk yang sangat damai menghembus meresapi jiwa ini. Semuga damai mu anak di sana bersama para solehin.

47 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!