Tidur berdengkur bahaya dan cara mencegah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat. Biasakan dengan masalah berdengkur atau anda adalah seorang pendengkur yang kuat. Abang juga tidur berdengkur tetapi tidak terlalu kritikal.

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu oleh dengkuran kuat. Abang ada beberapa  orang kawan yang  dengkuranya memang sangat kuat. Kami sering travel bersama jadi Abang kena  sesuaikan  dengan masalah dengkuran mereka.

Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur samada pada waktu siang atau malam? Kawan Abang ini kalau tertidur dalam  kereta atau dalam  kapal terbang pun akan  berdengkur. Keadaan begini menyebabkan waktu tidur terganggu kerana selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat dan  kawan-kawan juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran yang kuat.

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah dengkuran tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat

Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes

PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR

  1. Alahan
  2. Tulang hidung yang bengkok
  3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
  4. Obes
  5. Alkohol
  6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
  7. Kedudukan tidur yang terlentang
  8. Tonsil yang bengkak

KESAN TIDUR BERDENGKUR

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik

CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR

  1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
  2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
  3. Memilih posisi tidur secara mengiring
  4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari
  5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
  6. Berhenti merokok

[box type=”shadow”]Ubat Mengurangkan Dengkur

Hai semua. Psst!! Nak tanya sikit?
Anda tidur berdengkur?

Tidur berdengkur apatah lagi bila keletihan.
Mesti anda ada masalah di saluran hidung.
Mesti anda segan dengan pasangan anda.
Kajian menunjukkan bahawa kualiti orang yang tidur berdengkur selalunya tak cukup tidur seterusnya terdedah menyebabkan penyakit cardio-vaskular, tekanan darah tinggi, sakit kepala, insomnia, penurunan fungsi seksual, tekanan dan pelbagai gangguan tidur.

Apa tunggu lagi? Dapatkan CItrex Asonor segera.
Citrex Asonor mampu : • Melegakan sehingga 76% daripada dengkuran • Membantu untuk mengurangkan dan masalah berdengkur • Meningkatkan kualiti tidur, keletihan siang hari dan mengantuk • Tidak sterodial dan boleh digunakan untuk rawatan jangka panjang. • Mudah digunakan. • Diuji secara klinikal

Tidur nyenyak, berdengkur pun kurang.
Boleh terus beli online

Pembelian boleh dibuat di : Klik Sini

[/box]

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat terutama yang ada msalah dengkuran.


Spread the love

8 Comments

  1. Saya ada masalah berdengkur yg kuat masa tidur. Isteri saya pun sampai dah lali dgn bunyi dengkur saya. Mungkin sebab berat badan saya yg tinggi yg menyebabkan terjadinya dengkuran yg kuat.

  2. How to overcome the sound of snores? I couldnt bear the sound even a little. I cant even sleep and the worst part is, it turns me out so stressed bcs i cannot fall asleep. Any suggestion?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!