Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila mengembara aku suka melihat sekeliling untuk memahami kehidupan. Satu perkara yang aku belajar daripada kembara di berpuluh-puluh negara sejak bertahun adalah betapa ramai manusia berhijrah meninggalkan keluarga demi sesuap nasi. Sama seperti fenomena pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang datang ke Malaysia mencari rezeki.
Semua negara maju dan sedang membangun yang pernah aku jejaki seperti England, Perancis, Italy, Arab Saudi, UEA, Qatar, Singapore, Hong Kong, New Zealand menjadi destinasi pekerja daripada berbagai negara semada secara sah atau secara haram. Pernah aku menaiki teksi di Dubai yang dipandu oleh seorang lelaki asal India yang sudah lebih sepuluh tahun bekerja dan hanya pulang setahun sekali bertemu anak dan isteri. Ketika menaiki teksi menuju airport di Rome pemandunya asal Kemboja sudah lebih 15 tahun tidak pulang ke tanah air.
Berbagai bangsa yang berhijrah ke negara orang mencari rezeki tetapi jarang sekali aku terjumpa orang Malaysia yang bekerja di negara lain. Pernah sekali ketika kami sesat di Prague bertanya kepada seorang wanita bertudung yang rupanya juga asal Malaysia sedang tersesat sama seperti kami. Adakah orang Malaysia sudah selesa bekerja di negara sendiri? Atau orang Malaysia pengecut tidak berani mencabar diri bekerja di negara orang kerana terlalu sayang untuk meninggalkan keluarga?
Sangkaan aku salah sebab kalau ikut cerita The Big Small Boy yang pernah bekerja petik buah apple di Australia ramai sebenarnya orang Melayu Malaysia yang bekerja di Australia. Tak kisahlah samada yang kena tipu atau memang mereka pergi untuk bekerja di sana sebagai pemetik buah. Khabarnya ramai juga orang Cina Malaysia yang bekerja di Jepun sehingga suatu ketika Jepun mengetatkan visa bagi mengelakkan mereka menyalah guna visa pelawat yang diberi.
Walaupun ada orang Malaysia yang bekerja di negara orang tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan bangsa lain. Mungkin orang Malaysia sudah rasa selesa hidup di Malaysia yang kaya raya walaupun hakikatnya ekonomi sendiri tidaklah bagus mana pun. Aku pernah mengembara bertahun-tahun di negara orang jadi aku boleh kata sebenarnya orang Malaysia memang pengecut bekerja di negara orang sebab itu sekarang kita lebih banyak komplen daripada nak berusaha mengubah diri. Usahkan nak bekerja di negara orang, nak jadi volunteer seperti Blogger Rayyan Harries lagilah susah. Mungkin suatu hari nanti apabila sudah terpaksa barulah kita berani.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Mungkin benar bagai dikata kita adalah bangsa yang hilang tetapi jangan terus hilang dari peta dunia kerana sifat kita yang hanya hero di negara sendiri.
Nota : Selamat jalan kepada Rayyan Harries yang akan buat kerja kebajikan di India selama lebih enam bulan.
103 Comments
Salute pada yang mampu berhijrah ke negara orang bertahun lamanya.. Seronok merantau ni.. Tapi, saya nak berhijrah pun fikir banyak kali. Terutamanya keizinan daripada mak ayah. Faham-faham jela hati ibu bile berjauhan dengan anak macam mana kan untuk 1 tempoh yang agak lama sebagai contoh. Kalau dah takde mak ayah mungkin boleh dipertimbangkan merantau berpuluh tahun di bumi orang.hehe
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..Semangat Peniaga Cilik Kaki Lima Ini Membuat Ku Kagum Padanya!
Rasanya perkataan ‘selesa’ lebih tepat kot.. Lebih selesa di sini daripada berhijrah walaupun pada hakikatnya tak berapa nak selesa sangat dah pun. Huhu..
Curahan rasa ReeN @ ..Tips Cepat Membakar Lemak di Badan
Orang Malaysia sebenarnya ramai yang bekerja di luar negara.
Kalau tak percaya pergi sahaja ke Malaysian Hall atau masjid2 sewaktu solat hari raya. Kalau di Sydney, terasa macam kat Kampung Baru.
Curahan rasa JomJalan @ ..Ingin Memandu Masuk ke Singapore? Ini Benda Anda Wajib Tahu
Saya juga sedang memotivasikan anak saya untuk ambil foreign language seperti bahasa jerman .Rasanya living cost di negara maju lebih murah walaupun ia kelihatan mahal sebab kemudahan banyak di sediakan untuk penduduk negara mereka. Suka juga kalau anak saya nak bekerja di luar negara boleh saya jalan-jalan sekali .
Curahan rasa rahimah @ ..Jika Anda Rasa Insuran Perjalanan Tidak Penting Semasa Bercuti, Kes Michael Schumacher Mungkin Wajar Di Jadikan Panduan.
orang Malaysia masih fikir keluarga yang akan ditinggalkan, especially kalau masih ada mak ayah.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Fungsi Leucine Elak Menggeleber, Otot Pejal
Kalau nak berhijrah rasanya nak duduk Istanbul. Kalo dah berani fikir nak berhijrah ke mana consider berani tak? 😀
Curahan rasa faezahjalil @ ..Ostematrix dan B Complex untuk pesakit migrain, berhenti ambil paracetamol!
ramai kwn2 yg plan nk migrate tp diorg xleh nk tinggal ayah n mak diorg yg masih ad di malaysia kecuali diorg ikut migrate skali..tp org tua nie susah sikit
Curahan rasa Pakej Umrah @ ..Pakej Umrah 2015
kalau adaa kesempatan dan masa, boleh la pergi menolong kat arab sana plak.
dah ada family ni..jaga family dulu.
Curahan rasa guliroket @ ..Selangor KEKAL Takhta Minggu Kedua.
Setahu saya ramai juga warga Malaysia yang bekerja diluar negara ataupun buka bisnes.
Tapi lebih kepada bidang profesional.
ramai kenalan saya yg mencari peluang nak berhijrah.. tapi consider mak ayah dan keluarga di sini.. ye lah.. tempat jatuh lagi kan dikenang.. hehehe..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Dobi layan diri perniagaan menguntungkan
ramai orang melayu yang saya kenal masa belajar masih tinggal dan bekerja di jepun sebenarnya..
MJ juga setuju disebabkan keselesaan..maka kurangnya berhijrah.. kalau tak selesa agaknya ramai dah yang menetap di negara lain..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Asid Folik Menghalang Kecacatan Saraf Tunjang Bayi (NTD)
Bukan pengecut…tapi tak pernah terfikir. Bila baca blog ni baru terfikir dan tiba-tiba teringin nak bekerja kat overseas. hehe
Curahan rasa Azura MZaki @ ..Merendahkan Paras Kolesterol dengan Suplemen
Nak kata pengecut tu tidak kot,mungkin lebih selesa berkerja dinegara sendiri,walaupun sekarang ni orang indon dan bangla yang banyak masuk
Curahan rasa ishak @ ..Respon saya tentang isu salib di Taman Medan
Bukan pengecut, malah ada yang iri hati, cemburu buta dan pantang melihat orang lain senang…
Comments are closed.