Tips merancang Azam tahun baru 2017 yang baik

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam entri sebelum ini “Selamat Tahun baru 2017”, Abang ada beri tips untuk merancang azam 2017 yang baik. Mentor motivasi menasihatkan supaya kita menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2017 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2017 yang sudah kita tulis. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi ransangan minda yang sangat hebat untuk kita melaksanakan semua azam yang sudah ditetapkan. Nak lagi hebat kongsikan azam yang telah kita tulis dengan isteri supaya kita lebih bersungguh-sungguh.


Kepada yang sudah menulis azam 2017 di buku khas semestinya kombinasi azam peribadi, azam keluarga dan azam kerjaya/bisnis. Sila baca setiap hari selama 40 hari dan bacalah bersungguh-sungguh dari rasa hati yang dalam. Kepada yang belum menulis azam 2017 belum terlambat untuk berbuat demikian dan entri “Muhasabah Diri dan Organisasi 2016” boleh dijadikan panduan.


Azam 2017 mesti ditulis dengan tepat jangan terlalu umum contohnya :

  1. Saya ingin berjaya, ini azam yang umum. Kena tulis berjaya bagaimana, contohnya saya ingin membuka satu perniagaan dengan menjana jualan RM10K sebulan.
  2. Saya nak baca Al Quran setiap hari, ini umum. Yang tepat, saya ingin membaca lebih daripada 5 ayat Al Quran setiap hari selepas solat Suboh.
  3. Saya nak menjadi anak yang soleh ini umum. Tulislah saya nak menelefon ibu bapa saya setiap dua hari sekali, menziarahi mereka sebulan sekali dan memberi duit kocek RM500 sebulan.
  4. Saya nak kurus itu umum. Tulislah  saya hendak mengurangkan berat badan 3 kilo sebelum 30 Jun dan mengurangkan 3 kilo lagi sebelum 31 Disember 2017. Jumlah berat badan yang perlu saya kurangkan adalah 6 kilogram pada tahun 2017.
  5. Saya nak membaca lebih banyak buku itu azam yang umum. Tulislah saya hendak membaca sebuah buku ilmiah setiap bulan jadi jumlah saya akan baca 12 buah buku pada tahun 2107.
  6. Saya nak banyak bersedekah juga umum. Tulislah saya akan sedekah RM50 setiap kali solat Jumaat dan RM50 seminggu untuk sedekah dan infaq di Madrasah di seluruh dunia.
  7. Saya nak jadi blogger yang berjaya juga umum. Tulislah saya nak menulis entri yang berkualiti tiga kali seminggu, menulis komen di 10 blog yang berkualiti setiap hari, ikut serta anugerah blog MSMW dan  hadir tiga acara blog Malaysia.
  8. Menambah ilmu bisnis juga umum. Tuliskan saya akan hadir 6 kelas atau seminar bisnis berbayar dalam tahun 2017.
  9. Saya nak jadi jutawan juga umum. Tulislah saya nak ada simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1juta dalam tempoh dua tahun.

Kesimpulan azam kita mesti ditulis dengan tepat bukan sekadar membayangkan sahaja. Dengan menulis  baru azam tersebut masuk  ke dalam jiwa kita sebenar. Kalau belum pernah menulis azam tahun baru dan membaca setiap hari selama 40 hari, sila buat dan lihat hasilnya.

Di akhir tahun 2017 kita mesti jadi seperti mereka 36% yang tidak gembira dengan prestasi mereka untuk tahun 2016. Insyaa Allah kita boleh berubah dengan perancangan yang betul dan tepat. Perbetulkan kesilapan silam yang hanya membayangkan azam baru yang akhirnya jadi bayang-bayang ngeri yang tidak pernah tercapai.

Semoga kita capai apa yang kita hajatkan dan usahakan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

75 Comments

  1. azam 2017 semat dalam hati je. tak banyak sangat azam kali ni. cuma ada dua dan fokus kepada dua azam tu saja. janji berhasil

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!